BAB 39

348 27 0
                                    

SUNYI sepi rumah aku rasa. Tak ada bunyi manusia yang aku dengar kecuali bunyi pendingin hawa di bilik ini. Oh lagi satu, Handry pun ada sekali buat bunyi ngiauannya. Selain itu, helahan nafas aku yang sudah mulai bosan. Hampir dua jam aku tonton filem tadi. Tak ada yang menarik pun sebab aku memang tak suka tengok tv. Mungkin tv tu yang tengok aku tadi.



"Handry.. Handry suka tak rumah baharu Handry ni? Seronok tak baring kat atas sofa empuk tu?"soalku yang sudah mulai bosan di tahap maksima.


Memang sejak tadi aku tak keluar bilik gara-gara seram punya hal. Sebab ada 'hantu' tegap kat luar tu. Muka dia kacak tapi kalau aku terserempak dengan 'hantu' tu, aku terus merinding!



"Meow."



Aku angguk. Walaupun aku tak faham bahasa kucing, aku buat-buat faham sahaja. Melihat Handry mulai bergolek di atas tilam, terus aku cemburu. Sebab sekejap sahaja kucing tu dah terlelap. Aku? Bilalah nak lelap pun aku tak tahu!



"Takpalah Handry. Handry tak nak teman akak tengok tv ya? Kalau macam tu, akak nak keluar cari makan. Kita geledah sikit rumah Khazasy ni. Manalah tahu banyak makanan."



Tersenyum aku dengan idea bernasku itu. Time malam-malam macam nilah yang seronok. Ya. Seronok tambahkan Kalori Bin Lemak kat dalam badan!



"Hello?"suaraku berbisik sewaktu pintu bilik aku buka. Suram sahaja cahaya di ruang tamu. Apartment ni satu tingkat sahaja tapi ruang dalamannya sangatlah luas. Cukup untuk 7 orang menginap.



"Tak bosan ke dia ni tinggal rumah ni sorang-sorang dulu? Dahlah luas. Sesuai untuk keluarga lima orang anak,"gumamku sendirian. Apartment ni bukanlah apartment mewah. Tapi aku cukup selesa dengan hiasan sederhana di dalamnya.



Tak ada kelibat hantu a.k.a Khazasy Asyhairil kat luar ni. Hanya sebuah lampu sahaja yang terpasang. Yang lain semuanya padam. Dahlah aku seram dengan pemilik rumah ni. Seram lagi aku dengan keadaan suram rumah ni!



"Takpa-takpa, Lara. Kau lari laju-laju dan petik suis sahaja."



Tapi itu pun memerlukan nafas yang cukup. Semput aku berlari ke arah suis utama tadi. Lampu yang terpasang serta merta menerangi ruang tamu ini. Lega sedikit sebab Khazasy memang tak ada di sini. Mungkin dia dah terlelap di bilik kerjanya.



"Waaa.."



Terbuntang mataku saat melihat isi peti sejuk. Terkejutlah sebab banyak makanan ringan. Imbas semula aku. Kenapa pulak boleh banyak makanan ni sedangkan masa awal-awal aku masuk rumah ni tak ada makanan?



"Abang belikan semua makanan ni sebab abang takut Lara bosan."



Terngiang-ngiang semula suara Khazasy kat telinga. Tersenyum aku mengingatkan hal itu. OPS nak pujuk akulah tu. Itu sebab beli banyak-banyak supaya aku gembira!



"Lara buat apa tu?"



Pap



"Auch!"



"Lara!"



Sebab terkejut punya pasal, terus kepala aku terhantuk kat pintu peti sejuk. Rasanya lepas ni boleh pendarahan otak aku jadinya. Dah kenapalah pulak sang suami ni tak bagi salam time nak tegur aku?



"Are you okay?!"



Kaku aku bila lelaki itu memusingkan tubuhku agar menghadapnya. Daguku diangkatnya agar dahi yang terhantuk tadi dapat dilihatnya dengan sempurna. Tiba-tiba sahaja aku tahan nafas sebab berdebar.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now