BAB 4

1.4K 126 10
                                    

MATA aku pejam sambil menikmati suasana di taman yang umpama syurga ni. Aku tak tahu pun aku kat mana sebenarnya. Tiba-tiba sahaja boleh muncul kat sini. Sejuk mata memandang ikan lumba-lumba kat dalam tasik jernih itu. Dahi berkerut sejenak.

     “Sejak bila ada ikan dolphin hidup kat dalam tasik ni?”

     Belum beberapa saat aku memandang, tiba-tiba ada sehelai kertas melekap ke mukaku. Laju tanganku menarik kertas yang serupa surat khabar itu. Aku teguk liur bila nampak wajah Khazash Asyhairil di dalam tu. Bukan setakat muka, suaranya penuh maskulin itu turut terngiang-ngiang di telingaku.

     Pembetulan, bergendang di telingaku. Begitu jelas sehingga aku berdiri melilau sekeliling taman.

     “Didapati seorang lelaki berumur 45 tahun bersalah atas sebab menerima wang kopi daripada seorang ahli korporat. Lelaki itu kemudiannya direman selama tujuh hari bagi membantu pihak polis menyiasat hal berkaitan penggelapan wang di sebuah syarikat terkemuka Malaysia…”

     Aku kejung seketika.

     Ada titisan air yang membasahi wajahku. Makin aku pelik apabila kelibat hujan langsung tidak kelihatan.

     “Akak!!”

     Pemandanganku lesap begitu sahaja apabila aku merasa sakit pada dahi dan batang hidung. Macam nak patah tulang hidung aku bila aku terjatuh di atas lantai. Untuk beberapa saat aku terkebil-kebil memandang suasana bilikku.

     “Allahuakhbar!”

     Argh!

     Habis basah kuyup baju tidurku apabila Izzan menyiram segayung air kat muka aku. Muka budak tu selamba sahaja seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Aku ketap rahang kuat sebelum tangan cuba menarik kaki Izzan. Laju budak tu mengelak sebelum segayung air sejuk disimbah ke wajahku sekali lagi.

     “Apasal simbah akak dengan air?!”

     Aku dah mula histeria. Memang budak Izzan selalu sangat buat aku hilang tamadun. Sedang elok-elok aku tidur diulit mimpi tadi, boleh-boleh pulak dia simbah aku dengan air untuk bangunkan aku. Minggu lalu pun dia jerit kat telinga aku pakai pembesar suara milik abah. Satu jam lebih gegendang telinga aku tak berfungsi dengan betul hari tu. Sampai aku ingat aku ni dah nak pekak.

     “Tiga puluh minit lagi kelas Financial Accounting akak akan bermula. Dan akak masih sibuk berdengkur dengan rambut nenek kebayan akak tu kat atas katil,”jawabnya selamba. Sempat lagi dia sisip air kopi.

     Minum berdiri pulak tu!

     “Izzan ni memang nak kena kan?! Tahu tak akak ni lagi tua dari Izzan? Izzan nak ke kena karma sebab kerjakan akak teruk macam tu?!”soalku dengan nada yang naik beroktaf-oktaf.

     Izzan sengih lebar.

     Aku dah berdiri sambil bercekak pinggang. Gebar yang aku bawa bergolek hingga terjatuh kat atas lantai aku kutip. Sebab geram, gebar itu aku lontar tepat mengenai wajah Izzan yang sudah siap berbaju kurung sekolah itu.

     “Suka hati akaklah nak datang lambat ke nak datang awal ke. Tu bukan hal Izzan. Umalis kana!!”

     Tengok! Dah terkeluar ayat Tagalog aku. Umalis kana tu maksudnya ‘ keluar kau’. Ayat itu pun aku belajar dari mak yang kacukan Tagalog itu. Kembali ke niat asal, aku akhirnya lari mengejar Izzan yang sudah siap- siap angkat skirt separas betis itu. Nampak sangat dia dah bersedia nak main ‘pas baton’ dengan aku.

     Izzan tergelak jahat.

     Simple dimple.. pop it squish..

     Terbejat langkahku bila mendengar bunyi nada dering telefon milik orang yang aku cukup kenal itu. Izzan juga turut melencong ke arah lain. Dia dah berdiri kat sebelah Abang Es dengan nafas tercungap-cungap.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now