BAB 35 PART 2

311 29 0
                                    

SEHARI sebelum pernikahan aku, kami sekeluarga dah pun menginap di rumah keluarga ummi. Memang adat kalau orang Melayu kahwin, mesti ada malam berinai. Rumah ni bukanlah spesies banglo mewah tapi lebih besar dari rumah kitorang.



Tadi pagi pun Judrose ada bawak aku keliling rumah dia. Memang ummi ni suka tanam banyak pokok bunga. Cuma yang aku pelik bila dia tanam banyak pokok kaktus. Nampaknya aku boleh merasai pengalaman menginap di kawasan gurun yang penuh dengan 'kaktus-kekuktas.'



"Amboi... Manisnya bakal menantu ummi ni. Belum bersolek pun ummi dah nampak seri. Macam manalah kalau dah kahwin nanti. Mesti kalah sinaran bulan dibuatnya,"ujar ummi dengan senyuman manis.



Aku senyum seram.



Ya seram!



Ummi kata muka aku berseri-seri. Padahal muka aku sedang memucat macam vampire. Siapa jugak tak seram bila hari pernikahan dah nak dekat. Macam-macam yang bermain di fikiranku.



Macam mana kalau tiba-tiba perkahwinan aku terbatal sebab sesuatu? Contohnya, bila Shaleha hala bom nuclear ke rumah ni semata-mata nak tunjuk perasaan? Tak pun bila tiba-tiba dia bawak sumo datang sini untuk lunyaikan aku?



"Eh. Taklah ummi. Memang muka Lara macam ni kalau malam. Berkilat sikit. Berminyak kut,"nafiku buat-buat gelak. Padahal dalam hati aku tengah sendu tak habis-habis.



Ummi tergelak halus. Tergeleng kepalanya mendengar jawapan aku.



"Mari aku tengok inai kau, Lara,"pinta Azna tiba-tiba.



Tanganku yang berinai merah itu ditariknya perlahan. Ditelitinya seketika sebelum mengangguk. Berfikir seketika aku kenapa minah ni boleh ada kat sini. Oh lupa. Dia ni anak mak andam rupanya. Mak Azna ada datang sini untuk inaikan aku. Esok pun dia akan jadi jurusolek aku.



"Kalau korang berdua bosan, korang turunlah bawah. Round-round taman belakang rumah ummi ni. Tapi hati-hati sikit ya. Jangan sampai diculik sudah. Murunglah ummi nanti kalau bakal menantu hilang."



Azna tergelak halus. Ditepuknya paha aku seraya menayangkan keningnya yang terangkat-angkat. Aku mencebik selepas kelibat ummi hilang disebalik pintu bilik.



"Azna! Aku risaulah esok. Macam mana kalau ada apa-apa yang buruk terjadi? Manalah tahu perkahwinan ni tak direstui sesiapa. Dan.. Macam mana kalau coach tiba-tiba lari sebab tak nak nikah dengan aku?"



Pap



Nak benjol rasanya kepala aku ni. Berani pulak Si Azna ni layan bakal raja sehari macam ni!



"Apasal kau ketuk kepala aku pakai dulang hantaran tu?! Kau nak aku koma ke?"soalku geram. Rasa macam nak balas pulak kejahatannya itu. Tapi mengingatkan yang dia tak akan berhenti selagi dendam tak berbalas, maka aku matikan sahaja niat 'baik'ku itu.



"Ummi dah pesan, mak dah pesan, abah kau pun dah pesan...Siapa lagi? Oh, Akak Balqis pun dah pesan yang jangan panggil coach pakai gelaran coach tu lagi. Nama 'kecoachi' tu tak sesuai dah kau pakai. Panggil coach dengan gelaran Zasy or abang. Or..."



Terus aku mencerlungkan mata bila Azna tersenyum gedik.



"Apa?Apa?! Nak panggil dia pakai nama apa? Kau jangan cuba nak merapu eh Azna. Aku suruh..."



"Sayang!"cantasnya.



Aku menjerit dalam hati. Rasa macam nak menangis pun ada bila Azna sengaja nak usik aku malam-malam yang seram ni.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now