AKU menggeliat malas di atas katil. Sengaja juga aku bisukan penggera selepas solat Subuh tadi sebelum sambung tidur. Sah-sah tak baik untuk kesihatan.
"Kuliah lagi,"gumamku tak suka.
Aku tak suka pagi Rabu. Pagi-pagi macam nilah kelas Profesor Nick bakal berlangsung. Dia banyak sangat bagi kitorang tugasan. Disebabkan Profesor Nicklah, Gunung Kinabalu membibit di atas meja-meja setiap pelajar!
"Good morning my precious angel. It's time to school. Cepatlah. Mandi. Abang tunggu kat luar nanti."
Pipiku berbahang mendengar sapaan dari suara maskulin itu.
Hampir terlupa dengan jurulatih yang mementingkan kehadiran itu. Aku tak nampak muka dia sebab aku tengah seronok berselubung di dalam selimut tebal tadi. Terus aku buat-buat batuk.
"Lara feel feverish today, abang. Tak nak pergi kelas takut tak bertenaga nanti,"autaku. Sekali lagi, dengan menggunakan skill lakonan Azna dan Abang Eskandar, aku buat-buat batuk lemah.
"What? Demam? Apasal tadi time abang bagi morning kissed okey aje? Tak rasa panas pun? Suhu badan normal aje."
Bingkas aku duduk bersila di atas katil. Mulut aku ternganga nampak senyuman nakal bergayut di bibirnya. Makin terlopong bila melihatnya dalam keadaan tak berbaju. Hanya tuala putih sahaja yang bergayut di pingangnya.
Allahuakhbar!
Double heart attack pulak aku dapat pagi ni!
"Bila pulak abang cium Lara? Abang cium Lara sorok-sorok ke? Time Lara masih diulit mimpi, macam tu?!"soalku dengan mata terbuntang.
Dia heret bibir.
Bibir yang aku rasa telah dikucupnya sewaktu aku tidur tadi aku tekup. Tak sanggup nak bayangkan hal itu lagi.
"Gurau. Manalah abang berani ganggu Lara time tidur. Risau Lara terbangun nanti. Abang saja aje cakap macam tu sebab abang tahu Lara tipu abang. Lara sebenarnya tak demam kan?"soalnya dengan kening terangkat.
Kaku lidahku nak membalas. Sebab aku tahu suami aku ni pintar dalam bab-bab macam ni. Tulah kau Lara. Kau berlakon depan jurulatih teater! Mestilah ketahuan bila kau buat-buat berlakon!
Haisy!
Aku buat-buat berdehem tatkala melihat Khazasy tersenyum nipis. Baru sahaja hendak menukar topik perbualan, belakang tubuhku tiba-tiba terasa lenguh. Baru aku ingat semalam aku berjaga lama semata-mata nak siapkan task yang sepatutnya perlu dihantar dua hari yang lalu. Memang kelam-kabutlah aku bila sir tiba-tiba call mintak due.
Bahu kiri yang amat terasa lenguhnya aku picit.
"Kenapa?"
"Lenguh,"jawabku sepatah sebelum menyambung picitan pada bahu kanan. Sehinggalah Khazasy datang melangkah naik ke atas katil. Terkejut jugak aku bila tubuhku ditolaknya semula sehingga terbaring di atas tilam.
"Abang nak buat ap.."
"Shhh.. Quiet."
Pantas aku mengezip mulut saat tatapan mata kami bersambung. Dingin sahaja pandangan lelaki itu. Membuatkan bulu romaku meremang. Lagilah aku rasa nak menangis bila dia separuh tubuhnya menindih badanku.
"Silangkan tangan kiri dan kanan Lara pada bahu yang berlawanan." Suara garau itu seolah-olah berbisik pada telingaku. Aku yang dah mula gabra hanya menurut.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...