KEDUA-DUANYA kelihatan bingung. Sambil menyandarkan belakang tubuh di meja, mereka memerhati aku di sini. Aku pulak buat-buat tak sedar dengan kehadiran mereka berdua. Lebih tepat lagi, aku buat macam mereka tu halimunan. Senang sikit hati aku kalau macam ni.
"Awak tak rasa ke yang Lara tu tiba-tiba jadi pelik pagi ni?"
Azna mengangguk mengiyakannya. Abang Eskandar dah mula cerlungkan mata sambil meraup dagunya yang berjanggut sedikit itu.
"Muka Lara tiba-tiba pucat pagi ni. Macam hilang darah. Lagi satu, dia tak ada senyum pun sejak masuk dalam restoran ni,"kata Azna turut sama meraup dagu.
"Hmm. Pucat macam vampire. Rasanya kalau dia tak pakai tudung dengan rambut menggerbang, confirm muka dia serupa dengan vampire sekarang. Oh,cuma kena tambah gigi taringlah."
Azna angguk lagi. Baru sahaja dia hendak menggigit epal hijau yang sudah dibasuhnya, Abang Eskandar sudah pun merampasnya. Dia pulak yang laksanakan misi menggigit epal itu. Azna sudah pun mencerlungkan mata.
"Fine. Nanti awak kena ganti epal yang baharu. But kita kena selesaikan dahulu perkara ni. Kenapa Lara tiba-tiba berubah pagi ni? Mood dia lain macam aje."
Abang Eskandar mula melabuhkan duduk di atas meja. Sekali lagi, makanan Azna dirampasnya. Kali ni dia rampas chocky-chocky pulak. Azna sudah pun ternganga sedikit. Tapi belum sempat dia meluahkan perasaan tak puas hatinya, Abang Eskandar terlebih dahulu mencantas.
"Saya dah tahu macam mana nak jawab segala persoalan ni,"katanya dengan senyuman yakin. Azna angkat kening.
"Apa?"
"Kita kahwin awallah. Rasanya Lara jadi begini lepas dia nikah dengan coach.. I mean. Khazasy. So..."
Pap.
Kemenangan buat Azna bila kepala Abang Eskandar dihempapnya pakai dulang aluminium. Abang Eskandar sudah pun mengerang kesakitan. Tak lama lagi pendarahan otaklah tu.
"Awak jangan cuba nak merapu eh. Awak kerja pun belum sampai setahun. Tunggulah beberapa bulan lagi. Kalau kerja awak dah stabil, barulah. Kita dah tunang pun kan? Saya tak akan lari ke mana pun. Lagi satu, saya tak nak bebankan awak bila kita dah kahwin nanti. Takut menyusahkan awak sebab ekonomi belum stabil."
Abang Eskandar tersenyum manis.
"I can't believe it, Azna. Tak sangka awak ni berfikiran jauh. Bangga saya dapat bakal isteri macam ni. Mesti generasi kita semua pintar-pintar belaka kan?"soalnya dengan kening terangkat-angkat sebelah. Azna julingkan mata ke atas.
Dan berakhirlah sudah sesi memotong ayam aku. Ada orang order nasi goreng ayam tadi. Bukan setakat ayam aje aku dah potong, bawang dengan sayur pun dah. Aku buat semua ni dengan jiwa yang tak tenteram memandangkan 'mental dua sejoli' ni sedang hangat menyibuk pasal aku.
"Lara, dahlah tu. Biar abang yang masak. Bukan Lara kena jadi waiter ke hari ni? Cepatlah. Tepi-tepi," kata Abang Eskandar cuba merampas sudip dari tanganku.
"Tak payah. Lara nak senangkan hati pagi ni. Bosanlah. Dah lama tak masuk dapur macam ni, abang nak jugak halang ke? Abang Es ajelah yang jadi waiter. Bawak Azna sekali supaya aman dapur ni."
Mereka berdua ternganga.
"Amboi... Senang aje kau suruh Abang Es bawak aku keluar eh? Yang kau ni apasal muka pucat ni? Sakit ke? Sakit apa?"
"Sakit hati,"ujarku tak berperasaan.
Abang Eskandar kerut dahi sambil bercekak pinggang. Manakala Si Azna ni pulak masih sibuk berceletoh.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...