BUNYI alarm mengejutkan aku. Dengan gebar yang menyelubungi tubuh, aku pandang jam di dinding. Lagi sejam akan masuk solat Subuh. Kerling lagi di sebelah, Khazasy tak ada di situ. Mengeluh.
Terimbas semula hal semalam membuatkan dadaku terasa sebu. Bibir aku gigit kuat. Menyesali kebodohan sendiri. Rasa macam nak hantuk kepala pergi dinding pun ada. Tapi saat pintu bilik air kedengaran terbuka, aku bingkas memejam mata. Seram kut kalau bertentang mata saat-saat sendu macam ni.
Sekali lagi Khazasy masuk semula ke dalam bilik air. Dan sekali lagi kata-katanya semalam terngiang-ngiang di telinga.
"MASIH pening lagi?"
Dia yang sedang duduk di tepi katil itu aku pandang. Senyuman nipis sudah pun terukir di wajahnya. Aku? Angguk atau geleng pun tidak. Dia betulkan sedikit kedudukan bantal di bawah kepalaku. Cuba menawarkan untuk memicit dahiku tapi aku tegah. Tidur, itu sahaja solusi terbaik yang terlintas di fikiranku.
"Shaleha yang datang sendiri jumpa abang. Abang tak tahu pun macam mana dia boleh masuk sedangkan dia tiada kad akses masuk." Tanpaku pinta, dia mulai bersuara.
Aku hanya diam. Lebih suka mendengar. Sebab aku tahu, kalau aku terus-terus menjawab, pasti air mataku akan tumpah lagi. Dah bengkak kut mata aku ni. Nanti tak pasal-pasal pulak Khazasy panggil aku Pikachu mata sepet.
"I've just done with my shower. Sebenarnya dah nak balik semula ke office sebab nak kejutkan Lara sekali gus balik ke rumah. Tapi langkah abang terhenti bila Shaleha tiba-tiba datang peluk abang sambil menangis."
Bila dia cakap part 'drama Korea' yang dibuat Shaleha tu, aku terus tahan geram. Siapa jugak sanggup nak tengok perempuan lain peluk suami dia macam tu? Dahlah time tu Khazasy tak pakai baju!
"Abang nak tolak.."
"Tapi abang tak sanggup nak tolak sebab dah mula simpati dengan Shaleha,"cantasku menyampah.
Khazasy mengetap rahangnya.
Tanganku digenggamnya erat memintaku untuk memandangnya. Strok aku nak menjawab kalau macam ni. Apasal tangan dia sejuk sangat ni?!
"Perempuan tu bawak pisau waktu itu. Dia cuba ugut akan tikam abang kalau abang cuba nak bergerak. Abang terpaksa waktu tu Lara. Tapi abang yakin abang dapat tepis serangan perempuan tu. But she was so fast. Shaleha terlebih dahulu hayunkan pisau membabi buta membuatkan abang cedera."
Tergamam aku dibuatnya. Teringatkan objek tajam yang berdarah-darah di atas lantai, akhirnya aku faham kenapa ia ada di situ. Akhirnya juga aku tahu darah yang melekat di pisau itu milik siapa. Darah tu ialah darah Khazasy.
"Sebelum Shaleha menggila dengan lebih teruk, pisau tu abang tepis jauh-jauh. Dan sekali lagi Shaleha peluk abang. Abang tak nak hati Lara terluka. Lara isteri abang. Tapi Lara sampai pada waktu yang salah. Dan apa yang Lara nampak tu..." Dia berjeda. Aku faham dengan apa yang dia maksudkan.
Mata redup itu memandangku. Sejujurnya, aku rasa macam nak peluk dia ketika ini. Tapi aku begitu malu nak buat. Macam mana aku nak buat sedangkan sebelum ni dah macam-macam aku tuduh dia? Bukan setakat tuduh tapi menggores hati Khazasy. Aku leka dalam melayan perasaan amarah sendiri sedangkan Khazasy cuba berusaha memperbaiki hubungan kami.
Begitu erat genggamannya di tanganku. Dia tahu yang aku nak cuba mengelak. Mengelak sebab sudah mulai rasa bersalah. Bersalah terhadap suami sendiri.
Lama kami berdiam diri sehinggalah Khazasy sendiri yang mengalah.
"Take your time, angel. I'll wait,"katanya dengan senyuman pahit. Aku tidak membalas. Selimut dikemaskan di atas tubuhku. Terpejam mataku saat dia menunduk untuk mengucup dahiku.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...