SUHU sejuk pendingin hawa mengejutkan aku. Begitu berat kepalaku saat ini kerana asyik sakit kepala sejak tadi. Dah telan ubat pun tak jugak hilang-hilang. Sampai terlelap berjam-jam aku jadinya. Nasiblah kalau time solat, Khazasy rajin kejutkan aku.
Aku menggeliat kecil selajur mengemaskan gebar di tubuh. Aku toleh ke kanan dan mulai tersenyum nipis saat melihat Khazasy yang sedang sandarkan tubuh ke penyandar katil itu. Khusyuk benar dia baca buku. Entah apa tajuk dia pun aku tak tahu. Aku malas nak intai covernya.
"Sejak bila abang jadi bookworm ni?"soalku manja.
Aku mengiringkan tubuh menghadapnya. Sebelah tangan mulai melingkar di perut Khazasy. Sedikit tersentak Khazasy bila aku buat macam tu. Tengoklah tu. Khusyuk sampai tak sedar yang aku dah bangun dari tidur.
"Still sakit kepala ke?"soalnya lembut. Bukunya diletakkan di atas meja lampu.
Aku menggeleng perlahan.
"Tak teruk sangat macam tadi pagi. Sikit aje,"gumamku masih dengan mata tertutup. Terasa kepalaku diangkat Khazasy dan diletakkan di atas ribanya.
Aku senyum lagi. Tenang bila mendapat sentuhan kasih sayang dari Khazasy. Agak kesian juga. Sebab nak jaga aku, terpaksa dia ambil mc untuk hari ni. Aku kata tak payah, tapi dia bertegas jugak nak jaga aku.
"Lara laparlah abang... Dari pagi tak jamah apa-apa lagi."
"Tulah. Siapa suruh makan tak menentu. Tengok. Bila gastrik datang, sampai nak jamah makanan pun susah. Asyik rasa nak muntah aje. Sekarang, sakit kepala pulak. Sebab perut tak ada isilah ni,"katanya serius.
Aku tahan sengih. Mendongak sedikit melihatnya yang sedang duduk itu.
"Tak payahlah nak marah."
"Tak marah. Geram aje sebab Lara suka sangat tangguh-tangguh makan. Dahlah. Jom pergi dapur. Abang masakkan makanan untuk Lara."
Tergelak kecil melihat wajah tegasnya.
Rasanya dah lama aku tak nampak muka tegas ni. Rindu pulak dengan kecoachi kita yang dulu. Sekarang kita dah tak ada coach dah. Sebab Tuan Anas dah ambil alih tugas jadi jurulatih kat kelab teater tu. Faisyah pun dah jadi pembantu Tuan Anas semula. Dan secara logiknya, aku takkan dapat jumpa Azna lagi dengan kerap. Hanya sewaktu di kampus dan di restoran sahaja. Huhu.
"Nak makan apa?"soal Khazasy sewaktu kami sudah berada di dapur. Ditariknya kerusi untuk aku duduk. Sempat lagi rambutku disepitnya. Dan sebab dah lama berlatih, akhirnya dah tak ada rambut yang terjuntai sekarang.
"Nak kuey tiow 'siput'. Nak makan yang tu. Tekak ni mengidam kuey tiow abang,"jujurku.
Tersenyum manis Khazasy sampai nampak gigi. Gembiralah tu sebab kita mintak masak makanan favourite dia.
"Macam mengidam orang mengandung pulak Lara ni. Apa pasal tiba-tiba nak kuey tiow abang? Bukan selama ni Lara suka perli kuey tiow abang ke? Lara kata kuey tiow abang masin."
Kelu seketika.
"Abang bagi kurang garamlah. Lara nak makan tu jugak. Bosanlah makan nasi. Rasanya perut ni akan cerna kuey tiow tu kalau abang yang masak." Kening aku angkat-angkat.
Khazasy tergelak halus.
Akhirnya dia turutkan juga kemahuanku. Bahan-bahan semua sudah dia sediakan tinggal hendak potong beberapa bahan lagi. Laju aku angkat tangan sebab nak tolong.
![](https://img.wattpad.com/cover/262145448-288-k129460.jpg)
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...