GAMBAR lama arwah ummi aku pandang. Setiap gambar yang tertayang di skrin telefon buat aku sebak. Tapi bila kelibat mak yang berulang-alik masuk ke dalam dapur buat aku tersenyum semula.
Ya.
Mak ialah mak tiri kami adik-beradik. Memang sejak awal lagi dia menjadi isteri abah cuma dia mandul. Sebab itulah abah nikah dengan ummi.
Rezeki daripada Allah, akhirnya lahirlah kami empat adik beradik. Walaupun macam mana pun, mak tetap kami layan macam ibu kandung sendiri. Bahkan, tidak pernah terlintas di kepalaku pun nak anggap dia macam mak tiri.
Ini bukannya cerita Cinderella. Selama ni, tak pernah pun mak dera kami adik-beradik. Kecuali kalau hal mustahak seperti berkomplot curi ayam kampung jiran sebelah rumah time kecil, itu habuannya kami pernah dapat dari mak.
Sejak tu aku dah insaf nak buat mak marah. Lagi pun, Abang Es yang ajak aku curi ayam Mak Suri tu. Time tu, aku belum kenal mahmudah dan mazmumah lagi, sebab tu aku senang terpengaruh.
“Menghayal macam tu boleh bawak pergi Paris ke? Kalau tak, mak pun nak ikut sama. Teringin juga mak nak jelajah bumi Jepun.”
Terjerit kecil aku bila mak rampingkan pinggang aku dengan ‘sepitnya’. Nasiblah orang tak masuk restoran lagi pagi ni.
Aku sengih kemudian seraya memeluk pinggang mak yang sedang berdiri itu. Bau yang sudah lama sebati dalam hidupku buat aku tenang seketika.
“Jap lagi Lara masuk dapur eh? Ala…Hampir siap dah pun. Tinggal letak Hebat-Hebat rasa Maggie cukup rasa lagi.”
Mak tergelak halus.
“Hmm.. Yalah. Letak garam nanti jangan banyak sangat. Takut pelanggan-pelaanggan mak diserang high blood.”
Aku pulak yang ganti tergelak.
Mak ni, jangan dilayan lama sangat. Boleh mental jadinya!
Apron di atas meja aku capai sebelum menyarungkannya ke tubuhku. Abang Es yang sudah siapkan lauk-pauk di atas meja dah macam anak kucing hilang anak. Leher dah memanjang melilau sekeliling mencari orang tersayang.
“Nampak Azna tak?”
Aku muncung bibir.
“Asyik Azna aje yang terluah dari mulut abang. Sebab perkataan tulah, berapa tan air liur tersembur sejak tadi. Sabarlah. Dia dah nak datang dah tu. Abang ingat, abang seorang aje ke yang Azna kena jumpa? Dia ada family lagi tau yang nak kena hadap. First of all, Abang Es kena hormat mak ayah Azna kalau nak dicap lulus jadi bakal mentua.”
Abang Eskandar tergelak halus. Tiba-tiba sahaja kedua belah pipiku dicubitnya kuat sehingga aku kesakitan.
“Pandai Lara bagi nasihat berguna eh? Baik! Abang akan usahakan hal tu. Kena jadi bakal mentua terlajak sopan! Abang Es kena tunjukkan yang abang ni lelaki Melayu terakhir!”
Dengan senduk-senduk sekali dia hala kat atas. Aku julingkan mata ke atas. Pelik sebenarnya dengan Azna. Macam manalah dia boleh tahan dengan kerenah abang aku?
“Dukung! Dukung! Nak dukung!”jerit Amirah tiba-tiba.
Budak tu baru sahaja sampai dengan Izzan kat restoran. Abah yang baru beli barang-barang dapur itu hanya mampu tergeleng. Mungkin masih teringat adegan Super Man semalam. Abang Eskandar terbangkan Amirah ke seluruh pelosok rumah. Katanya nak berlatih bawa main anak sendiri nanti.
Ceh!
“Dukung elok-elok. Abang Es bagi jatuh, Lara karate abang sampai lunyai!”ugutku.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romantizm"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...