BAB 50

374 23 0
                                    

PERLAHAN-LAHAN aku membuka kelopak mata. Pandanganku berbinar-binar. Aku cuba berdiri tetapi keseimbangan badan yang kurang sempurna membuatkan aku jatuh semula. Beberapa minit aku cuba menghadam apa yang baru sahaja berlaku.



"Macam mana aku nak keluar dari sini?"



Beberapa jam yang lalu, tubuhku diheret secara paksa lalu dimasukkan ke dalam ruangan ini. Kaki dan tanganku diikat dengan mulutku yang disumbat dengan kain. Tangisan dan jeritanku yang kelam bercampur aduk memenuhi kepekatan malam.



"Apa kita nak buat dengan perempuan ni?" soal lelaki yang berbaju T putih itu. Masih aku ingat pandangan tajamnya apabila aku cuba hendak melawan.



"Biarkan aje dia,"jawab lelaki yang berkemeja unggu it membuatkan rakannya tersentak. Sebelah tangannya yang menggenggam senjata diacukan ke arahku. Serius tubuhku betul-betul terasa lemah ketika itu. Aku hanya mampu memejamkan mata dengan rapat dengan hati yang tidak putus-putus berdoa.



"Dia dah nampak segala-galanya Armizan. Kalau dia lapor polis macam mana?!"



Armizan datang melangkah ke arahku. Selang tiga langkah di tempat aku terduduk, dia terus mencangkung sambil meneliti wajahku. Pandangan itu berubah redup tatkala melihat pendarahan di perutku. Dahinya berkerut sedikit.



"Tak ada gunanya dia lapor polis. Kita dah berbelas tahun dengan kerja ni. Polis sampai sekarang pun tak dapat buktikan apa-apa." Sekali lagi Armizan memandang tunak ke arahku. Aku tertunduk dengan amarah yang mulai membuak. Selang beberapa saat, akhirnya lelaki itu berdiri dan melangkah menjauhi aku.



"Biarkan aje dia macam tu." Armizan menokok lagi sebelum membisikkan sesuatu di telinga rakannya. Awalnya pandangan lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati. Tetapi selepas bahunya ditepuk dan Armizan menambah bicaranya dalam nada bisikan, wajahnya akhirnya kelihatan pasrah. Dia mengangguk-angguk kecil.



Waktu itu, kepala aku betul-betul berat. Dalam keadaan separa sedar tu, dapat aku rasakan ada sesuatu yang dicucuk masuk ke bahuku. Selepas itu aku sudah tidak sedarkan diri lagi.



"Apa yang diorang dah buat kat aku?" Pantas aku meraba bahu kanan dan kiriku, mencari apa-apa kesan yang boleh menjawab segala persoalanku. Pergerakanku terhenti apabila mataku terpacak pada balutan bandage di perutku. Baru aku sedar akan hal itu. Tangan dan kakiku juga sudah tidak berikat lagi.



Nafasku terhelah berat.



Haru semakin gelap. Ruangan ini bertambah menyeramkan apabila sudah tidak ada lagi cahaya bulan yang menerobos dari celah-celah dinding yang merekah. Belakang tubuh aku sandarkan ke suatu sudut sambil memeluk lutut. Fobiaku menyerang semula apabila kegelapan semakin menguasai ruangan ini.



"Saya takut,"gumamku menahan tangisan. Sehinggalah satu tahap, nafasku mulai sesak. Sudah tidak ada apa-apa lagi yang kelihatan melainkan kegelapan. Jemari-jemariku semakin ligat menguis-nguis fabrik baju.



"Seseorang.. tolong.." Bagaikan kekurangan oksigen, aku cuba menghirup-hirup udara sekeliling. Cuba berdiri sambil meraba-raba dalam kegelapan. Apabila sampai di hadapan sebuah pintu, tombolnya yang berkunci aku pulas sekuat hati. Tidak cukup dengan itu, sebelah tanganku menepuk-nepuk kuat pintu tersebut tanpa menghiraukan tanganku yang sudah terasa pijarnya.



"Tolong saya.. tolong saya!" Dengan kudrat yang bersisa, bermacam-macam objek yang berdekatan aku capai lalu aku lontar ke arah pintu tersebut. Tidak cukup dengan itu, pintu keras itu aku tendang. Sehinggalah satu tahap, aku mulai keletihan lalu jatuh terduduk di atas lantai simen yang sejuknya menggigit.



"Kenapa korang buat saya macam ni? Apa salah saya?" Esakan halusku bergema memenuhi ruangan. Tapi terhenti apabila bunyi tombol pintu yang dipulas kedengaran.



"Lara!"



Membulat mataku ketika mendengar suara yang cukup aku kenal itu. Tapi aku tidak menjawab sebaliknya hanya melihat tindakannya. Hampir tiga puluh minit juga dia usahakan bermacam-macam cara sehingga pintu di hadapanku betul-betul ternganga, membenarkan cahaya masuk.



"Lara.."



Bungkam.



Dengan kemeja yang dibasahi peluh, Khazasy datang menerpa ke arahku. Pantas menarikku ke dalam dakapan eratnya. Aku tidak membalas pelukannya. Betul-betul aku kelu saat ini. Membiarkan sahaja tubuhku didukungnya keluar daripada kawasan itu. Keretanya yang aku gunakan beberapa jam lalu kelihatan berhampiran.



Aku tak tahu macam mana Khazasy boleh tahu yang aku ada di kawasan ini. Sebaik sahaja dia memasangkan tali pinggang keledar buatku, dia terus meneliti wajahku dengan riak yang jelas risau. Tapi aku hanya tertunduk.



"Macam mana Lara boleh.." kata-katanya tersekat apabila aku memandangkan ke arahnya. Cecair jernih jatuh bercucuran membasahi pipi. Renungan Khazasy bertambah redup. Pipiku diraupnya lembut sebelum melepaskan helahan halus.



"Rest." Sepatah kata itu keluar dari mulutnya sebelum dia memulakan pemanduannya. Tak ada balasan dariku. Lebih selesa menyandarkan tubuh ke kerusi sebelum melelapkan mata yang jelas terasa berat. Ya.. Masih banyak lagi yang belum selesai antara kami.





PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now