BAB 45

335 29 0
                                    

LATIHAN lagi? Huh.. Mengeluh, mengeluh dan mengeluh! Bencilah macam ni. Asyik-asyik latihan sampai aku pun tak ada masa nak baring bergolek atas katil dengan Handry. Agak-agaknya, bilalah kecoachi kami ni akan tamat kontrak? Dah berbulan kut dia jadi jurulatih kat sini.



"Serius Lara. Aku tengah penat sekarang ni. Rasanya tak lama lagi aku bakal tertidur kat sini dan tak bangun-bangun,"kata Azna yang menyandar kepenatan di kerusi itu.



Aku menggeleng kepala.



"Tulah kau. Aku dah cakap jangan datang latihan hari ni. Kau datang jugak. Nanti, pandai-pandailah aku reka alasan kat kecoachi kau tu. Kalau aku cakap, mesti dia percaya punya!"ujarku yakin.



Terus Azna terduduk tegak. Entah dari mana dia dapat surat khabar sehinggalah surat khabar itu digulung dan dihempas ke bahuku. Aku tercengang sejenak.



"Kau tak tahu ke coach tu macam mana? Sekali tak hadir, confirm kena buang terus dari kelab ni! Aku tak naklah dibuang Lara. Aku dah insaf melihat orang lain dibuang. Orang bijak tu, belajar dari kesalahan orang lain. Tapi yang belajar dari kesalahan sendiri itu ialah bijaksana. Aku nak jadi bijaksana sebab sebelum ni pun aku ada curi-curi ponteng."



Aku julingkan mata ke atas. Bijaksanalah sangat. Bukan ke dia ni 'mentalsana'? Ke 'gediksana'?



"Apa-apalah. Aku dah tak kesah."



Azna menggeleng kecil. Bingkas dia sambung misi ular sawanya. Duduk menyandar sambil tutup muka dengan majalah.



Tapi diam-diam, aku sebenarnya memang tak berani nak suruh Azna ponteng sebab aku seram dengan Khazasy kalau dah start marah. Dia cakap seciput aje tapi mampu meremang bulu-bulu roma. Nasiblah Azna tak ponteng kalau tak, memang aku sendiri yang kena tanggung pasalnya.



"Babak ketiga. Sila lakonkan dengan baik part


menangis tu. Jangan ada yang gelak pulak."



Mataku terus memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pentas itu. Kepalanya mendongak sedikit untuk memandang pelakon-pelakon yang berada di atas pentas. Sesekali aku lihat dia berkerut, sesekali juga tersenyum dan sesekali juga mengangguk. Yang pasti, hatiku sentiasa berdebar untuk setiap gerak-gerinya. Entah kenapa. Tapi aku rasa aku macam dah..



"Kau dah jatuh cinta dengan kecouchi kita kan?"



Tersentak aku dengan soalan Si Azna yang tiba-tiba tongkat dagu depan aku tu. Matanya mencerlung sedikit. Dan macam yang dia selalu buat kat aku, pen hitamnya dicucuk-cucuk perlahan di bahuku. Aku telan liur.



"Apa maksud kau ni? Jatuh cinta? Taklah. Jatuh cinta tu belum lagi tapi sayang tu dah ada,"autaku.



Azna menjuihkan bibir.



"Sayang tu cintalah tu. Ala... Tak payah nak banyak autalah Lara. Aku kenal kau. Hampir lima tahun kut kita kenal. Luaran dalaman kau semua aku dah letak dalam peti otak aku yang genius matematik ni."



Ceh! Sempat lagi nak riyak dia ni.



"Jadi aku tahu apa maksud setiap riak muka yang kau tayangkan tu. Kau nampak aje happy, tapi sebenarnya kau sedih. Kau nampak aje sedih, tapi sebenarnya kau happy. Dan sekarang, kau nampak innocent macam langsung tak ada apa-apa perasaan dengan coach. But the truth is, hati kau dah kau relakan untuk dimiliki oleh coach."



Aku kaku. Tak tahu nak balas apa sebab apa yang Aznasyah cakap tu semuanya betul. Hatiku memang dah terpaut di hati Khazasy. Aku tak tahu sejak bila tapi aku memang dah betul-betul sayangkan dia. Mungkin kalau orang lain akan terpaut hati sebab wajahnya atau pun karakter luarannya.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now