BUNTANG mata aku melihat belakang tubuh Khazasy tak berbaju itu. Penuh dengan bintik-bintik merah yang sedikit mengelupas.
"Mana ubat abang? Lara pergi ambik,"kataku kalut.
Dia dah tunjukkan sebotol ubat alergi dengan krim sapu untuk alergi sekali. Sekali gus aku tolong ubatkan dia. Tekun aku meletakkan krim itu sehinggalah semuanya mulai redah. Masih ada kesan merah tapi tidaklah seteruk tadi.
Aku mendengus perlahan.
"Lara minta maaf tau. Lara lupa yang abang alergi dengan kacang. Pernah mak bagi tahu dulu tapi Lara lupa. Kalau tak, mesti makan malam dengan family abang tak terganggu tadi."
Dia senyum nipis. Kedua belah pipiku ditekupnya dengan tangannya. Tiba-tiba sahaja, untuk hal yang remeh pun aku rasa macam nak menangis. Sengaja aku larikan sesuatu yang tak wujud di rambutnya.
"Ada spegeti sesat kat rambut abang,"autaku.
Dia tergelak kecil. Seram aku nak pandang dia sekarang memandangkan aku dah buat salah kat dia tadi.
"Lara tak sengaja sangat tadi. Kesian abang tadi. Banyak merah kat belakang tu. Mesti sakit kan sebab mengelupas?"soalku turut terbayangkan rasa sakit yang mengelupas itu.
"Lara. It's not your fault. Abang tahu ni semua salah Shaleha. Tapi sedikit kesilapan dari Lara juga sebab terlalu percaya dengan perempuan tu. Abang tak suka tengok Lara rasa bersalah macam ni. Tak baik tau paksa diri menangis untuk hal yang remeh. Sikit aje ni. Nanti pulihlah."
Aku ketap bibir.
"Tapi still Lara bersalah kan sebab tak ambil tahu pun pasal kesihatan abang. Tengok tu, alergi abang pun Lara tak tahu. Macam mana untuk hal yang lain nanti? Macam kalau tiba-tiba hal yang membahayakan nyawa abang Lara tak tahu jugak? Teruklah jadi isteri macam ni. Rasa macam tak perfect pulak."
Tergelak dia nampak aku mengalirkan air mata. Aku pun dah gigit bibir sebab malu dengan diri sendiri. Rasa macam nak sorok muka belakang Handry pulak. Ha.. Kucing tu. Mana perginya kucing tu?!
"Such an innocent baby. Well, with those baby face, abang rasa macam nak peluk Lara tak lepas-lepas aje. Geram tau tengok Lara macam ni. Dah. Jangan buat muka comel lagi. Abang cabut hidung tu betul-betul baru tahu."
Terus pipiku berbahang. Malu lagi.
Nampak dia menyalin sweatshirt ke tubuh buatkan aku tertanya-tanya. Terus aku cuit bahunya hingga dia memandangku. Dia angkat sebelah kening.
"Abang nak pergi mana malam-malam macam ni?"
Pipiku dikucupnya. Dan untuk itu, aku rasa berbahang lagi. Tapi mood nak rasa berbunga-bunga kecundang bila hidungku dicuitnya kuat. Pandang cermin kat sebelah, memang aku dah tak ada beza dengan badut sarkas.
"Apa ni?! Kalau merah macam ni, esok pun belum confirm hilang lagi tau!"marahku. Tapi dia tak kesah. Ditambahnya lagi tahap kemerahan hidungku.
"Abang nak joging jap. Lara tidurlah dulu. Tak payah tunggu abang sebab mungkin abang balik lambat sikit. Ambil masa sejam setengah gitu,"ujarnya dengan pandangan yang mulai redup.
"Tapi dah malam kan ni? Abang nak joging kat mana pulak. Takkan nak tinggal Lara sorang kat sini."
Terus pinggangku dirangkulnya. Sengajalah tu nak peluk aku sebab tahu aku tak suka ditinggalkan seorang diri kat rumah. Dahlah trauma aku belum surut lagi. Dia pulak nak tinggalkan aku seorang diri lagi.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...