BAB 30

376 29 0
                                    

JAUH lagi perjalanan kalau nak sampai ke Sunshine Pharmacy tu. Nasiblah aku pakai T-shirt lengan panjang yang menyerap peluh. Tak jugak baju aku basah nanti sebab bersenam paksa rela pagi-pagi ni. Tapi aku rasa coach pasti suka jalan jauh-jauh macam ni. Dia kan raja segala senaman. Bersenam sana-sini tak kira tempat. Mungkin sebelum memberita, dia akan bermarathon pusing bangunan kerja dia dulu.



"Akak Balqis tu doktor apa coach? Dia tu cantiklah.. Mesti sejuk mata patient dia memandang kan?"pujiku ikhlas.



Sengaja jugak buang bosan tengok jalan raya yang lengang ni. Biasalah. Kawasan ni jauh sikit dari bandar. Tu sebab tak banyak kereta . Orang yang datang makan kat sini pun setakat berjalan kaki aje dari kawasan perumahan.



"Psikiatri,"jawabnya dengan senyuman nipis.



Otak aku mencernah sedikit.



"Study and treatment of mental illnesses. Sesuai untuk Azna dengan Abang Eskandar. Oh.. Shaleha pun. Dia kan gila,"kataku lalu tergelak besar.



Coach kerutkan dahi.



"Rasanya sesuai untuk awak jugak sebab negative thinking sangat. Saya masih ingat lagi macam mana awak menjerit histeria time pak cik cleaner tu tanya awak kalau ada sampah ke tak."



Coach pulak yang ganti tergelak .



Berbahang muka aku bila coach masih ingat peristiwa itu. Kesian pulak aku dengan pak cik tu. Terkejut bila aku tiba-tiba menjerit macam nampak hantu. Lari lintang-pukanglah pak cik tu alamatnya.



"Saya bukannya sengaja pun. Pak cik tu yang tanya kasar sangat. Siapa juga tak terkejut kan?"kataku cuba menafi yang aku memang takut teruk time tu.



Coach senget bibir dan.. Macam biasa, naik kening sebelah. Memanglah coach ni. Juara angkat kening sebelah. Kalah Ziana Zain kalau macam ni.



"Dear Pikachu, orang terkejut manalah yang menjerit macam histeria tu? Orang kerasukan aje yang buat macam tu. Ke.. awak diserang sawan time tu?"



Cukup. Aku menyerah dah. Tak boleh tipu dah..



"Tak payahlah malukan saya coach. Nobody is perfect okay?"



Dia kemudiannya tergelak suka. Suka dapat kenakan aku!



"Don't think about what might happen in a negative way. Obviously, perkara-perkara macam buat awak terbeban even the incident doesn't occur. Think positively, Pikachu."



Muncung aku dah tumbuh dah. Coach pun macam faham yang aku tengah tunjuk protes. Akhirnya dia diam dan tak membangkitkan isu itu lagi.



"Saya ada terbaca yang pakar psikiatri kurang." Lemau asyik berjalan macam orang bisu, akhirnya bibir memuntahkan persoalan kepada jurulatih di sebelah. Tegap berjalan dengan karismanya sendiri. Tak hairanlah kalau gadis-gadis begitu mudah catch feeling kalau berhadapan dengannya. Alahai.. apasal huwt sangat ni?!



"True. Thirty percent of the population in this country suffers from mental illness. Malangnya, majaroti wanita berisiko tinggi untuk mendapat siptom tu."



Mulutku sedikit ternganga. Wajahnya kelihatan serius mengatakan hal itu.



"Kemurungan yang diakibatkan oleh gangguan mental tu buat mereka terdorong untuk membunuh diri. Kajian mengatakan yang setiap tahun jumlah pesakit mental dalam negara ini akan meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. Berdasarkan nisbah, salah seorang daripada tiga orang akan didapati adalah seorang pesakit mental which mean, angka ini amat membimbangkan."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now