“SAYA, Khazasy Asyhairil. Atas permintaan Tuan Anas, saya akan jadi coach sementara korang kat sini.”Seseorang mengangkat tangan.
“Coach ni kacukan ke? Coach lawalah..”
Seluruh dewan bergema dengan tawa penuh kegedikan. Aku arif sangat dengan bunyi tawa minah-minah ulat beluncas tu. Tapi ada kelainan sikit dalam tawa yang ni. Sebab jantan-jantan ‘iguana’ pun turut tergelak miang. Tekak aku ni dah kembang macam nak muntah darah.
Excuse me? Emangnya, makhluk kacukan aje ya yang handsome? Yang tulen lagi elok tau! Contohnya, kuda. Kan ke handsome dengan wajah asli kuda tu. Kalau dikacukkan dengan baboon, agaknya still nampak elok tak?
“Lara, kau nak tahu tak coach kita ni siapa?”
Aku pandang Azna kat sebelah yang dah tayang muka teruja. Tangan aku ni rasa ringan aje nak hinggap kat perempuan ni. Dah mula dah dia ni nak sebar virus gila dia tu kat aku. Haraplah antibodi aku cukup kuat untuk halang.
Aku mencebik.
“Anak cicak kubing kacukan biawak komodo ke?”soalku sengaja nak meloyar buruk. Mood tiba-tiba ke angkasa lepas.
Macam baru habis tertelan biji rambutan dia pandang aku. Aku juihkan bibir.
“Buat apa aku nak tahu? Kau ingat aku ni macam kau ke? Lepas nampak mamat muka elok aje terus jadi stalker tak bertauliah?” soalku geram.
Azna yang dah menyengih lebar itu lantas tergelak.
“Aku saja aje nak kongsi. Manalah tahu kau berkenan nak jadikan dia model iklan poster kat dalam bilik kau.”
Sekali lagi Azna gelak macam manusia zaman kuno yang tak bertamadun. Dan Sekali lagi aku rasa macam nak call doktor pakar sakit jiwa datang sini.
“Taklah. Saya Melayu tulen,”jawab lelaki itu seraya tersenyum nipis. Tapi sekejap aje sebelum wajah berubah serius semula. Apabila pandangan terhala ke sini, mata kami terus bertaut. Aku cerlungkan mata sedikit.
Dari pandangannya sahaja aku sudah tahu yang dia nak cakap ‘I watch you’.
Panas punggung aku duduk kat sini. Tadi masa aku nak lari dari dewan ni, lelaki tu halang aku. Siap mintak pengawal jaga pintu masuk lagi. Rasa macam aku ni banduan yang direman pulak. Apa tadi dia cakap?
“Today is my first day at here. Please don’t waste my time. Saya ada banyak lagi urusan penting nak hadap lepas ni.”
Ceh!
Kalau tak ada mata-mata yang akan jadi saksi kat dalam dewan ni, dah lama aku ketuk kepala mamat tu dengan kasut tumit kesayangan aku tu.
Lepas tu, aku akan lari tinggalkan dia pitam kat sini.Ya.
Kali ni aku akan ketuk secara sengaja. Dahlah tak bagi aku keluar, kasut aku dia peraga pulak atas pentas. Apa susahnya kalau dia bagi kasut tu dan biar aku keluar dengan tenangnya? Kami bukannya ada urusan sulit yang kena diselesaikan pun!
Dia mula melangkah ke atas pentas. Mungkin nak bagi taklimat. Semakin banyak dia bercakap, semakin banyak jugaklah aku menguap. Amboi.. Ayat aku. Nak bagi inferens dalam rekod eksperimen ke ni apa?
“Lara.”
Belum sempat mataku tertutup, namaku dah diseru seseorang. Laju aku angkat kepala pandang depan. Azna dah laga-lagakan bahunya kat bahu aku.
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...