BAB 58

397 20 0
                                    

COCONUT SHAKE di tangan aku sedut dengan nikmatnya. Well, bila dah terbiasa bangun lepas Subuh ni (Itu pun sebab Khazasy yang paksa. Sebab dia ugut akan jual Handry kat pasal gelap kalau aku sambung tidur lepas Subuh), aku rasa gembira sebab dapat menghirup udara yang sesegar bau perfume Khazasy.



Nasiblah dia dah ganti perfume baharu. Kalau tak, memang aku akan cipta jarak satu kilometer dari suami aku itu. Sebab perfume dialah, oksigen yang nak masuk dalam hemoglobin tersekat. Sebab gas-gas perfume kecoachi tu dah berpusu-pusu nak rosakkan peparu aku.



Cukuplah dengan sains. Aku bukan sebijak tokoh Jabir Bin Hayyan, saintis tersohor dalam ilmu perkimian itu. Jadi kalau nak tahu apa kaitan perfume dengan respirasi, sila tanya Pak cik Google.



"Hitam!"



"Merah!"



"Tak suka merah. Merah menyerlah sangat. Nanti orang tak masuk kedai ni."



"Tak kesah! Nak merah jugak. Nak cat dinding warna hitam? Seriuslah Eskandar. Awak nak jadikan restoran ni tapak pengebumian ke?"



Ya.



Gegendang telinga aku hampir tersekat dengan pertelagahan pendapat antara 'mental dua sejoli' ni. Satu nak dinding restoran dicat warna hitam. Satu pulak nak warna merah. Rasanya dah tiga puluh minit mereka berbincang tentang topik yang sama.



"Alahai anak-anak mental ni. Bilalah korang nak habis berdebat kat sana? Kalau tak nak warna hitam atau merah, bagi warna pink ajelah! Lebih menarik,"cantasku laju.



"Never!"



Serentak mereka berdua menjawab. Aik? Sehati sejiwa pulak tolak warna favourite aku. Terus aku tumbuhkan muncung jaws aku. Yang pasti lebih hebat dari Anjelina Jolie.



"Pink? Seriuslah Lara? Lara ingat abang nak bukan kedai Barbie ke ni apa? Apa nak bukak restoran bukannya kedai permainan! Dahlah. Hitam. Tetap dengan pendirian abang yang Abang Es nak warna hitam. End of discussion!"titiknya terus tersenyum puas ke arah Aznasyah.



Perempuan itu dah mula menyilangkan tangan ke dada.



"Sanggup awak buat macam tu Eskandar. Bukan ke restoran ni bakal kita terajui sama-sama? Lepas kita nikah, saya jugakkan yang akan jaga kedai ni?"



Abang Eskandar tersenyum manis.



"Tak. Awak bakal terajui hati saya ni nanti. Hari-hari saya nak awak tabur gula supaya manis,"katanya lalu mengenyitkan mata.



Hampir sahaja aku tersedak coconut shake dibuatnya. Azna dah tercengang tapi pipinya sudah berona merah. Sementara Abang Eskandar sibuk gelakkan dia.



"Akak. Bila kita nak balik ni? Bosanlah duduk depan kedai belum siap ni. Setakat nak pandang timbunan simen dengan papan buat apa?"



Izzan di sebelah aku pandang. Siap dengan coklat di tangan, terus aku terliur. Macam nak mintak aje coklat tu, tapi ratu Haji Bakil macam Izzan ni akan bagi ke?



"Kita balik dululah. Mirah dengan Abang Zasy masih kayuh basikal ke? Rasanya dah sejam akak tak nampak mereka."



Terus Izzan halakan jari telunjuk ke arah belakangku. Lantas aku berpusing menghadap tasik di belakang. Tersenyum sebab Abang Eskandar pandai cari tapak untuk restorannya. Kawasan ini dikunjungi banyak orang yang nak bersenam.



"Mana? Tak nampak pun."



"Tu ha. Kat sebelah pokok bunga tu. Rasanya Amirah tu dah tak nak lari dari duduk di belakang basikal tu. Suka sangat bila Abang Zasy bawak di round tepi tasik tu."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now