BAB 18

860 101 2
                                    

“BREATH IN.. Breath out.. Breath in.. Breath out..”

     Pasrah ajelah.

     Sejak tadi Azna sibuk jadi doktor tak bertauliah bagi aku demo tentang cara nak normalkan pernafasan. Dari riak wajahnya, aku tahu dia sedang menahan ketawa melihat pipiku yang dah memerah. Sehinggalah aku mulai naik geram dan melontarkan bantal tepat melekap ke wajahnya.

     “Cukup-cukuplah tu kau usik aku. Kau tak kesiankan aku ke? Aku baru aje bangun dari pengsan tapi kau dah layan aku macam ni.”

     Azna tergelak jahat.

     “Can you imagine Lara? Cara kau peluk coach tu macam mana? Macam ala-ala Kajol peluk Sharuk Khan gitu. Tulah aku cakap.. Jangan kuat sangka buruk kat coach. Nanti berjodoh baru tahu.”

     Geli-gelaman aku dengar Azna bercakap macam tu. Laju sahaja tanganku menarik gebar menutupi kepala. Sambil-sambil itu juga tawa Azna bergema. Kalau aku tak tahu dia ada di sini, mesti aku ingat yang gelak tu ialah milik pontianak. Ya. Aku selalu bayangkan macam tu. Memang seiras sangat.

     “Dahlah.. Kau keluar dari bilik aku. Aku nak tidur..”kataku sebelum menggigit bibir. Tubuhku masih terasa lenguh walaupun baru keluar dari hospital. Sejak awal lagi, mak tak habis-habis melekat dengan aku. Kalau bukan sebab ayah dan yang lain yang risaukan kesihatannya, pasti dia masih di sini, berjaga untuk temankan aku.

    “Betul ni kau halau aku?” Azna buat-buat nada meminta simpati.

     Mengingatkan yang aku sudah seram nak ditinggalkan seorang, terus aku tarik balik kata-kataku.

     “Tak payah!”

     Azna yang baru berura-ura hendak berdiri itu terus pandang aku bingung. Mataku mulai bergenang dan tubuhku menggeletar.

     Berubah teruk air wajah Azna. Dia pandang aku sayu.

     “Lara… Aku mintak maaf kalau aku dah tersakitkan hati kau. Sumpah. Aku bukannya sengaja nak buat kau nangis. Aku cuma nak kau happy aje,”suaranya perlahan.

     Aku geleng kepala.

     Perlahan-lahan Azna mulai duduk di birai katil. Tubuhku didakapnya seraya menepuk-nepuk belakang tubuhku. Aku ketap bibir.

     “Bukan sebab tu Azna. Cuma aku takut nak ditinggalkan sendiri-sendiri lagi. Aku tak tahu kenapa tapi mengingatkan yang aku bakal berseorang buatkan aku menggeletar. Aku tiba-tiba rasa susah nak bernafas,”jelasku dengan suara yang mulai serak.

     Azna tersenyum tawar.

     “Kau masih trauma dengan kejadian malam tu. Sebab itulah kau jadi macam ni. Tak apa. Aku janji tak akan tinggalkan kau seorang malam ni. Lagi pun, aku dah mintak izin mak dengan ayah aku untuk tidur sini malam ni.”

     Aku mengangguk faham.

     Seketika aku mengerling ke arah pintu bilikku yang terselak sedikit. Sayup-sayup kedengaran orang bersuara di luar. Aku yakin itu ialah keluargaku yang sedang risaukan keadaanku.

     “Abang Es masih di balai lagi ke?”

     Azna mengeluh perlahan.

     “Bukan Abang Es aje tapi coach dan uncle pun ikut sama. Mereka sedang bantu jejak mangkuk hayun yang dah peras ugut dan cederakan kau tu kat cctv. By the way, pak cik guard tu mintak maaf sebab tak ada awal-awal untuk bantu kau. Masa kejadian tu, dia dalam tandas. Dia ada suruh kawan dia ganti tapi kawan dia tu tertidur.”

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now