"KEPERCAYAAN kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, Dan ... Err.. Rasanya yang lain abang dah lupalah. Tak ingat. Skiplah. Bagi soalan lain,"kata Abang Eskandar kepada Amirah.
Aku geleng kepala.
"Senang macam tu pun Abang Es nak lupa ke? Haish...Tak apalah Mirah. Mirah duduk dulu kat meja mak nanti akak datang ajar eh? Jangan rujuk Pak cik Google sebab cikgu Mirah tak suruh,"kataku lantas mencubit pipi gebu budak tu.
Amirah tergelak manja.
Tadi adik aku ni tiba-tiba datang bulatkan mata depan Abang Eskandar. Aku ingat dia nak tagih duit RM 1 dia yang Abang Es pinjam hari tu. Rupanya nak mintak ajar rukun negara rupanya.
Cuma satu yang aku pelik bila rukun negara yang senang macam tu abang aku boleh lupa. Tapi, bahasa Sepanyol yang dia cipta berkertas-kertas khas buat Azna dia hafal pulak!
"Abang Es.. Abang kata abang dapat jawab semua soalan. Kenapa yang ni abang tak dapat jawab pulak?"soal Amirah bingung.
Abang Eskandar buat-buat gelak.
"Biasalah tu. Orang pandai ni, banyak nak kena ingat. Bila dah terlalu banyak sangat mengingat, sampai benda kecil macam tu pun abang boleh lupa."
Aku julingkan mata ke atas. Banyak betul alasan 'bijak' abang aku ni.
"Dahlah. Abang nak keluar jap. Main bola. Kalau Azna datang, suruh dia tonton abang kat padang. Nak tunjuk sikit skill bola keranjang abang ni. Dengan otot-otot sekali nak bagi tunjuk."
Geli-gelaman aku dengar Abang Es cakap macam tu. Lantas kusyen di riba aku lontar ke arahnya. Laju sahaja dia mengelak. Baju T-shirt yang aku lipat tadi direntapnya laju sebelum dia berlari laju keluar dari rumah.
"Abang Es!"
"Apa? Tak dengarlah!"ujarnya yang sudah berada di luar pagar rumah itu.
Aku mendengus geram.
Nasiblah kawasan rumah ni berjarak-jarak semuanya. Jadi kalau kami nak letupkan bom pun jiran takkan dengar.
"Ke mana perginya abang kamu tu Lara? Mak baru aje nak suruh dia beli gula sepaket."
Aku menjuihkan bibir.
"Abang Es kata dia nak pergi main bola kat padang. Bencilah dengan abang tu mak. Asyik nak acting hebat aje. Nak tunjuk mucles dia kat kita pulak. Haraplah dia bergolek masuk sawah nanti. Baru padan dengan muka dia!"
Mak menggeleng kepala.
"Tak baik doakan abang kamu macam tu. Nanti kalau baju dia penuh lumpur, Lara yang kena cuci tau bukannya mak. Mak ni dah tua. Sakit-sakit pinggang dah kalau nak buat kerja. Kalau abang kamu dah pergi, apa kata Lara aje yang pergi belikan mak gula?"
Terus aku kerling luar rumah. Sianara uv sedang seronok bergelek di luar sana. Papan tanda 'AWAS' sudah pun bermain-main di kepala.
"Tak naklah mak. Sunburn..."leretku manja.
"Tak payah nak sunburn sangatlah. Macam mak tak tahu yang Lara beli banyak sangat sunblock hari tu. Pakai ajelah yang tu. Dah-dah. Pergi sekarang. Nanti abah kamu mengomel kalau kopi O nya tak tunjuk muka."
Aku mengeluh sedikit.
"Hmmm... Yalah. Amirah? Amirah nak ikut akak tak ni? Akak nak pergi kedai."
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Storie d'amore"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...