BAB 32

320 28 0
                                    

SENYUMAN mak usah dipersoalkan lagi. Kalah kuey tiow lebarnya. Kalau diukur pun, mungkin pita pengukur tak cukup panjang nak ukur. Mak aku ni dah kenapa senyum seorang sambil tengok aku? Meremang seketika bulu roma aku sebab seram dengan mak sendiri.



"Mak! Apasal mak tengok Lara macam tu? Apasal senyum manis aje ni? Mak baru dapat jackpot ke? Menang loteri kat mana tu mak?"soalku sengaja nak pancing jawapan dari mak.



Mak tergelak kecil.



Pipiku dicubitnya kuat sehingga aku mengerang kesakitan. Amirah yang datang sambil dukung Handry itu dah tergelak suka.



"Zasy call mak tadi. Dia mintak izin nak bawak Lara keluar. Lara ni kan.. Apasal tak bagi tahu mak yang Zasy dengan Lara sedang membibit bunga-bunga cinta dalam hati tu?"soal mak lantas tergelak halus.



Tercengang aku tengok mak sendiri.



"Ooh.. Akak dengan Abang Zasy tengah hangat bercinta rupanya. Fine. Izzan kasih tahu Judrose. Nanti Judrose bagi tahu akak dia, akak dia bagi tahu ummi dia dan ummi dia..."



"Diamlah!"



Laju sahaja aku tolak tubuh Izzan keluar dari bilik aku. Sempat aku kerling Abang Eskandar yang tengah pelik dengan kami berdua. Tengah seronok minum kopi pulak abang aku kat luar tu.



Politik lagilah tu. Abang Eskandar suka berborak dengan abah pasal politik. Semangat patriotik mereka kuat sangat. By the way, berbalik ke tajuk utama, aku dah pandang mak dengan muncung sepanjang laras senapang arwah moyang aku.



"Mak.. Mana adalah. Lara dengan coach tak ada apa-apa pun. Lagi pun, Lara tak boleh bercinta dengan coach. Tak panjang nanti umur Lara sebab ada ex-tunang dia yang akan bunuh Lara!"kata buat-buat meremang.



Mak julingkan mata ke atas.



"Ex-tunang aje pun bukannya ex-bini! Tunang tu, bila-bila masa aje boleh putus kalau tak dijaga elok-elok. Lepas ni, kalau mak bagi tunang Lara, mak nak kahwin terus bulan depan tu. Nanti ada pulak aral yang menghalang."



Aku garu kepala yang tak gatal. Dahlah rambut aku tengah serabai sekarang ni. Sekarang mak aku pulak yang cuba serabaikan otak aku. Dah tersekat neuron otak sebab mak aku fikir yang bukan-bukan pasal aku dengan coach.



"Mak...Ya-ya. Lara janji takkan bantah cakap mak kalau dah bertunang dengan jodoh Lara nanti. But the thing is, coach tak ada apa-apa pun dengan Lara. Dia ajak keluar sebab nak bawak Lara jumpa Akak Balqis aje kat hospital aje. Nak dapatkan khidmat nasihat pakar, gitu," kataku sambil melaga-lagakan jari telunjuk.



Mak tercengang seketika. Terus dia picit dahi.



"Alahai anak dara mak ni. Mak ingatkan apa tadi. Baru berura-ura nak cari tukang jahit gaun nikah tadi. Dahlah. Kalau macam tu, pergi bersiap cepat. Seram mak tengok rambut menggerbang Lara ni. Dah boleh jadi kembar Miss Menggerbang rambut dah. Rasanya dia lagi comel dari Lara kalau macam ni."



Tergelak aku dengar mak puji pontianak. Ni mesti protes sebab aku tak dapat tunaikan hajat dia nak bermenantukan coach. Pasrah ajelah mak. Dah tak ada jodoh.



"Alolo.. Ciannya mak kita ni. Janganlah merajuk. Handry cakap muka mak tak cantik kalau merajuk. Betul tak Handry?"



Handry dalam dukungan Amirah itu dah mengiau. Tergelak Amirah dengar kucingnya pandai menjawab sementara mak pulak dah menjeling aku. Setajam laser!



"Tak payahlah nak pujuk mak. Mak nak masak dulu. Nak bagi abah kau makan. Dari tadi orang tua tu mengomel nak makan ketam masak sos. Hesy. Dah ada lauk ikan bawah tudung saji tu pun, nak lagi ketam. Dahlah mak belum mandi lagi,"bebel mak sambil melangkah keluar dari bilikku.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now