BAB 8

1K 107 1
                                    

LENGUH tulang-belulang aku sebab asyik bekerja sejak tadi. Aku ingatkan kerja aku main tengok aje. Tak sangka pulak lebih dari itu. Tukang bagi air,tukang sapu lantai yang terkotor, tukang ubah skrip atas arahan coach ‘tersayang’, tukang baiki prop yang rosak dan banyak lagi pertukangan yang aku buat. Rasanya kalau coach dah ada anak, mesti akan jadi tukang tukar lampin bayi.

     “Bagi jap aku kerusi tu. Macam dah nak tercabut kaki aku ni,”aduhku kepada Azna.

     Azna buat muka simpati. Tiba-tiba sahaja pipiku dicubitnya. Pasrah ajelah aku. Aku dah tak larat nak membebel dah.

     “Alolo.. Ciannya kawan kita ni. Kejap eh. Kita nak ambik kerusi dengan tapau makanan sekali. Tadi coach nak suruh kau rehat kejap tapi kau tak dengar. Sibuk sangat nak tolong kitorang.”

     Aku jadi penyibuk pun sebab terpaksa.

     “Aik, aku ingatkan dia dah tak kesah kalau aku diserang marasmus. Rupanya kesah jugak dia kat aku,”ujarku. Lebih kepada merajuk.

     “Tak baik tau kau buruk sangka kat coach. Dia dah susah payah latih kitorang dengan ikhlas. Mungkin kau terlebih penat sebab baru first time kut. Aku dulu masa sekolah menengah pun macam ni. Penat bila cikgu balik-balik bagi kerja. Sebab masa tu aku pengerusi kelab teater. Tapi bila dah sebulan aku buat, akhirnya aku dah biasa.”

     Baguslah tu. Sebulan. Aku ni,rasanya berkurun pun mungkin takkan biasa-biasa lagi.

     “By the way, kau ada nampak Abang Es tak?”soalku seraya melilau keadaan sekeliling. Tadi abang aku ada jadi hero dalam drama ni. Asyik-asyik aku nak gelak sebab watak abang aku yang lemah lembut dalam drama tu. Ala-ala ustaz.

     “Tak tahu. Mungkin pergi tandas kut.”

     Menyedari yang wajah Azna dah membahang, aku terus tukar topik. Risau pulak aku kalau dia pitam sebab seramkan abang aku.

     “Dahlah. Aku dah lapar ni. Mana tapau yang coach sedekah kat aku tu?”

     “Jap. Aku pergi ambil.”

     Sengih aku bila Azna dah berlalu. Aku ingatkan dia ni tak pandai malu. Rupa-rupanya, kalau dah termalu, sampai seminggu dia tak selesa berhadapan dengan Abang Es sebab drama sebabak yang berlaku kat dapur restoran hari tu.

     “Awak dah makan ke?”

     Tersentak aku mendengarkan soalan dari suara tegas itu. Aku toleh belakang memandang coach yang hanya mengenakan T-shirt merah itu. Terus aku pandang baju sendiri. Tak sangka pulak hari ni kami sedondon.

     “Belum. By the way, thanks sebab belanja kitorang makan coach. Walaupun tapau tu tak sampai lagi, tapi saya yakin yang makanan tu akan sedap,”pujiku ikhlas.

     Ya. Sesekalilah aku layan dia baik sikit. Aku takut aku diserang high blood kalau aku terus-menerus memanas kat dia.

     “Leader must comfort the workers. Saya tak naklah awak anggap saya ni kejam,”jawabnya dengan senyuman manis.

     Aiseh!

     “Manis senyuman nampak?”

    Dia tergelak halus sebelum menggeleng kepala. Duduk dilabuhkan berjarak sedikit di sebelahku. Mulalah aku rasa gelabah bila dia duduk dekat macam ni. Walaupun tak rapat macam nak menempel, tapi masih aku rasa seram. Dahlah bau minyak wangi macam dia ni pemilik kilang perfume.

     “Hujung minggu ni mak suruh datang restoran,”suaraku selepas lama mendiamkan diri.

     Coach yang sedang membaca surat khabar online itu terus memandang aku. Macam diserang renjatan elektrik bila mata kami bertaut. Tenang sahaja dia angkat kening meminta penjelasan aku. Aku berdehem sedikit.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now