BAB 41

294 27 0
                                    

AKU baru aje tahu yang ummi ni rajin buat makan-makan untuk keluarga. Bertenaga pulak ummi ni. Tak penat ke masak untuk ramai orang? Dahlah dia tak bagi tahu aku. Segan aku sebab tak dapat tolong dia masak.



"Kenapa sayu ni? Tak ceria aje abang tengok. Tadi kat rumah elok aje pipi memblushing bila abang usik."



Khazasy dah cuit hidung aku. Aku pasrah ajelah. Yang ni kira okey sebab tak merah. Kalau dia cuit kuat-kuat tadi, jadi badut sarkaslah aku jawabnya.



"Sedihlah tak dapat tolong ummi kat dapur. Apasal abang tak bagi tahu Lara pagi tadi? Kalau tak Lara boleh mintak latihan batal. Pakai kuasa veto isteri coach gitu,"ujarku sambil membetulkan kolar bajunya.



Dia tergelak kecil.



"Angel, ummi tak nak Lara tolong sebab geng dapur dia tu ramai. Ada along, Rose dan mak. Mereka masaknya bukannya untuk satu kampung pun. Lagi pun, ummi yang tak suruh abang bagi tahu Lara pasal ni. Takut pengantin baharu terganggu katanya."



Aku senyum nipis. Suka bila Khazasy senyum kat aku. Berbunga_kembar_mekar setamanlah jawabnya. Teringat lagi peristiwa pagi tadi sewaktu dia sedang sibuk melatih pelakon. Terkejut satu dewan sebab coach mereka asyik senyum aje. Tegas tapi kerap bergurau. Sampai rasa marah pun tak menjadi.



"Hmm yalah. Abang tu redakan sikit senyuman tu. Nanti orang lain nampak, terpikat pulak."



Saja nak bagi amaran supaya diabetes tak berjangkit kat perempuan kat rumah ummi nanti. Juga bergurau sebenarnya. Tapi Khazasy dah ambil serius kata-kataku itu. Aku nak keluar dari bilik pun tak jadi sebab dia dah mula peluk aku dari belakang. Pipiku dikucupnya perlahan selajur itu jantungku berentak abnormal.



"I create this smile only for you, angel. I'll make you fall in love every single minute with this smile. Abang tak suka bagi senyuman semanis ni untuk perempuan yang bukan mahram abang. Sebab yang halal kat depan abang nilah yang layak untuknya."



Tersenyum sahaja bibir merah itu, air mataku terus mengalir. Terharu sebenarnya. Sampai malu nak tatap wajahnya sebab takut diusik lagi. Khazasy ni bahaya kalau mengusik. Kalah warna merah dibuatnya kalau aku dah blushing.



"Sampai bila abang sanggup tunggu cinta Lara untuk abang?"soalku sengaja mengujinya. Nak tahu adakah dia bakal bersabar atau pun tidak. Dan entah kenapa hatiku begitu berharap untuk dia mengatakan benda yang aku harapkan. Harap agar kekal selamanya.



"Selamanya. Selagi abang masih mampu bernafas dengan baik. Kecuali kalau abang tiba-tiba asma tu, itu tak kiralah. Maksud abang, selagi abang mampu bernafas untuk perkara yang tidak melibatkan kehilangan nyawa."



Sempat lagi dia bergurau!



Laju buku limaku menumbuk dadanya. Geram bila dia suka nak kenakan aku. Aku ingat dia nak buat aku terharu lama-lama. Rupanya dia sengaja aje buat macam tu sebab nak tengok air mata terharu aku. Hesy!



"Abang nikan! Suka sangat kenakan kita. Air mata ni ikhlas tau untuk abang. Abang suka sangat nak tengok kita macam ni kan?"



Dan, dia mancungkan hidung aku lagi. Perkara biasa kalau dia nak hilangkan amarah aku. Kalau dia buat macam ni, rasanya gunung berapi pun boleh bertukar jadi ais. Tiba-tiba aku senang hati tapi tak tunjuk kat dia.



"I hate to see you like this. Abang lagi suka kalau Lara senyum setiap masa. Cause your smile is my pain killer. Semuanya bakal hilang dengan senyuman tu. Stres abang akan reda bila nampak Lara senyum. Abang buat kerja pun senang hati. Bila Lara senyum, pankreas abang pun akan rosak sekali sebab gula naik. Haraplah kaki tak dipotong lepas ni."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now