BAB 55

358 21 0
                                    

TERSENYUM manis melihat ummi di dapur. Khusyuk benar wanita itu menyediakan manisan. Cuma aku pelik sebab dia suka baking malam-malam. Sama macam Khazasy. Kadang-kadang, sampai aku susah nak tidur dengan bunyi 'bertukang' kat dapur. Nak tegur Khazasy pun tak dapat sebab dia asyik bagi aku sakit jantung dengan kenyitan matanya itu.



"Lara. Lara buat apa kat sana tu? Marilah masuk. Dah lama ummi tak ajak borak-borak. Asyik Khazasy aje dilayannya. Budak tu, jangan layan lama-lama sangat. Nanti mental Lara dibuatnya,"gurau ummi.



Tergelak besar aku jadinya. Alahai ummi. Kalau aku tak jumpa doktor pun, memang aku tahu yang aku dah mental sebab Khazasy.



"Ummi baking apa tu?"soalku selajur melangkah mendekati ummi. Terliur seketika dengan bau manisan dalam ketuhar tu.



"Ummi buat biskut cip coklat. Khazasy tu yang kata nak makan. Dah lama katanya tak rasa manisan air tangan ummi. Hesy Zasy ni. Pandai buat pun, nak lagi suruh ummi. Ummi dah mengantuk tau sebab Zasy."



Tersenyum lagi aku. Geli hati sebenarnya dengan kerenah ummi. Mengomel sepanjang tembok besar China, tapi tangan tu tetap juga sibuk menyiapkan biskut yang hendak dibakar.



"Takpalah ummi. Dah siap adun, tinggal letak atas dulang aje kan? Kalau macam tu, apa kata ummi pergi rehat, biar Lara yang siapkan."



"Lah.. Tak payahlah. Takut menyusahkan pulak."



Aku geleng perlahan.



"Tak menyusahkan pun ummi. Zasy tu yang lagi menyusahkan kalau tak dapat makan biskut dia ni. Kita bentuk cincai-cincai aje. Kalau Zasy komen, kita hempap muka dia pakai loyang ni!"



Ummi hambur gelak. Pipiku dicubitnya geram. Aku hanya sengih. Tiba-tiba malu sebab cakap macam tu depan ummi. Mesti ummi syak aku ni ganas sangat dengan Khazasy.



"Tak payah pakai hempap pakai loyang. Lara cium aje abang, mesti abang takkan menyusahkan lagi. Lagi pun, ciuman Lara lebih manis dari biskut tu."



Tersentak aku dan ummi dengan kehadiran Khazasy kat sini. Siap dengan tuala yang tersangkut di leher tapi tak berbaju. Hanya seluar panjang sahaja yang dikenakan. Nasiblah dia pakai seluar. Kalau dia datang sini hanya dengan tuala aje, aku sumbat dia terus dalam ketuhar tu. Tak malu ke bila ummi nampak dia macam ni?



"Alahai anak bertuah ni. Sejuk malam-malam ni. Tak payah pakai kipas pun dah boleh menggigil. Apasal Khazasy tak pakai baju?"soal ummi sambil bercekak pinggang.



Khazasy melabuhkan punggungnya di atas meja makan. Hampir diketuk sudip oleh ummi kalau dia tak mengelak. Nampaknya bukan aku seorang sahaja yang tak suka perangai Khazasy yang suka duduk di atas meja tu.



"Tengah keringkan luka kat pinggang ni ummi. Tadi Zasy cari Lara sebab nak mintak tolong dia ubatkan. Tapi dah hilang dari bilik tu. Bukan tadi Lara baca buku ke?"



Tiba-tiba pipi berbahang bila dia pandang aku seksi macam tu. Dia ni suami aku ke? Apasal aura dia lain macam aje malam ni?



"Lara malas dah tunggu abang. Bukan abang bersenam kat luar ke tadi? Lagi pun Lara kesian kat ummi. Tak ada teman kat dapur ni. Abang tu ha yang menyusahkan ummi. Apasal suruh ummi masak biskut malam-malam buta? Lagi pun, bukan abang pandai baking sendiri ke?"soalku tak puas hati.



Ummi tahan gelak. Mungkin terhibur dengan muka mak-mak yang aku tayang kat Khazasy tadi.



Khazasy heret bibir.



"Suka hati kitalah. Ummi sayang abang sebab tu dia tak banyak kerenah bila abang mintak baking. Bukannya macam Lara, Lara buat biskut pun hangus. Pandai masak sambal aje. Kalau macam tu, boleh tak Lara sediakan manisan yang bertemakan sambal?"

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now