SINIS senyumanku saat bertentang mata dengan Abang Eskandar. Abang kandungku itu juga kelihatan matang dengan wajah serius sedingin ais itu. Masing-masing menyorok sebelah tangan di belakang tubuh. Nampaknya Abang Eskandar sudah mulai berpeluh-peluh. Aznasyah yang ada kat sini sudah pun mulai mengipasnya pakai dulang restoran.
Gulp.
"Dengan kiraan tiga.. dua. Satu.. and.. Go!"
Terbuntang mataku melihat kemenangan di depan mata. Abang Eskandar pula sudah pun ternganga.
"Lara main tipu!"
"Eh? Mana ada! Abang yang keluarkan kertas tadi. Lara punya gunting. So secara keseluruhannya, osom ini dimenangi oleh Lara. Jadi kekandaku Zaharal Eskandar, pergilah engkau bermusafir membelikan bonda kesayangan kita ubat panadol sepapan kat Sunshine Pharmacy di hujung sana. Biarkan dinda di sini berehat dahulu."
Azna tergelak halus. Lantas dia menyerahkan list barangan lain lagi yang perlu Abang Eskandar beli.
"Lara tahu kan yang kereta Abang Es masuk bengkel? Abang mana boleh pakai kereta pergi situ. Abang jalan kaki. Malaslah. Lima minit tu!"
Aku senyum manis. Sudip aku halakan ke arah Abang Eskandar.
"Baguslah tu. Jalan kaki boleh bakar kalori. Bukan ke abang kata nak kekal fit selalu sebab tak nak Azna lari cari jantan lain?"
Terus Abang Es terbatuk-batuk. Malu bila impiannya kekal fit untuk Azna itu ketahuan oleh Azna. Azna hanya diam menahan tawa. Tiba-tiba aku rasa macam nak cabut aje hidung minah ni. Bila Abang Eskandar dah ada depan mata, segala-galanya perbuatannya kelihatan begitu sempurna di mataku. Dia akan bertukar jadi wanita terayu Melayu terakhir!
"Lara ni. Buat abang malu pulak."
Aik? Abang aku ni pandai malu ke? Aku ingatkan dia muka tebal macam muka Si Shaleha tu.
"Tak payahlah awak nak malu. Jujurnya, awak buat saya terharu tau. Tapi awak kena tahu satu perkara Eskandar, tak ada cacat cela pun yang saya nampak kat awak,"luah Azna. Nampak macam ikhlas cuma riak mukanya aje yang aku rasa macam plastik. Padahal aku tahu dia nak tayang senyum gedik-gedik kat aku.
Lagi satu,dia cakap abang aku tak ada cacat cela? Tapi aku rasa otak dia tu ada masalah berkaitan cacat cela. Terputus urat sana-sini!
"Anak-anak mak yang tersayang lagi dikasihi ni, bilalah korang nak gerak belikan mak panadol? Sakit dah kepala mak ni sebab melayan kerenah korang. Dahlah mak tak cukup tidur sebab pinggang asyik sakit,"omel mak.
Aku sengih. Serentak aku dan Azna menghalakan jari telunjuk ke arah Abang Eskandar.
"Abang Es yang akan pergi mak. Lara menang osom tadi. Jadi Lara hanya akan duduk dapur tolong mak sediakan makanan untuk pelanggan ya?"
"Hmm Yalah. Ha, Eskandar. Pergilah cepat. Kalau tak, mak potong gaji kamu."
Terbuntang Abang Eskandar dibuatnya. Laju sahaja dia membuka apron selajur berlari-lari anak keluar dari dapur.
"Eh.. Janganlah potong gaji Es mak. Ya Es nak pergilah ni. Nantilah kalau mak potong gaji, macam mana Es nak bawak Azna dating lagi?"
Hambur tawa aku dengar Abang Es memujuk rayu mak kat luar dapur. Azna pun dah berbahang dibuatnya. Terus bahuku ditamparnya sebab dah mula berasa malu.
"Janganlah kau gelakkan Abang Eskandar tu. Dia tu ikhlas tau."
Aku ketap bibir. Bahu Azna aku rangkul.

ANDA SEDANG MEMBACA
PAIN KILLER [C]
Romansa"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...