BAB 37

330 27 0
                                    

PEMBENTANGAN lagi... Huh. Yang pasti di hadapan lecturer paling 'ayu' kat kampus ni. Siapa lagi kalau bukan Dr Hajah Nur'Aini. Hari ni nasib aku malang sikit sebab banyak kawan yang ponteng kelas dia. Jadi aku terpaksa present semua kerja kami hanya dengan bantuan seorang rakan.



Hebat kan? Dari enam orang, hanya tinggal aku dan Ali sahaja di sini. Bersyukur jugak. Sebab ada mamat rajin tolong aku. Sebab kitorang memang sudah bahagikan tugas. Cuma masalahnya ramai ahli dalam kumpuan yang tak ada. Jadi kami berdua terangkan apa yang termampu kami sahaja.



"Tiga group yang dapat markah paling corot tadi nanti jumpa saya kat office. Markah kumpulan akan saya kurangkan lima peratus. Haraplah cukup untuk lulus tugasan ni."



Ali kat sebelah dah menggeleng kepala. Aku? Mengeluh berat sahaja.



"Takpa Lara, yang penting kita dah cuba. Memanglah empat ekor tu. Kalau aku dapat, siap aku kerjakan."



Pensyarah yang sudah berusia itu mulai melangkah keluar dari dewan kuliah tanpa sepatah kata. Seketika semuanya sunyi. Menyesali kesilapan sendiri. Azna kat sana sudah pun mulai melangkah mendekati aku.



"Sabar eh, Lara. Aku yakin korang akan lulus punya. Berdasarkan kira-kira matematik aku tadi, korang berdua still akan lulus sebab Dr kurangkan lima peratus aje. Bukannya lima perpuluhan lima peratus."



Tercengang seketika dengan jawapan Si Azna. Tak sangka. Sempat lagi dia buka kalkulator dan kira markah kitorang tadi. Berita gembiralah nampaknya. Sebab dapat markah nyawa-nyawa kuman. Huhu.




FAIL kehadiran aku letakkan di atas meja. Sejak tadi fikiranku agak terganggu dengan masalah yang menimpa aku kat kampus tadi. Time nak habis kelaslah baru empat 'ekor' tu menyelinap masuk kelas. Rupa-rupanya mereka memang berkomplot tak nak masuk kelas. Lagi sadis bila mereka buat-buat tak nampak muka aku dan Ali yang tak puas hati. Apa orang kata? Halimunan!



"Seriuslah Azna. Sakit hati aku tengok mereka tahu tak? Tersengih-sengih bila aku nak tanya. Lepas tu tukar topik! Lepas tukar topik, pura-pura tanya pasal tugasan pulak. Nak buat apa lagi tugasan baharu kalau tugasan yang senang pun tak dapat buat?!"komenku mulai menghempas tangan ke meja.



Menyesal seketika sebab sakitkan tangan tadi. Tapi, hati aku lagilah sakit!



"Okey. Kalau macam tu, kita panggil coach dengan Abang Es belasah mereka. Bagi pengajaran supaya mereka insaf. Nak bagi pengajaran macam mana? Nak sulah ke atau nak gantung hidup-hidup?"



Berkerut dahi aku dengan cadangan kurang siuman Si Azna ni. Dia pun sudah mulai menyengih kambing kat aku sebelum tergelak halus. Seperti biasa, dia suka curi minum air aku tanpa kebenaran.



"Aku tengah serius ni Azna. Kau jangan nak bagi aku panas lagi boleh tak? Kalau tak, dengan kau-kau sekali aku sulah."



"Ala. Janganlah marah. Tak baik tau marah-marah. Kalau stress, muka cepat tua. Nanti tak cantik. By the way, sengaja aje aku bagi cadangan kurang hati perut tadi tu. Aku cuma nak buat kau gelak aje."



Menyedari yang dia cuba nak sejukkan hati aku, aku terus kendurkan ketegangan wajah. Terus hantuk dahi kat atas meja.



"Malulah Azna. Macam mana bila keluar result nanti? Macam mana kalau coach nampak markah corot aku? Mesti dia akan sebar kat parents aku. Jatuhlah saham aku."



Azna menggeleng perlahan.



"Tu aje pun. By the way, bukan ke Dr Hajah ada cakap yang dia akan buat presentation ulangan minggu depan? Jadi untuk yang corot-corot tu, cubalah perbaiki diri."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now