BERKERUT seribu dahiku bila melihat suasana di sini. Meriah semacam. Dengan panji entah apa yang dipasak indah pada beberapa kawasan utama. Kereta-kereta mewah tersidai di bawah sebuah kanopi gergasi. Aku mulai rasa tak selesa melihat keramaian macam ni. Sebab seorang pun aku tak kenal selain coach.
"Coach betul-betullah. Kita buat apa kat sini?"
Dia yang baru habis menghubungi seseorang memandang ke arahku sebelum melihat ke arah keramaian itu semula.
"Ayah Shaleha baru bukak satu cawangan kesenian baharu. Akan buka esok. Semuanya yang datang ni berjemput. Boleh bawak minus one, so I chose you."
Dengar sahaja nama Shaleha, aku terus rasa tak senang hati. Manalah tahu kami bertembung di mana-mana nanti. Tak ke naya aku kalau dia ajak wrestling? Aku bukannya ada bawak sesiapa pun untuk tolong aku. Coach? Dia tukang tengok adalah!
"Coach ni memang sengaja ke nak saya bergaduh dengan perempuan tu? Malu saya coach kalau hal tu betul-betul jadi. Ni kan acara ayah dia. Mestilah semua orang sokong dia."
"Duduk aje sebelah saya."
Dia cakap senanglah! Tuan punya badan ni dah pernah lalui macam-macam dengan minah cacing kerawit tu. Aku dapat trauma pun sebab minah tu punya pasal!
"Dah. Jom masuk."
Aku tarik muka masam. Hanya mengekorinya dari belakang bila dia ajak aku masuk dewan utama. Jelas sekali hampir semua orang dalam dewan ni kenal coach. Lelaki itu hanya tenang bila menjadi tumpuan ramai orang. Baguslah kan. Aku ni jadi apa? Minion?
"Saya tahu awak lapar. Awak pergilah dulu makan."
"Tak naklah sorang-sorang. Segan saya coach,"jujurku. Sempat menangkap segelintir kaum Hawa yang memandang aku dan coach silih berganti.
Lelaki di hadapanku angkat kening. Tiba-tiba sahaja bibirnya berkutik senyum.
"Awak segan ke atau awak memang dah tak boleh berjauh dari tunang awak ni?" Dia mencondongkan sedikit tubuhnya ke arahku. Tergelak halus dia bila aku jeling dia tajam. Kuatnya perasan jantan seekor ni.
"Boleh tak coach berhenti usik saya? Dahlah. Kalau coach tak nak teman, saya pergi seorang ajelah!" Pantas aku melangkah menjauhinya. Saat itu juga ada seorang lelaki tua datang menyapa coach. Ramah sahaja layanannya. Dari tanggapanku, lelaki itu ialah ayah kepada Shaleha.
"Bawak orang pergi sini, lepas tu biarkan aku makan sorang-sorang depan khalayak tetamu yang satu pun aku tak kenal. Ha.. Eloklah tu." Dengusan kasarku terhelah.
Tapi perut yang berkeriuk membuatkan aku membuangkan rasa maluku jauh-jauh sejenak. Semua hidangan yang disediakan pada sebuah meja gergasi kelihatan menggiurkan. Sebiji macaroon perisa kelapa aku sumbat masuk ke dalam mulut. Tak cukup satu, sebiji lagi aku kunyah. Sesekali juga aku memandang ke arah tetamu.
"Saya amat mengalu-alukan kedatangan anda semua pada petang ini. Saya tahu.." kata-kata itu bergema memenuhi ruangan dewan. Lelaki berusia yang menyapa tadi kelihatan sedang berdiri yakin di atas pentas dewan. Dia menyambung lagi kata-katanya yang langsung aku tak endahkan. Adalah jugak aku tepuk tangan bila tetamu menepuk tangan. Buat-buat hidup gitu.
Sejam berlalu, semuanya berjalan dengan lancar. Bermula dengan acara pembukaan sehinggalah ke saat reben perasmian dewan seni yang baharu dipotong. Meriah sahaja suasana. Satu yang aku pelik bila kelibat Shaleha langsung tak kelihatan di sini.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...