BAB 36

389 29 0
                                    

LELAKI yang sedang menyarung kemeja putih lengan panjang di tubuhnya itu aku pandang. Bila dia membelakangkan aku macam ni, aku rasa selesa sikit nak tatap dia. Terkejutlah jugak sebab nampak dia macam ni. Siapa juga tak terkejutkan nampak lelaki tak berbaju? Alamak.. Apa pulak aku fikir ni?!



"What time your class will start dear?"soalnya selajur mengerlingku di belakangnya. Aku berdehem. Buat-buat betulkan kedudukan di atas katil walhal sebenarnya jantung tengah nazak menerima senyumannya tadi.



"Pukul 11 pagi."



Dia angguk. Sekarang dia tengah pasangkan tali leher. Sekali lagi membelakangkan aku. Dan sekali lagi aku tatap dia sorok-sorok. Aku gigit bibir. Merinding!



Teringat hal pagi tadi. Mahu patah punggung aku sebab bergolek jatuh dari katil. Aku jatuh pun dengan gebar sekali terlilit di tubuh. Tu sebab aku terkejut melihat wajah Khazasy di sebelahku. Strok kut kalau tiba-tiba ada hidung lain yang nak berlaga dengan hidung aku!



Nasiblah masa tu dia tengah nyenyak diulit mimpi. Kalau tak, malulah aku bila ketahuan. Berdebuk kuat aku jatuh. Rasanya tulang belakang pun nak retak sama.



"Still pukul sembilan pagi. Lara nak turun masaklah. Abang nak makan apa?"



Laju aku berdiri dari duduk menuju ke pintu bilik. Tapi suara versi peremang bulu tengkuk itu sudah pun menyapa.



"Lara..."



Dia leretkan pulak tu nama aku!



"Ambil blazer abang kejap. Ada kat dalam almari tu."



Aku kejung seketika. Sehinggalah Khazasy pandang aku, barulah aku kalut mengambil barang yang dia minta kat dalam almarinya. Menggeletar sekejap tangan aku time hala blazer tu. Rasanya tulang tangan pun dah sumbing akibat terjatuh dari katil tadi.



"Kenapa ni? Apasal menggigil semacam ni? Lara sakit ke?"soalnya dengan dahi berkerut. Aku tak menjawab. Tanpa dipintanya, aku sudah pun menyarungkan blazer ke tubuhnya. Dia tersenyum nipis.



"Thanks. But angel, kalau Lara sakit, tak payahlah pergi kelas. Nanti tak fokus. Sayang masa, sayang tenaga jugak. Baik rehat kat rumah. Nanti abang belikan ubat. Sakit apa? Demam?"



Elektrik merenjat lagi. Belakang tapak tangannya sudah pun melekap di dahiku. Hampir juling aku pandang tangannya di dahi. Aku nak elak pun tak dapat sebab sebelah tangannya mengenggam tanganku. Alahai.. Pitamlah tak lama ni.



Apasal genggam tangan aku erat sangat ni?!



"Panas ni. Demam. Dah.. Tak payah.."



"Abang. Taklah. Lara tak demam. Ni memang macam ni. Demam mengejut. Nanti okeylah lepas beberapa minit. Semua orang yang berdebar memang akan diserang demam mengejut ni,"ujarku lantas cuba menarik genggaman tanganku darinya. Rasanya tapak tangan pun sudah mulai berpeluh.



Khazasy heret bibir. Dia angkat lagi kening sebelahnya. Genggaman dieratkan lagi. Kering dah enzim air liur aku ni.



"Why? Tell me the reason. Lara berdebar untuk apa?"



Sengaja dia nak usik aku. Aku mencebik.



"Berdebarlah. Berdebar sebab abang dah mula tunjuk miang. Apasal tiba-tiba suka pegang tangan kita ni? Apasal tiba-tiba suka senyum manis semanis Cadbury ni?"soalku dengan muka tak puas hati.



Dia tergelak macho. Ya. Tapi aku rasa macam nak tarik aje halkum dia bila dia gelakkan aku.



"Lara. Memanglah macam ni. Takkanlah abang nak pegang-pegang Lara sebelum kita nikah? Tu kan haram. Sekarang, dah halal macam ni takkan tak boleh? Lagi pun, kita kan dah janji nak hadirkan rasa sayang untuk pasangan kita lepas nikah. Macam yang Rasullah SAW dan Khadijah buat. Cinta lepas nikah. Halal dan tak ada batas,"ujarnya sengaja melunakkan suara.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now