BAB 35

370 27 0
                                    

SENGAJA mak nak rapatkan hubungan kesilaturahiman aku dengan coach. Ummi pun sekepala jugak dengan mak. Dah boleh jadi naga dua kepala! Nak beli barang dapur aje pun nak suruh coach temankan.



Haisy!



Lagi aku pelik bila ummi turut meminta barangan yang sama. Sah mak dengan ummi berkomplot! Nasiblah ada abah yang jadi penyelamat halal gap kitorang. Judrose dengan Izzan disuruh ikut sekali.



Sayang abah kita!



"Mana senarai semua barang yang ummi coach suruh beli tu?"soalku dengan tapak tangan yang sudah aku hulurkan. Kening terangkat sedikit.



Coach silangkan tangan ke dada. Judrose dengan Izzan pulak dari tadi asyik bercerita itu dan ini tanpa mengendahkan kami berdua.



"What for? Bukan ke kita sama-sama yang kena beli barang tu? So kita sama-sama kena masuk dalam dan cari barang tu." Selamba.



Aku mendengus perlahan.



"Tapi ummi coach dah pesan supaya saya yang pilih barang-barang tu. Dia kata coach tak pandai beli barang. Oh lupa, ramai lelaki yang macam tu. Termasuk Abang Eskandar dan abah sekali."



Tak tahulah sama itu fakta atau khabar angin sahaja. Tapi aku memang pernah mengalaminya. Kalau mak suruh abang beli barang A, abah akan beli barang Z. Kalau mak suruh warna hitam, Abang Es akan beli yang warna-warni. Sebab tu sampai sekarang mak tak bagi kepercayaan untuk abang dan abah beli barang.



Coach senyum nipis.



"Kalau macam tu, apa kata awak pilih barang dan saya tolak troli? Senang sikit kerja kita."



Aku menghitung sejenak cadangan itu. Coach kat situ sudahpun mengetuk-ngetuk jemari kanannya di atas pemegang troli.



"Okey. Tapi coach kena bagi list tu dulu baru senang saya nak pilih." Dia angguk setuju.



"Kitorang nak pergi situ!"kata Judrose tiba-tiba.



Aku pandang budak berdua tu dah memeluk lengan kawan masing-masing. Berpaut macam tak nak lepas. Antara budak berdua tu, muka Izzan lagi bersungguh-sungguh.



"Nak ke mana?"



Serentak mereka menghalakan jari telunjuk ke kedai buku berhadapan dengan kedai ni. Dan jelas terpampang kat depan mata kami yang diskaun untuk alatan lukisan adalah sebanyak 50 peratus. Patutlah Izzan terhegeh-hegeh nak masuk.



"Izzan ni, tak cukup-cukup lagi ke barang lukisan yang berlambak kat rumah tu? Minggu lepas pun akak dah belanjakan duit lagi untuk Izzan."



Izzan terus tarik muncung. Sebagai sahabat sehati sejiwa, Judrose pun turut tarik muncung. Aku mengeluh berat. Nak tak nak, kena bagi duitlah jawabnya. Kalau tak, seminggu Izzan lancarkan perang mogok dengan aku.



"Here. Use my card. But Rose dan Izzan kena janji yang tak akan beli barang lain selain yang ada kat dalam kedai buku tu. Kalau tak, Rose kena ganti balik duit abang."



Buntang.



Tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Sanggup coach bagi pinjam kad debitnya dengan dua budak tu. Dengan gembiranya mereka bersorak.



"Rose dengan Izzan janji!"kata Judrose selajur menabik kepala. Aku dah menggeleng kepala. Tanpa bertangguh lagi, dua budak itu sudah pun berlari-lari anak menuju ke kedai buku itu. Lari-lari macam tu sehingga hampir terlanggar tiang. Ada-ada sahaja budak-budak ni.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now