BAB 12

861 94 1
                                    

PELUH-PELUH merenik di dahi. Sudah lama aku nanti-nantikan untuk menang ‘peperangan’ ini. Azna kat depan aku pun pasti berhajat benda yang sama. Cuma bezanya, dia sering sahaja menang. Aku? Mungkin satu kali daripada sejuta kali! Tak pernah menang pun!

     Huwaa!

     “Jangan culas. Keep focuse,”nasihat Qasyrah kepadaku.

     Aku mengangguk mengiyakan nasihat rakan sekampusku itu. Time-time serius macam ni, bandana merah yang terikat di kepala Qasyrah yang ala-ala rock itu sudah tidak membuatkan tertawa. Azna Si lawan umpama musuh aku pandang.

     “Kau kena ingat. Dua set value meal dari KFC kena kau belanja kat aku kalau kau kalah.”

     Aku kerutkan dahi.

     “Apasal dua set pulak? Tadi kata satu set aje,”soalku kepada Azna yang sudah pun menyengih kambing itu.

     Dia senyum sinis. Pen hitam dihalakan ke dahiku.

     “You waste my time for one hour and half Lara. Tadi kau janji sejam aje.”

    Permainan catur di hadapan aku pandang. Habis permaisuriku di’makan’ oleh kuda putih tak guna Si Azna tu. Sekarang yang tinggal hanyalah segerombolan ‘orang-orang botak’ kepala hitam.

     “Takpa. Aku yakin aku akan menang. Dan kalau aku menang, kau kena sponser aku sebuah novel . Deal?”soalku sambil angkat kening.

     “Alright then. Aku janji.”

     Terus kami buat pinky promise. Rasa macam buat perjanjian Hudaibiyah pulak kami ni. Cuma dengan gaya jari kelengkeng yang bertaut. Tak ada pedang atau panah yang tersedia. Hanya papan board dan beberapa orang penonton sahaja yang menyaksikan ‘sumpah’ kami tadi.

     “Oik korang. Bilalah nak siap main catur tu? Dah berjanggut aku tunggu korang habis tau! Ni kalau tak siap lagi, rasanya aku akan mula berjoget kat sini,”bebel Faezah.

     Dari tadi dia asyik urut bahu aku sahaja. Lega sikit aku. Tapi telinga aku sakit bila dia tiba-tiba bercakap kat sebelah telinga aku tadi. Berdesing jugak telinga aku dibuatnya.

     “Sabarlah. Kau kena tahu game ni memerlukan strategi dan fokus yang baik. Kalau tidak, berpestalah Azna dapat KFC free dari aku!”

     Azna tergelak jahat.

     “Strategi apanya? Aku tengok dari tadi macam ayam mati aje. Apasal kau jalan queen kau awal-awal? Kuda tu apasal tak makan queen dia tadi? Ha.. Yang botak satu tu,selangkah lagi dah boleh check tau!”

     Aku julingkan mata ke atas.

     “Qasy, kau sumbat jap mulut Faezah dengan bandana kau tu. Sakit tau hati aku bila kau sembur liur banyak sangat kat muka aku,”marahku kepada Faezah.

     Menyedari hakikat yang dia dah ganggu konsentrasiku, Faezah terus sengih malu. Sebelum sempat Qasyrah nak patuhi arahan aku, Faezah dah mula ambil hati aku dengan mengurut-ngurut lenganku pula.

     “Geraklah cepat. Dr Rozaline dah nak masuk dah tu.”

     Aku angguk serius.

     Senyum manis aku bila aku hampir bagi checkmate tadi. Sehinggalah..

     “Lara!”

     “Eh, Zaharal Eskandar!”

     Termelatah Azna bila suara Ali mengejutkan kami berdua. Dan memang adat aku yang terkejut ni, aku akan buat flying fiss ala-ala Ip Man. Habis papan board kami melayang di udara dan akhir sekali jatuh bertaburan di atas lantai.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now