BAB 28

292 26 0
                                    

PUSINGAN ke dua kini bermula. Sekali kalah dengan Azna, confirm nak main semula sebab tak puas hati. Lagi aku tak puas hati bila Azna asyik-asyik mintak set KFC sebagai hadiah kalau aku kalah main catur. Cuma kali ni, macam tahu-tahu yang aku tak banyak duit, dia mintak satu set sahaja. Aku turutkan ajelah. Kalau tak, menangis air mata darahlah Si Azna ni jawabnya.



"Aku tak nak bagi kau peluang lagi. Dah banyak kali kau tipu aku. Tak baik tau tipu dengan orang yang banyak berjasa,"kataku buat-buat muncung bibir.



Azna tercengang.



"Aik Lara.. Aku dapat peluang atau tidak pun, still kau akan kalah. Peliklah aku kat kau ni Lara. Kenapa tak pernah menang chess eh? Aku rasa first time kau menang lebih kurang dua tahun yang lepas."



Aku tergelak malu. Tak sangka kemenangan pertama aku begitu berharga sehinggakan Azna ingat dah berapa tahun berlalu. Tapi aku rasa kemenangan itu merupakan yang pertama dan terakhir untukku. Huhu.



"Sebab tu kali ni kita kena cipta sejarah sekali lagi. Kalau Lara menang, jadi ia merupakan kali yang kedua selepas dua tahun lepas. Dua tahun akan datang lagi kemenangan yang ketiga, empat tahun kemudian kemenangan yang keempat.."



Ceh!



Aku ingatkan Faezah nak sokong aku tadi. Rupanya nak memerli dan malukan aku. Hesy!



"Kau diam Faezah. Tahulah kau ni 'juara' bola keranjang. Tak payahlah nak perli aku." Mata mulai fokus melihat pemandangan di atas papan.



Ya. Pemandangan 'terindah' buat aku sebab ada bergerombolan 'orang-orang botak' kepala hitam kat situ. Mana orang-orang kuatnya? Rasanya dah 'dimakan' oleh Azna beberapa minit yang lepas. Tu sebab senyuman dia selebar ikan pari tu!



"Aik. Apa kena mengena bola keranjang aku dengan chess korang?" soal Faezah bingung.



Aku kerling dia meluat.



"Bukan kau tu dah banyak kali malukan kampus kita ke sebab kalah main bola kerajang? Berbeza dengan aku, aku cuma malukan diri aku sendiri. Kau pulak malukan satu kampus. So darjat kau lagi rendah dari aku,"selamba aku menjawab.



Serentak aku, Qasyrah dan Azna tergelak. Faezah dah julingkan mata ke atas.



"Sanggup kau bro buat aku macam ni. Kau sepatutnya bersyukur ada makhluk macam aku ni yang setia berjoget tunggu kau habis main catur. Kau ingat ada ke manusia yang sanggup tunggu kau kalah sedangkan kau memang akan kalah?"



Auch. Auch. Auch. Sakit tu di sini..



"Qasyrah, kau ada bawak bandana merah kau hari ni ke?"soalku mulai geram.



"Kenapa, nak sumbat kat mulut Faezah ke?"soal Qasyrah a.k.a penonton setia perlawanan catur aku beberapa bulan berturut-turut.



"Tak. Aku nak kau ikat kat mulut minah tu. Becok sangat Faezah tu. Kalau macam nilah gayanya, rasanya aku tak perlukan penonton yang sabar dengan kekalahan aku. Aku cuma mahu mereka yang sentiasa setia di sisiku." Saja nak bermadah bodoh.


Azna tepuk dahi. Faezah pulak dah geleng kepala. Sempat tadah tangan sebab doakan aku agar aku menang kali ni. Walaupun bersyukur dia dah doakan aku, tetap jugak aku rasa macam dihina. Sadis.



"Kau geraklah cepat. Bila nak gerak tentera-tentera botak kau tu? Bermisai aku menunggu." Dia tahan senyum.



Aku cerlungkan mata.



"Aku tahulah kau dah tak sabar nak dapat KFC. Sabarlah. Manalah tahu berkat kesabaran kau, aku bakal menang hari ni."



Azna tergelak besar.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now