BAB 7

977 115 4
                                    

TANGAN sedang memegang buku catatan kecil dan pen. Aku hanya tunduk pandang kertas suci murni tu tanpa memandang orang yang sedang duduk membaca menu kat meja. Lama betul coach baca menu tu. Dia ingat aku ni robot ke yang nak tunggu dia sejam dua kat sini?

     “Dah ada nak order ke?”soalku tahan geram.

     Tak cukup-cukup dia menyusahkan aku dengan pelbagai kerja, sekarang dia nak bagi aku senaman kaki pulak kat sini. Kalau tak dikenangkan statusnya yang lebih dulu ‘makan garam’ dari aku, memang aku akan bla terus dari sini.

     “Give me a minute please.”

     What?!

     Dah sepuluh minit aku berdiri tercegat kat sini, takkan dia tak tahu nak makan apa lagi? Menu kami bukannya banyak sangat pun. Menu utama restoran ini adalah nasi lemak yang disertakan pelbagai lauk-pauk. Menu lain pulak jarang orang pesan sebab dah termaktub kat papan tanda kedai sebagai ‘Restoran Nasi Lemak Legend’.

     “Kalau tak nak order saya nak sambung kerja dulu.”

     “Seriously? Begini cara awak layan pelanggan awak? Nak blah terus?”

     Aku ketap rahang tapi akhirnya lakar senyuman plastik. Coach pandang aku pelik.

     “Yelah.. Pelanggan yang disayangi nak makan apa? Untuk pengetahuan encik, kedai makan ni tak sediakan robot yang tahan dengan kerenah encik. Saya manusia biasa dan punya kaki yang biasa-biasa sahaja encik. Jadi encik kena faham-fahamlah ya?”

     Ala-ala wanita Melayu terakhir aku bercakap tadi. Siap tertunduk ayu. Tapi yang kat dalam ni rasa macam nak headsmack dia aje!

     Coach tersenyum nipis. Dia menyandar kat kerusi sambil menyilangkan tangan ke dada. Mengeluh sedikit.

     “I’m trying to learn you. Sebagai pembantu saya, awak kena belajar jadi sabar. Dan saya rasa semua pekerjaan pun memerlukan kesabaran kalau awak nak success.”

     Dia bagi aku ceramah untuk pekerjaan aku yang tak berdaftar. Aku mendengus halus.

     “Saya nak makan nasi lemak lauk sambal pari.”

     “Tak ada,”jawabku laju.

     “Then.. Saya nak nasi lemak sambal ayam.”

     “Tak ada.”

     Coach pandang aku bingung. Aku gelak kemenangan dalam hati. Dia nak uji kalau aku ni orang sabar ke tak kan? Sekarang, mari aku tunjukkan skill aku dalam menyakitkan hati orang. Sebenarnya, skill ni aku belajar dari yang sifu. Siapa lagi kalau bukan Azna dan Izzan? Plus Abang Eskandar sekali.

     “Seriously? Kalau macam tu, saya nak nasi lemak sambal ikan.”

     “Habis.”

     Selamba sahaja aku pandang dia. Buat macam orang tak bersalah. Coach ketap rahang sebelum memilih menu lagi. Ni kejap lagi, aku pasti urat-urat kemarahan kat dahi dia akan timbul. Lepas tu dia akan buat bising kat sini sekali gus angkat kaki keluar dari restoran ni. Lepas tu, aku takkan nampak muka dia lagi.

     “Nasi lemak..”

     “Nasi pun dah habis. Beras habis dua hari yang lalu. Garam, gula, sambal semua pun dah habis. Pinggan tak cuci lagi. Minyak pun dah tak ada. Gas belum ganti lagi. So..”

     Arghh!!

     Aku jerit dalam hati bila mak cubit pinggang aku. Jatuh saham aku bila coach menyaksikan hal itu. Sempat aku tangkap senyumannya. Terus aku kerling minta simpati kat mak. Tapi mak lebih berpihak kepada pelanggan. Lagi mendukacitakan lagi apabila pelanggan itu ialah pemberita hati mak aku.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now