BAB 3

1.2K 136 6
                                    

TANPA memberi salam dahulu, aku terus menyerbu masuk ke dalam rumah teres itu. Azna dah tepuk dahi bila aku tolak pintu dengan ganasnya. Dia cakap aku dah macam Rambo nak tembak orang. Tapi aku tak kesah. Fikiranku tengah serabut sekarang ni.

     “Mak.. Abah... Izzan!”

     Nama-nama orang rumah yang aku cukup kenal itu aku seru. Suasana sepi seketika sebelum mak keluar dari dapur sambil menatang makanan petang. Selamba sahaja mak meletakkan semangkuk besar cucur bilis kat atas meja makan.

     Aznalah orang pertama yang duduk kat situ. Macam tak ada apa-apa yang berlaku, dia dengan mak terus mengadakan sesi membawang live kat sini. Kecil besar kecil besar aku pandang minah muka tebal tu. Dahlah mulut penuh dengan cucur!

     “Mak… Apasal mak kat sini? Handry kat mana? Dia kat mana mak?” soalku risau.

     Kali ni kelibat abah pulak yang aku lihat keluar dari tandas. Abah terus kenyit mata kat mak sebelum mereka berdua melagakan buku lima masing-masing dengan gayanya. Aku mencebik.

     “Korang tipu kan? Izzan sengaja call Lara atas sebab benda yang palsu kan? Handry tak kemalangan pun kan?”

     Hampir sahaja nadaku naik seoktaf sebelum pinggangku ditunjal Izzan. Sebab terkejut dan geram, aku terus tarik telinga Izzan dengan kuat. Dia dah menjerit nyaring.

     “Akak, janganlah!”

     “Ha.. Tulah! Siapa suruh Izzan bersubahat dengan mak dengan abah. Apasal tipu akak? Bagi tahu cepat! Kalau tak, jangan harap akak nak bawak Izzan pergi pameran lukisan hujung minggu ni!”ugutku.

     Ya.

     Syahreezan memang suka dengan lukisan. Dia suka sangat melukis. Malahan sudah mengambil kursus seni lukisan di usia yang masih muda. Aku dulu time sama umur dengan Izzan dulu, lebih berminat untuk main ice power dengan rakan seperjuangan aku. Ya.. Memalukan.

     “Akak ni. Izzan tak tipulah! Handry ada kat bilik sedang terlantar tu. Izzan dah bubuh ubat kat luka dia tadi.”

     Aku cerlungkan mata. Aku risau kalau-kalau Izzan cederakan sweet honey aku tu. Dia ni badan aje kecik, tapi kalau buat kerja, macam nak bawak orang wrestling. Kasar sangat!

     “Dahlah. Tepi! Akak nak jenguk Handry.”

     Izzan mencebik sebelum menjeling dan pergi. Kakiku laju melangkah naik ke tingkat atas. Di dalam bilik tidurku, aku lihat  Amirah sedang duduk bersila di atas lantai sambil bermain-main dengan anak patungnya. Adik kecil aku tu sempat lagi betulkan selimut Handry yang sedikit terselak tu.

     “Mirah… Mirah jaga Handry ke?”soalku lembut.

     Antara adik-adik aku, Amirahlah adik yang aku paling aku manjakan. Sebab dia ni masih kecil lagi. Baru berusia enam tahun. Dulu Izzan pun aku sayang. Cuma sekarang aku tak manjakan sangat budak perasan besar tu. Sebab kalau aku layan sangat, macam-macamlah dia mintak kat aku. Hari tu pun, dia mintak aku belikan dia lukisan yang lelong dengan harga RM 800. Seminggu aku ‘kering’ sebab tak ada duit.

     “Hmm.. Akak. Mirah mintak maaf. Mirah tak sengaja keluarkan Handry dari sangkar tadi. Laju dia lari sampai Mirah pun penat nak kejar. Masa tu, Pak Mail yang tengah jual ikan tu secara tak sengaja terlanggar Handry dengan basikal. Kesian kaki Handry terseliuh.”

     Err..

     Sebelum tu, aku nak jelaskan serba sedikit tentang Handry ni. Dia ni kucing parsi aku yang berwarna kelabu. Aku sayang sangat dengan kucing aku yang seekor ni. Sebab itulah aku tak segan silu nak gelar dia dengan macam-macam nama kesayangan. Buat masa sekarang ni, aku lebih suka panggil dia ‘sweet honey’.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now