PERLAHAN-LAHAN aku mengintai ke dalam rumah. Siap dengan penyapu lidi kat tangan, mataku mencerlung tajam. Naluriku kuat mengatakan yang Izzan dan Abang Es mungkin akan mengambil kesempatan untuk mengenakan aku lagi.
“Alahai anak bertuah ni. Cukup-cukuplah tu jadi spy tak bertauliah tu. Tak malu ke Khazasy nampak Lara kat sini?”soal mak dengan tangan yang dicekakkan ke pinggang.
Sengih sumbing aku dibuatnya. Lagilah malu bila Khazasy kelihatan sedang menahan senyum kat sana.
“Akak. Akak buat apa dengan penyapu lidi tu?”
Terkejut aku dengan soalan daripada Izzan yang tiba-tiba memunculkan diri itu. Dengan tepung yang mengotori wajahnya, aku jadi pelik tiba-tiba. Ada perasaan musykil juga.
“Tak ada. Lara tolong mak sapu laman tadi. Izzan tu dah kenapa comot sangat? Apasal ada tepung kat muka tu? Izzan cuba nak kenakan akak lagi ke?”soalku dengan kening terangkat sebelah.
Mak yang dah berlalu masuk ke dalam rumah itu aku pandang. Izzan pulak dah mula menggeleng kepala.
“Taklah. Tadi Izzan tolong Abang Es masak ‘capati gulung-gulung’. Tak tahulah apa nama makanan tu tapi Abang Es kata sedap. Akak jugak confirm akan suka. Jadi sebelum Abang Es pergi kerja, dia bekalkan Izzan dengan ‘capati gulung-gulung’ tu. Nanti Izzan nak kongsi kat kawan Izzan. Nak tunjuk sikit skill memasak Izzan ni.”
Ewah budak ni. Sempat lagi nak meriyak depan kawan-kawan dia.
“Dah-dah. Izzan pergi bersiap sekarang. Nanti lambat pulak Abang Es pergi kerja. Bukan ke Izzan akan ikut abang pergi sekolah?”
Izzan garu kepala.
“Err.. Ya tak ya jugakkan. Izzan lupalah. Baru teringat yang abah tak boleh hantar Izzan.”
Aku tersenyum nipis. Pipi Izzan aku cubit kuat sehingga dia menjerit nyaring. Buat-buat relakan gegendang telinga mendengar ajelah. Berdesing telinga aku dibuat budak ni. Haisyh!
“Dahlah. Cepat-cepat! By the way, pulang nanti Abang Zasy yang akan ambil Izzan dengan Mirah kat sekolah. Jangan ikut orang lain pulak tau. Kalau diculik, dijual jadi pengemislah jawabnya,”kataku sengaja nak bagi amaran.
Izzan julingkan mata ke atas. Dia dah berlari-lari anak menuju ke tingkat atas sementara aku pula melangkah menuju ke tempat Khazasy. Nampaknya dia baru habis bertelefon dengan seseorang. Nampak serius sahaja wajahnya. Oh lupa. Coach kitorang ni memang serius pun kalau bab-bab kerja.
“Abang pergilah. Beg pakaian tu nanti-nantilah Lara yang bawak masuk,”kataku masih kekok nak berhadapan dengannya.
Khazasy tersenyum nipis.
“Hati-hati. Call abang kalau Lara nak mintak beli apa-apa. And one more thing.. take care. Jangan merayau ke mana-mana. Abang tak nak kejadian hari tu berulang.”
Teringat semula lelaki-lelaki itu tempoh hari. Tertunduk. Angguk sahaja aku tak menjawab.
Kereta yang dipandu Khazasy akhirnya bergerak membelah jalan. Lama aku pandang ke arah itu walaupun keretanya sudah pun menjauh. Sayu wajahku ketika ini. Haraplah aku ada keberanian nak mintak maaf nanti.
Mengeluh.
“Tahulah Lara sayangkan Zasy. Tapi tak payahlah sampai jadi patung replika kat situ. Tercemar pemandangan orang yang nampak tahu tak?”
Pandanganku terhala ke arah Abang Eskandar yang sudah mulai tersenyum suka itu. Memang Abang Es ni. Tak ada hari yang dia tak sakitkan hati aku.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...