BAB 11

901 102 3
                                    

“ANNOYING!”

     Boleh tak aku gambarkan diri aku sekarang ni?

     Sebelah kaki naik atas meja manakala sebelah tangan pulak sedang teguk air mineral saiz besar yang aku curi dari Abang Eskandar tadi. Azna, Si sahabat sehati sejiwa itu pulak sedang kipas aku dengan fail dan untuk pertama kalinya Izzan urut kaki aku. Hanya Abang Eskandar sahaja yang tak sokong aku.

     “Baguslah tu. Exercise. Ala… Kerja ringan macam tu je pun nak marah ke? Bukannya coach suruh kau angkat dumbbell 100 kilo pun. Setakat bersihkan stor dan baiki prop? Ni ha.. Macam makan ayam goreng berempah mak ni!”kata Abang Es sinis sambil menunjukkan aksinya menggigit paha ayam yang baru mak goreng tadi.

     Aku cerlungkan mata.

     Kalau bukan sebab aku tak nak jatuhkan maruah abang aku depan Azna, dah lama aku bawak abang aku bergusti kat sini. Nak jugak aku tengok rambut abang aku tu ditarik-tarik!

     “Ala.. Abang apa tahu?! Abang asyik duduk goyang kaki aje. Dahlah habiskan data phone Lara sebab install banyak sangat aplikasi translation!”

     Abang Eskandar ketap bibir tahan gelak. Azna yang tak tahu apa-apa hanya mengerling ke arah Abang Eskandar. Macam nak muntah darah aku bila Abang Es tiba-tiba kenyit mata dan senyum macho untuk Azna.

     “Apasal main-main? Awak tak kesiankan adik awak ke?”

     That’s my Aznasyah!

     Aku gelak kemenangan bila Azna support aku. Berani jugak dia marah Abang Eskandar eh? Aku ingatkan dia akan layan baby tua tu bak malaikat.

     “Hey sugar. Tak baik marah-marah kat abang. Nanti rindu kalau tak jumpa esok,”balas Abang Eskandar dengan senyuman mengusik.

     Kejung aku tengok abang aku berubah jadi lelaki macho. Azna dah tercengang sementara Izzan pulak dah tunjuk geli-gelaman.

     “Eee.. Geli tahu tak abang! Dahlah.. Blah sekarang! Tak baik duduk sama-sama dengan orang pompuan. Nanti, Izzan sumpah jadi pondan baru tahu!”

     Izzan terus berlari ke arah Abang Eskandar sebelum tubuh kecil itu menolak Abang Es yang umpama king kong itu. Mujurlah Abang Es akur dengan permintaan Izzan.

     “Izzan kurang ajar macam tu dengan abang, nanti abang yang dulu sumpah Izzan jadi cicak!” Sempat Abang Es membidas sebelum hilang di sebalik pintu yang ditutup kasar oleh Izzan itu.

     “Bencilah macam ni!”

     Giliran Azna pulak yang protes dengan kelakuan Abang Eskandar. Aku sengih jahat. Terus aku cuit bahu Azna untuk menarik perhatiaanya.

     “Hey sugar. Tak baik benci-benci macam tu. Nanti rindu…,”kataku mengajuk suara Abang Eskandar.

     Pap

     Kan dah diketuk dengan fail keras milik sendiri. Menyesal pulak aku usik Azna macam tu. Aku ingatkan dia akan senyum selebar alam.

     “Diamlah!”marahnya.

     Terus aku juihkan bibir. Dalam masa yang sama, hati aku tergelak mengingatkan hubungan Azna dan Abang Eskandar yang dah mula ‘berbunga-bunga’. Kalau Azna dah nikah dengan Abang Es nanti, confirm tiap-tiap malam rumah kami hangat dengan ‘bawang’s girls’. Haha!

     “Eh kejap. Satu yang otak aku masih belum dapat-dapat cerna lagi. Apa kes yang berlaku kat dewan seni eh tadi?”soal Azna tiba-tiba.

     Aku julingkan mata ke atas. Sempat aku terjerit kesakitan apabila Izzan mengurut bahagian bahuku yang terkehel sedikit.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now