BAB 25

374 31 0
                                    

TEPUKAN tangan bergema di dalam dewan seni ini. Masing-masing dengan senyuman manis yang menghiasi bibir. Coach yang nampak kagum hanya tersenyum nipis tetapi tetap juga menzahirkan kebanggaannya terhadap latihan yang berjalan dengan begitu lancar dan mantap tadi.



"Thank you for showing me a magnificent job. I hope after this, you guys will present your theater as good as this one. So, untuk hari ni, saya bagi kelepasan awal sikit. Siapa belum solat, solat dulu. Yang dah, dah boleh laksanakan kerja ikut suka hati,"kata coach.



Bersorak lagi semua pelakon-pelakon teater. Termasuk beberapa orang yang kerap tidak menghadirkan diri, mereka tetap juga bagi yang terbaik. Mungkin ini kesan akibat kena 'cuci telinga' oleh coach hari tu.



Still, aku masih ingat bagaimana gaya mereka yang tertunduk di hadapan coach itu.



"The actress who start the play bukannya play yang start the actress. Kalau korang tak nak sertai kelab ni, dengan segala hormatnya saya persilakan korang keluar dari kelab ni. I don't like stubborn people. Kalau korang tak suka dibebankan, then jangan bebankan orang lain. Ada banyak lagi orang yang teringin nak join kelab ni tapi tak dapat join sebab korang awal-awal dah ambil tempat."



Dan aku juga masih ingat bagaiman bahuku terhinjut di sebelah meja coach. Walhal bukan aku yang dimarah. Sempat jugak aku pandang tangan coach yang mengepal di atas meja. Nampak macam berura-ura nak tumbuk orang. Nasiblah tak. Sekadar menunjukkan urat-urat jantan aje kut? Haha!



Nampaknya, tak sia-sia coach keringkan enzim air liur untuk mereka. Insaf jugak akhirnya tujuh ekor tu.



"Bila Abang Es datang?"soal Azna dengan kepala yang sudah pun melilau sekeliling.



Aku juihkan bibir.



Seminggu lebih Abang Eskandar di Sabah, akhirnya pulang jugak ke tanah air pagi tadi. Sempat dia datang buat latihan tadi. Tapi tiba-tiba ada hal lain pulak nak diuruskan tiga puluh minit yang lepas. Dia dah janji sebenarnya nak belanja kami makan lagi. Sebab itulah Azna tercari-cari.



"Jangan dirisaukan sangat Abang Es tu. Dia ada kaki, pandai-pandailah dia balik sendiri. Kalau dia tak ada belanja kau makan, kita mintak sponser kat coachlah jawabnya,"gurauku.



Azna tayang muka seram.



"Tak naklah aku. Nanti tiba-tiba coach mintak buat kerja. Aku pulak yang terlibat sekali. Tulang aku masih trauma nak buat kerja since aku tolong abang aku cat bilik tidur dia kelmarin. Dahlah tak ada gaji. Mengomel pulak bila aku buat tak perfect."



Aku sengih. Kalau akulah Abang Es suruh cat bilik dia. Aku akan tagih dua bar besar coklat cadbury dari dia. Aku tak kesah nak bergayut kat kakinya sekali pun. Janji titik peluh aku ada hasilnya.



"Cakap ajelah kau malas. Orang pemalas ni kan banyak alasannya. Kau tengok macam aku. Dah berotot lengan ni sebab coach mintak tolong buat kerja. Rasanya dah boleh angkat dumbbell dua puluh kilo ni,"kataku seraya menunjukkan lenganku yang sedikit berotot.



Lantas Azna tergelak besar.



"Amboi... Happy nampak. Korang tengah cerita pasal lelaki pujaan hati sepanyol lagi ke? Dah lupakan Abang Es macam tu?"



Tiba-tiba sahaja muncul, itu pulak yang dulu disoalnya.



"Haah. Azna kata dia dah tak nak kat abang sebab abang bau masyam. Tak ensyem dah. Tulah. Sibuk dengan latihan sampai malas nak mandi. Balik-balik rumah aje terus terjun atas katil."



Sengaja nak jadi batu api kat sini.



Mata Abang Eskandar terbuntang sedikit. Dia bercekak pingang selajur memandang aku dan Azna silih berganti. Azna pulak dah tahan gelak.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now