BAB 34

288 22 0
                                    

DUDUK rumah lagi. Bosan sebenarnya tak ada kawan ajak berborak. Azna tak ada kat sini. Abang Eskandar pulak sibuk dengan kerja. Abah pulak, berpidato lagi kat warung Harun. Kalau bukan kat situ, mesti kat masjid. Mak? Mak sibuk berhuha-huha dengan ummi kat bawa. Tak tahulah sejak bila ummi datang, tapi yang pasti sejak lima minit yang lepas.



Sambil memberus gigi, aku mengintai ke luar tingkap bilik. Berkerut dahi aku nampak kereta coach masuk ke perkarangan rumah.



"Apa pulak coach buat kat sini?"



Semakin berkerut melihat dia yang segak berkemeja putih lengan panjang dengan slek hitam. Rasanya baru balik dari kerja. Kening terangkat lagi saat coach membaiki tali lehernya. Mukanya kelihatan tenang tetapi ada aura maskulinnya.



"Anak teruna siapa yang akak tengok tu?"



Terhantuk sedikit kepalaku di cermin tingkap. Terkejut melihat wajah Amirah yang sudah dipenuhi make up itu. Rasanya dia yang dandan diri dia sendiri. Nampak macam badut sarkas pun ada.



Buat-buat buntang mata.



"Amboi.. Mirah tanya akak siapa teruna yang akak tengok? Mirah tu pulak. Dengan anak teruna siapa yang Mirah nak menggatal? Apasal make up tebal semeter tu?"soalku menahan tawa.



Amirah garu kepalanya yang tak gatal.



Habis sahaja berkumur-kumur di kamar mandi,tangan kecil itu terus aku tarik. Biarkan seketika Amirah duduk di atas ribaku sambil aku sikat rambut pendeknya itu.



"Mirah tengok Handry kacak pakai make up sebab tu Mirah pun nak cuba. Tapi mak cakap rupa Mirah macam zombie Kampung Pisang."



Tergelak aku nampak muncung Amirah panjang semeter. Proteslah tu tak terima hakikat.



"Ala Mirah ni. Kalau Mirah tak pakai make up pun, Mirah still comel tau,"pujukku. Geram dengan pipi tembam itu membuatkan aku cubitnya lagi sekali. Kali ni Amirah mengaduh sakit sebab aku cubit kuat sangat.



Tulah. Siapa suruh comel sangat!



"Hmm.. Mirah comel macam akak,"ujarnya terus mengucup pipiku. Aku tersenyum.



"Siapa lagi cakap akak comel?"soalku sengaja.



"Abang Zasy. Abang kata Mirah comel macam Akak Lara. Sebab kita serupa kut sebab tulah kita berdua comel."



Buntang mata aku.



Ternganga besar sebelum aku cepat-cepat tutup sebab pintu dikuak seseorang dari luar. Kelihatan ummi dengan senyuman manis. Semanis yang selalu aku nampak. Sedar yang rambut aku masih menggerbang lagi, cepat-cepat aku sepit dengan sepit rambut. Ummi tergelak halus.



"Eh ummi. Ummi buat apa datang sini? Nak suruh Lara turun bawak ummi borak-borak ya? Kalau macam tu, tunggu Lara tukar baju dulu."



Kalut aku berdiri sementara Amirah pulak sudah berlari-lari anak keluar dari bilikku. Nak sambung kerjakan Handry dengan lipstick mahal mak lagilah tu.



"Tak payahlah kalut sangat. Ummi still boleh tunggu. Ummi datang nak jenguk aje anak dara ni. Nak tahu tengah buat apa. Mak Lara dah izinkan pun. Tengah buat air sekarang kat dapur."



Aku tersenyum nipis. Nasiblah aku dah jalankan OPS kemas bilik tadi. Tak jugak ummi nampak bilik aku yang berterabur macam diserbu tornado semalam. Biasalah tu. Aku memang macam tu. Asal start belajar aje, mesti bilik aku akan berhambur. Kadang-kadang, pisau lipat pun boleh sesat dalam selimut aku. Haisy!

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now