BAB 48

314 23 0
                                    

TERDUDUK lemah aku di sini. Muka aku tekup cuba melawan perasaan mengantuk yang menyapa memandangkan waktu sekarang sudah menunjukkan pukul dua pagi. Seketika aku bersendirian di sini menunggu mak dan Abang Eskandar di dalam sana. Mereka sedang berbincang dengan doktor tentang abah.



"Lara. Mari makan. Rasanya sejak datang sini lagi Lara biar perut Lara tu kosong. Kalau Lara tak nak jatuh pengsan, tolong jamah sikit nasi ni."



Panggung kepala aku melihat Khazasy di situ. Pakaiannya masih sama seperti awal-awal tadi. Kami bergegas ke sini dengan keretanya. Azna pun datang sekali tapi sekarang dah pulang ke rumahnya memandangkan hari dah pagi.



Aku geleng kepala.



"Tak ada selera,"ujarku perlahan.



Khazasy mendengus kecil. Dia mula melabuhkan duduk di sebelahku. Kepalaku ditariknya agar terlentok ke bahunya. Aku ketap bibir sebelum menangis lagi.



"Abang tahu Lara sedih pasal abah. Tapi Lara tak boleh terus menerus macam ni. Perut tu pun kena diisi kalau Lara tak nak jatuh sakit. Mak dengan Eskandar pun dah makan. Lara aje yang belum. Dah. Makan sekarang kalau tak abang suap."



Aku tak menjawab. Hallway ketika ini amatlah sunyi. Masa melawat dah habis beberapa jam yang lalu. Hanya beberapa orang sahaja yang diizinkan atas hal-hal terdesak seperti ini.



"Lara..."



Aku pandang Khazasy kat sebelah. Wajahnya dah berubah dingin semula. Tanganku ditariknya sebelum dia meletakkan secawan milo suam di situ.



"Fine. Kalau Lara tak nak makan, minum ni. Kalau Lara tak nak minum juga, abang sendiri yang bagi Lara minum."



Akhirnya, akur juga aku dengan pintanya. Minuman yang sedikit suam itu sudahpun aku teguk sampai habis. Bibirku sempat dikesatnya dengan hujung lengan bajunya. Dia tersenyum nipis sambil menggenggam tanganku.



Terharu seketika aku.



Terharu sebab Khazasy langsung tak penat melayan kerenah aku. Sebenarnya ini dah kali keempat dia datang untuk menyuruhku makan. Tadi sempat lagi dia suruh Azna pujuk aku makan. Lepas tu, Abang Eskandar pulak yang disuruhnya pujuk aku. Kalau aku tak nak jugak lepas ni, aku yakin pasti dia suruh dengan doktor-doktor sekali yang pujuk aku.



"Walau macam mana pun keadaan abah, yang Lara perlu buat sekarang ialah berdoa. Doa adalah sebaik-baik perbuatan saat ini. Sebab yang mendatangkan penyakit ialah Allah dan yang menyembuhkan juga Dia. And tak semestinya sebab Lara sedih, semua aktiviti Lara terencat. Lara nak ke mak bertambah sedih bila tahu Lara pitam sebab tak ada makan?"



Ceramah lagi.



Memang Khazasy ni. Suka bagi ceramah. Cuma ceramah kali ni dia bagi dengan nada yang lembut. Tak tegas macam sebelum ni. Sebab kepala stubborn macam aku ni memang patut ditegaskan. Kalau tak, memang macam letak air ke frying pan anti lekatlah jawabnya.



"Tak. Mestilah Lara tak nak."



"Then, kenapa buat perangai macam ni? Ingat abah suka ke bila tahu anak perempuan dia macam ni?"



Aku ketap bibir.



Khazasy bukannya marah cuma geram sahaja dengan perangaiku. Tapi tengok dia macam ni pun sudah mampu membuatkan aku gerun. Lantas aku peluk lengan kirinya. Kepala aku lentokkan ke bahunya dengan air mata yang cuba aku tahan.



"Abang. Lara bukannya paksa diri tak nak makan tapi Lara memang betul-betul tak ada selera. Lara tak tahu kenapa tapi Lara betul-betul rasa nak muntah kalau jamah apa-apa makanan sekarang."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now