BAB 26

354 30 0
                                    

SEJAK awal 'peperangan', mereka dah mula berasa gemuruh. Sebab yang menonton bukan sahaja dari golongan bawahan tetapi juga golongan berada.



Bertempatkan di dewan utama, semua penonton sabar menunggu akan persembahan yang bakal dimulakan. Bahkan aku yang sekadar bercap pembantu coach jugak turut berasa gemuruh.



"Kau tengok make up aku ni, okey tak?"soal Azna kepada aku.



Kalau boleh, aku nak gelak puas-puas tapi aku tak nak jatuh rundumkan semangat jati diri Si Azna yang dah bersedia nak mulakan lakonan di pentas besar itu.



"Kau tahan gelak ke tu?"soal Azna saat menyedari senyuman sumbing di bibirku.



Aku ketap bibir.



Siapa jugak tak gelak nampak kawan dia pakai baju kebaya dengan cekak rambut setinggi menara berkembar?



"Aku ingatkan watak Dayang ni hanyalah seorang gadis yang mengenakan kain batik dengan T-shirt lusuh sahaja. Nasiblah tanggapanku sebelum ni salah. Kalau tak, mesti Abang Eskandar berbelah bagi sama ada nak terima kau jadi isteri atau tak."



Terus Azna tajamkan pandangan. Cekak rambut setinggi KLCC itu dibetulkan sebelum dia berdiri.



"Kau baik-baik kalau nak jalan nanti. Aku tengok siling tu rendah sikit. Terhantuk nanti cekak tu. Hilanglah seri Dayang Sari."



"Jangan buat aku menyampah boleh tak, Lara? Aku tengah nervous ni. Kalau aku ni tebal muka macam Si minah cacing kerawit tu, dah lama aku serbu masuk dalam fitting room Abang Eskandar. Nak jugak tengok segak mananya hubby aku tu. Sekali gus buang nervous sikit."



Aku geleng kepala.



"Kau nak kahwin free dengan abang aku ke hari ni? Tak malu ke kalau orang nampak nanti?"



Azna buat-buat gelak gedik. Terus dicubitnya pipiku kuat.



"Hey Pikacachuy, kalau ya aku dapat kahwin free, akulah makhluk ciptaan Allah yang paling bahagia kat dunia ni. Siapa jugak tak nak sehidup semati dengan Abang Eskandar?"



Aku tercengang seketika. Sah mental plus gedik dia datang berjangkit balik. Tak boleh biar ni. Nanti merebak dengan meluas lagi. Dahlah tak ada vaksin untuk 'virus' ni!



"Sejak bila Pikachu jadi pikacachuy ni Azna? Lagi satu, kau ada belajar hukum agama tak tentang mereka yang kahwin sebab ditangkap basah ni? Kau tak takut maruah kau jatuh ke? Kau tak takut ke mak aku tanam kau hidup-hidup sebab kau dah rosakkan masa depan abang aku?"



Lama kami bertentang mata sengit sehinggalah kami tergelak besar. Lawak sebenarnya dengan prediction aku tadi.



"Macamlah kau tak tahu mak kau tu sokong aku seratus peratus tau kalau aku jadi menantu dia."



Aku terus julingkan mata ke atas.



Sebelum Azna jadi mental tak bertauliah lagi kat sini, baik aku pamit cepat. Mesti aduka a.k.a coach kesayangan dah mencari patik di sini. Hehe.



"Okeylah sis. Gua nak cau dulu. Ada hal nak dibereskan kat luar,"kataku ala-ala Indonesia sesat. Azna senyum sumbing selajur mengangguk.


"Baik-baik jalan. Kalau jatuh bangun sendiri. By the way, aku takkan mengaku kawan kalau kau betul-betul jatuh depan penonton tu. Malu aku nanti."



Kerlingan tajam aku berikan. Sanggup Azna tikam belakang aku awal-awal!



"Ceh!"

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now