BAB 17

797 95 4
                                    

DEK kereta ayahanda tersayang rosak, maka terpaksalah kekanda kesayangan datang membantu. Jadi secara logiknya, Abang Eskandar tak hadir latihan hari ni. Untuk setiap babak, babak milik Abang Es akan dikecualikan untuk hari ni.

     “Call me Shaleha.”

    Mengeluh.

     Tadi coach kata Azri akan gantikannya untuk hari ni. Tapi muka tebal Shaleha pulak yang datang mencemarkan mood aku nak bekerja. Dari gayanya berkata-kata sahaja, aku yakin pasti ada sesuatu menyusahkan bakal terjadi. Dan dalam subjek Ekonomi, Shaleha boleh diistilahkan sebagai diktaktor.

     Ya. Diktaktor.

     “Hari ni Zasy tak ada untuk melatih. Dia ada hal lain untuk diuruskan. Saya datang kat sini sebab nak ganti dia. Sepatutnya abang saya yang harus datang tapi dia ada meeting dengan klien.”

     Hampir sahaja Azna tersedak air apabila melihat kehadiran Shaleha. Terus sahaja dia menyiku pinggangku dengan riak bertanya.

     “Kenapa Miss Hawaii itu datang sini? Apa dia nak? Dia nak balas dendam dengan kau lagi ke? Nak ajak berlurai, macam tu?”

     Terus aku cubit bahunya.

     “Bukanlah. Dia datang sebab nak ganti coach melatih. Itu aje. Tak ada benda lain yang dia nak bincang dengan aku dah. Aku dah explain everything hari tu. Kalau dia tak faham-faham lagi, aku pun tak tahu.”

     Sempat aku kerling Shaleha di atas pentas. Pelatih-pelatih lelaki yang lain dah mula buat bising. Sikap wajib semua insan yang bernama jantan miang, memang akan cari perluang untuk mengorat. Kalau mata aku ni ada magic, mungkin aku boleh nampak kehadiran ‘tanduk-tanduk ulat bulu’ itu.

     “Before we start, saya nak ceritakan serba sedikit mengenai saya. Sebab saya tahu yang ramai pelatih kat sini tak yakin dengan kebolehan saya.”

     Berlaga sahaja pandangan kami, terus dia senget bibir sinis. Aku pun tak nak kalah, jadi aku jeling dia balik. Mengada betul minah cacing kerawit tu.

     “Memang saya mahir dalam bidang lakonan ni. By the way, ayah saya, Tuan Firaz merupakan pengasas bagi Dewan Seni Mahogany ni. And sekarang dia sedang lecture kat Aswara,”terangnya serba ringkas.

     “Aku rasa otot muka dia tak sihatlah. Sebab dari tadi dia asyik tayang senyum sinis tu. Geram pulak aku!”kata Azna menggeram tiba-tiba.

     Aku julingkan mata ke atas.

     “Bukan tak sihat, tapi dah tak berfungsi. Percaya cakap aku, lepas ni bibir dia pulak akan terheret ke atas. Tak pun, mata sistem matanya yang akan rosak. Mungkin akan terjeling ke sana sini lepas ni.”

     Azna angguk mengiyakan.

     “Tapi kalau yang tu aku tak kesah. Kalau terjuling tu mesti namanya karma.”

     Aku pandang Azna kat sebelah. Segeram-geram aku, rasanya Azna lagi emo. Sejak peristiwa Shaleha datang bertemuku di kampus hari tu, Azna sudah bersiap sedia nak bawak dia join padang MMAnya lepas ni. Memang Azna macam ni. Nampak sahaja macam kucing tapi rupa-rupanya ialah somu!

     “Sebab persembahan tak lama lagi, so saya nak korang bagi yang terbaik untuk hari ni. And…”

     Sengaja Shaleha tercari-cari sesuatu yang aku yakin akulah yang dicarinya. Sehinggalah mata kami bertaut dan dia tunjukkan lagi kesan kerosakan sistem otot mukanya itu.

     “Oh well. Saya rasa awaklah Lara. Kuli dewan seni ni kan?”

     Kurang ajo!

     “Err.. Kuli? Excuse me mak cik.. Eh.. Awak. Lara ni ialah pembantu jurulatih kelas satu bukannya kuli. Banyak-banyakkanlah tambah pengetahuan ya? Takut nanti awak terpanggil bos besar tukang cuci pinggan pulak,”perli Azna.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now