TERBEJAT langkahku saat melihat kehadiran Shaleha di sini. Asalnya aku tengah sibuk tunggu Khazasy habis joging kat kawasan perumahan ni. Tapi bila Shaleha ada kat depan mata, aku rasa macam nak berlalu pergi sahaja membiarkan dia di situ.
"Please Lara. Bagi saya masa untuk berbual kejap,"pintanya sambil mencengkam pergelangan tanganku. Aku ketap bibir.
Akhirnya, aku turutkan juga permintaannya. Kami mulai melangkah ke arah sebuah kerusi panjang di situ. Sedikit ragu-ragu nak duduk bersebelahan Shaleha ketika ini. Risau pulak aku kalau dia tiba-tiba keluarkan pisau dan tikam aku.
"Dah kenapa kau tiba-tiba baik ni Shaleha? Kau ada simpan apa-apa muslihat ke dalam ni? Aku tak nak timbul masalah lagi antara kita. Cukuplah dengan apa yang kau buat selama ni,"kataku menahan geram.
Shaleha tertunduk sedikit. Tangannya mulai menguis-nguis hujung dress hijaunya. Sedikit tenang melihat dia berpakaian sopan macam ni. Walaupun tak pakai tudung, tapi bukan baju ala-ala bikini yang selalu aku nampak dia kenakan.
"Saya tahu banyak masalah yang saya buat kat awak Lara. Sebab tu saya datang nak ajak bincang. Saya tak suka Abang Azri yang minta maaf memandangkan ini semua salah saya,"katanya seiring dengan mata yang kelihatan berkaca-kaca. Aku terdiam sejenak.
Dah kenapa dengan minah ni? Lain punya ayu hari ni? Ke dia dah amnesia?
"Saya tahu saya banyak buat salah. Banyak sangat sampai menyusahkan korang semua."
"Shaleha. Aku kenal kau macam mana. Ya. Aku dah maafkan pun. Tapi kalau nak suruh aku duduk sebelah kau, aku rasa tak payah. Sebab aku risau kalau-kalau kau ada bawak pisau. Tak pasal-pasal pulak kau bunuh aku kat taman ni."
Tergelak kecil dia mendengar balasan dariku. Dia menggeleng laju.
"Tak. Saya betul-betul dah serik dengan perangai saya. Saya tak tahu kenapa saya tergila-gilakan Khazasy. Padahal dia dah nikah dengan awak pun. Saya malu Lara. Saya malu dengan awak Lara. Saya malu jadi perempuan macam ni."
Entah kenapa tiba-tiba hatiku terdetik simpati untuk Shaleha. Semakin simpati melihat air matanya yang menitis. Aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan keikhlasan dalam kata-katanya.
"I met psychiatry. Saya ada buat ujian jugak. Saya buat pun sebab Abang Azri yang paksa. Dan saya betul-betul terkejut bila ujian mengatakan yang otak saya berkecenderungan ke arah perkara yang negative. Sebab ketidakstabilan itulah, saya banyak buat perkara di luar jangkaan saya. Saya tak sedar pun yang saya bawak pisau dan ugut Zasy hari tu. Saya tak sedar pun yang saya cuba untuk minum racun dulu. Otak saya betul-betul dah tak waras Lara."
Diam.
Seperti selalunya, aku lebih suka untuk diam untuk mendengar kata-kata dari seseorang. Sebab melalui cara ini, aku akan lebih tenang dan tidak terburu-buru dalam memberi respons. Tapi tipulah kalau aku tak terkejut dengan bicaranya.
Sejujurnya, mendengarkan kenyataan dari Shaleha itu membuatkan aku semakin simpati kat dia. Walaupun aku tak rasa, tapi aku tahu betapa kecewanya apabila mengetahui yang kita ni mungkin tak waras.
"Saya akan ikut parents saya balik Australia. Harapnya saya bakal mendapat rawatan yang sebaiknya di sana. Saya tak nak jadi gila. Saya tak nak duduk hospital sakit jiwa. Selagi saya boleh dirawat, selagi itulah saya tak nak berhenti dari berusaha."
Terkejut aku bila tangannya mulai menggenggam tanganku. Air matanya mulai mengalir. Tubuhnya menggigil.
"Saya jahat Lara. Saya jahat dengan semua orang. Sebelum ni, kami rapat sangat dengan Khazasy. Tapi sebab saya jahat, hubungan keluarga kami makin renggang. Dan bertambah renggang bila saya mulai menyimpan dendam kat awak, Lara."
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romansa"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...