EPILOG

889 34 0
                                    

HAMPIR lima minit tubuhku kaku. Kiri dan kanan aku pandang dengan wajah yang bermandikan peluh. Terdengar sahaja bunyi burung hantu di sebalik semak-semak itu, aku terus berpusing ke arah yang bertentangan. Tapi sia-sia sahaja, di hadapan sana jelas berdiri sebuah tembok batu-bata.



"Allah.. Yang aku gatal kaki nak keluar homestay tadi apa hal? Tengok-tengok dah sesat dah." Bibirku gigit kuat. Sejujurnya, aku bukannya takut tak dapat balik ke homestay yang aku inap bersama Khazasy tadi. Aku cuma takut nak melangkah bersendirian memandangkan fobiaku terhadap gelap masih belum surut-surut lagi.



"Bijak kau ni Lara!" Dahi aku tepuk-tepuk. Menyesali kebodohan sendiri. Akhirnya, dengan nafas yang sedikit kencang, aku melangkah ke arah jalan yang aku lalui awal tadi. Sambil berpeluk tubuh, hati tidak henti-henti melafazkan ayatul kursi.



"Kau boleh buat Lara. Percayalah.." Sedikit keyakinan yang aku raih luntur sepenuhnya bila cahaya bulan ditenggalami oleh barisan awan-awan malam. Aku mulai tidak keruan. Kaki asyik berulang alik hendak ke arah yang berbeza-beza sehinggalah bunyi rantai basikal menarik minatku.



"Lara pergi mana tadi?"



Tanpa menunggu lama, aku terus berlari anak ke arah Khazasy sebelum tubuh kekar itu aku peluk erat. Basikal yang ditahannya dengan sebelah tangan, jatuh berdebuk di atas tanah. Dakapanku dibalasnya kemas.



"Sampai bila Lara nak jadi macam ni? Lara dah besar panjang dah pun. Tak lama lagi, kita dah nak menimang cahaya mata. Masih lagi nak takut gelap?" Khazasy mengangkat daguku agar mataku yang berkaca dapat ditatapnya sempurna.



"Lara dah cuba banyak kali dah.. tapi.." Aku mengeluh seraya tertunduk. "Abang tak faham,"tokokku perlahan.



Lama kami mendiamkan diri. Sehinggalah Khazasy menyarungkan hoodienya ke tubuhku.



"Please learn to treat yourself like someone you're responsible for taking care of. Jangan buat kerja bodoh lagi macam ni. Macam mana kalau ada orang berniat buruk jumpa Lara?." Hood ditarik agar menutupi kepalaku dengan sempurna. Dengan saiz baju yang besar, hampir sahaja aku tenggelam.



"Tapi Lara bukannya sengaja nak.."



"Dah. Tak payah nak menjawab."



Wajahku masam mencuka. Khazasy tergelak kecil.



"Makin tua, makin comel pulak isteri abang ni,"bisiknya dengan nada mengusik. Aku mengerutkan dahi. Tak suka bila kena cap tua. Bukan dia ke yang patutnya dah tua?



"Apa abang ni? Lara tak su.."



Membulat mataku bila bibirku dikucupnya sekilas. Dia mengheret senyum jahat. Suka melihat wajahku yang sudah berona merah. Bahunya aku tumbuk kuat.



"Tak malu!"



"Macamlah tak biasa." Dia menjeling sedikit. Selamba.



Ternganga.



"Khazasy!"



"Yalah-yalah. Dah. Lara naik kat belakang. Abang kayuh." Masih dengan tawa yang bersisa, Khazasy mengangkat semula basikal yang terbaring di atas tanah tadi. Sempat aku bagi dia jelingan maut bila menyuruhku duduk di kerusi belakang. Pasrah sahajalah bila dapat suami yang kuat mengusik macam ni.



Entahlah. Sejak aku hamil tiga bulan ni, aku memang selalu jengkel dengan kerenah Khazasy. Hampir setiap hari kami bertengkar kecil bila dia ada buat sesuatu yang tidak menyenangkan hatiku. Dia pun macam suka bila nampak aku membebel. Suka sangat sepit hidung aku! Itu belum tambah lagi bila dia suka usik aku dengan menghabiskan snek yang aku sembunyikan di dalam kabinet dapur. Suka sangat tengok aku merajuk!



"Khazasy! Boleh tak kayuh elok-elok sikit? Yang abang langgar lopak sekali dah kenapa?" Erat tanganku memaut pada pinggangnya. Risau jatuh bergolek ke tanah.



"Sekali sekala dapat satu point markah."



"Abang merapu apa ni?"



Tawanya kedengaran bahagia. Aku pulak yang sakit hati dengar. Akhirnya aku membiarkan sahaja dia dengan jenakanya. Mendiamkan diri adalah keputusan yang aku ambil sepanjang perjalanan. Terpapar sahaja papan tanda 'Saphire Homestay' di hadapan, aku terus melompat turun dari basikal. Langkah laju aku atur menuju ke rumah yang kami sewa tiga malam.



"Lara."



Panggilan Khazasy tidakku sahut. Masih geram mengenangkan semua usikannya. Tombol pintu yang tidak berkunci aku pulas sekuat hati sebelum hoodie aku cabut dan aku campak ke atas sofa berdekatan.



"Lara merajuk lagi ke ni?"



"Abang selalu sangat tau buat Lara macam ni. Ingatkan orang suka ke?" Suaraku mulai serak. Wajah Khazasy langsung takku pandang. Aku ingatkan dia nak gelakkan aku lagi. Rupanya tak. Pandangannya berubah. Kelihatan rasa bersalah.



"Abang minta maaf. Tolong maafkan abang?"



Nadanya kedengaran memujuk. Perlahan-lahan amarah rajukku reda. Tapi masih membisu. Sehinggalah aku terjerit kecil bila tubuhku dirangkulnya.



"Esok kita nak ke mana?"



"Ha?" Bingung.



"Lara nak makan angin kat mana pulak esok?"



"Lara nak makan pizza tepi jalan tu. Dengan roti jala sekali. Nak tabur keju dengan coklat banyak-banyak. Nak coconut shake jugak! With caramel drizel upside down." Menyedari yang aku sudah terlebih cakap, aku terus kemam bibir. Khazasy tergelak halus. Sekali lagi wajahku berbahang.



"You know what, day after day you make me fall in love with you. And the feeling grew stronger and stronger. I never feel bored and even more addicted to that feeling." Ada keikhlasan yang terpancar pada pandangan redup itu. Ibu jarinya naik mengusap bibirku.



Lama kami bertatapan. Membiarkan sahaja mata yang berbicara ketika ini. Sehinggalah dia mengoyak senyum manis membuatkan hatiku perlahan-lahan cair.



"Lara masih merajuk ke?"



"Abang rasa?"



"Dah,"jawabnya laju. Aku tergelak geli hati.



"Lara tahu kan abang ni cure Lara. And you're my pain killer."



"Obviously,"bisikku sengaja.



Pipinya aku raup perlahan. Spontan kami menghambur tawa serentak.



Aku tahu, walau macam mana pun kerenah seorang Khazasy Asyhairil, hatiku tetap sayang padanya. Dan aku yakin, dia juga begitu. Sebab inilah harga sebuah pernikahan. Masing-masing tak sempurna. Masing-masing punya banyak kesilapan yang perlu diperbaiki. Tapi hanya dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pemilik hati masing-masing, segaris senyuman sahaja sudah cukup untuk melakar sebuah bahagia.

















TAMAT






PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now