SEGALA-GALANYA bagaikan mimpi. Tiga hari yang lalu, selepas aku tersedar dari lena yang panjang di sebuah hospital, aku dikejutkan pula dengan berita yang amat menganggu emosiku. Pada hari kejadian, aku sebenarnya sedang mengandungkan nyawa di dalam rahimku. Malangnya, berdepan tragedi walang membuatkan aku kehilangan janinku.
Terkilan.
"Kami dah buat apa yang termampu. Tapi.." Doktor itu berjeda, memandang ke arah aku dan Khazasy silih berganti. Faham dengan apa yang cuba disampaikan, Khazasy mengangguk perlahan.
Terkesan dengan perkara itu, aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sepanjang hari. Air mataku terlalu berat hendak dilepaskan lagi kerana merasakan yang tangisan tidak mampu menyelesaikan apa-apa.
Keluar sahaja dari wad hospital, Khazasy terus membawaku pulang ke rumah. Keluargaku yang lain ada juga datang melawat tapi tak ada seorang pun yang tahu tentang hal kandunganku. Aku lebih senang merahsiakan hal itu daripada mereka. Dan aku tahu, Khazasy faham akan kehendakku.
"Lara perlu bangun. Dari semalam Lara tak jamah apa-apa."
Perlahan-lahan aku bangun dan duduk menyandar di penyadar katil. Seleraku mati. Tidak teringin hendak menjamah apa-apa pun.
"Sayang dengar tak ni?" Lembut sahaja nadanya. Seakan memujuk.
Sedaya upaya aku cuba mengelak daripada menjadi tatapan suamiku itu. Cuba menahan sebak tetapi akhirnya aku teresak-esak. Gebar yang menyelimutiku aku cengkam kuat. Seolah-olah melepaskan rasa geram dengan itu.
"Lara..."
Terasa Khazasy sudah duduk di sisiku. Bahuku dirangkulnya sehingga kepalaku terlentok di bahunya. Aku mahu menghalang sebab hatiku benci untuk disentuhnya tetapi tubuhku begitu lemah untuk menolak rangkulan erat itu.
"Abang minta maaf,"katanya perlahan. Suara garau itu kedengaran bergetar. Menangiskah dia? Aku tidak tahu.
Teringat semula kejadian tempoh hari sewaktu aku berada di tempat kerja Khazasy, emosiku jadi tidak stabil lagi. Aku menggeleng-geleng kepala.
"Abang tak patut peluk Shaleha macam tu. Abang kata abang tak nak sentuh perempuan bukan mahram abang. Tapi tu apa? Abang biarkan aje bila dia sentuh abang. Sekarang abang nak sentuh Lara dengan tangan jijik tu pulak?!"
Akhirnya tubuhnya aku tolak menjauhi aku. Nampaknya, dia seperti faham yang aku tak nak disentuhnya. Sebab itulah dia tidak memegang tanganku lagi. Tetapi masih juga statik di tempat yang sama. Pandangan Khazasy berubah redup.
"Abang tak nak pun semua tu berlaku sebab abang takut Lara salah faham. Abang.."
"Suka? Sukalah kan bila Shaleha peluk-peluk abang macam tu? Sukalah kan sebab hubungan korang dah semakin baik. Macam yang abang cakap, dia kan bekas tunang abang selepas arwah tunang abang meninggal. Shaleha cakap, hubungan korang dulu manis sangat. Jadi abang sukalah kan bila hubungan tu pulih kembali?"cantasku sinis.
Khazasy ketap rahang. Dia pejam mata sekejap.
"Kalau abang nak marah, marah aje. Lara tak kesah pun kalau abang nak meninggikan suara abang kat Lara sebab Lara tahu memang itu pun sisi abang selama ni. Abang berpura-pura jadi baik kat Lara aje kan?"
Perit mengatakan hal itu. Tapi hatiku langsung tak menafikannya. Perit juga melihat Khazasy pandang aku dengan pandangan sayu macam tu. Tapi aku tak nak jatuh sebab tu.
"Emosi Lara tak stabil lagi. Lara tak sepatutnya cakap abang macam tu. Lara tak tahu pun apa yang jadi. Lara.."
"Lara tak nak dengar apa-apa lagi! Buat apa abang explain kat Lara sedangkan abang.." suaraku tersekat sejenak. "Abang tak pernah pun ikhlas kan? Abang tak pernah.."
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...