BAB 49

260 20 0
                                    

HAMPIR dua jam aku terperap di dalam kereta. Nafas sedikit sesak akibat menangis terlalu lama. Aku tahu ini bukan cara terbaik untuk aku selesaikan masalah yang berlaku antara aku dan Khazasy. Cuma dalam keadaan begini, aku tak janji yang aku boleh berlagak tenang di hadapan Khazasy.



Ya.. Aku tahu ini mungkin cuma salah faham. Tapi Sembilan puluh peratus daripada hati aku mengatakan yang aku benci dengan apa yang aku nampak di depan mata kepala aku sendiri.



Untuk kali yang entah ke berapa kali, telefonku menjerit minta disambut. Dengan wajah yang sembab, aku mematikan skrin telefon.



"Lara benci abang." Bahuku terhinjut-hinjut menahan tangis. Buat sejenak mataku meliar di hadapan. Pelik. Sejak bila aku boleh sampai ke sini?



Disebabkan memandu tanpa arah tuju, akhirnya kereta aku berhentikan di sebuah jalan yang tidak pernah aku lalui sebelum ini. Sekali lagi kepala melilau sekeliling yang dipenuhi semak samun. Langit menunjukkan tanda-tanda hendak hujan. Tiba-tiba aku rasa bulu romaku meremang.



"Aku kat mana ni?"



Selepas mengumpul semula semangatku, telefon di sisi aku capai. 40 panggilan yang terlepas langsung takku pandang. Lebih memilih untuk menekan aplikasi google maps di dada skrin. Malangnya, bateri telefon mengatakan yang telefon akan sepenuhnya tidak berguna lagi lepas ni. Helafan nafas berat aku lepaskan.



"Allah.. Lara apa yang kau dah buat ni? Kalau kau sesat macam mana?" wajahku raup perlahan. Sehinggalah bahuku terhinjut akibat terkejut dengan bunyi dentuman kuat di hadapanku. Sebatang pokok yang baru sahaja tumbang hampir sahaja mengenaii divider keretaku. Ada sebuah kereta yang sempat meluncur laju melepasi pokok besar itu.



Dugaan apa pulak ni?



Entah apa yang memanggilku untuk menjejakkan kaki keluar daripada kereta. Dari kejauhan, kedengaran bunyi kereta yang dipandu laju. Perlahan-lahan rintis hujan mulai kelihatan. Pantas tubuhku tersandar di pintu kereta tatkala ada sebuah kereta kelabu memandu laju melepasi kawasan aku.



"Awak!"



Terbeliak besar mataku melihat kereta itu betul-betul terbalik di hadapanku selepas melanggar batang pokok yang tumbang tadi. Baru sahaja aku hendak melangkah pantas ke arah itu, dua buah lagi kereta asing datang menerjah ke arah yang sama. Bunyi tayar bergeser kuat dengan jalan bertar ini apabila kedua-duanya memberhentikan kereta hampir serentak.



"Pastikan dia tak terlepas." Seseorang mengarahkan seorang yang lain untuk melangkah ke arah kereta yang terbalik tadi. Sejenak aku pegun sebelum otak mencerna apa yang berlaku. Dengan langkah yang perlahan, ditambah lagi dengan tubuh yang menggeletar ketakutan, aku berundur ke belakang menuju ke semak-samun berhampiran.



"You thought you gonna seize him, huh?" Seorang lelaki berkemeja unggu duduk mencangkung di sebelah lelaki yang kelihatan jelas meminta pertolongan. Entah sejak bila dia diheret keluar dari keretanya pun aku tak tahu. Hanya memerharti dengan penuh debar.



"Korang takkan menang.." Suara garau itu tersekat-sekat sebelum memuntahkan darah. Tawa mengejek kedengaran daripada dua orang yang memerhati tadi. Tanpa hati perut, lelaki yang tidak bermaya itu dibelasah dengan teruk.



Tubuhku menggigil. Mati kutu, tidak tahu hendak berbuat apa. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku berlari ke arah mereka untuk menghalang perbuatan kasar itu. Malangnya, dengan kudrat wanitaku, apalah yang aku boleh buat untuk tolong lelaki itu? Nak telefon polis, telefonku yang berada di dalam kereta tu dah habis bateri.



Allah.



"Aryana,"gumam lelaki itu tidak berdaya. Sekali lagi tubuhnya menjadi sasaran tendangan kuat daripada salah seorang lelaki-lelaki itu. Rusuk kirinya ditekap kuat. Wajahanya jelas menunjukkan yang dia sedang menahan kesakitan yang amat.



"Ya Allah.. tolonglah tunjukkan sesuatu jalan supaya orang tu boleh selamat." Mataku berkaca. Simpati. Kalau orang lain yang punya hati perut macam aku berada di tempat aku, pasti mereka pun akan merasakan hal yang sama



"Kau dengar sini Cairo! Sekali lagi kau masuk campur dalam urusan bos kitorang, kitorang takkan biarkan kau terlepas. Malah kitorang akan buru keluarga kau sekali!" Rambutnya dicengkam kuat sebelum kepalanya ditumbuk lagi. Darah mengalir dengan banyak saat ini.



"Kau cakap apa ni bro? Kita patutnya lesapkan dia sekarang jugak."



Mataku mencerlung, melihat apa yang dikeluarkan oleh lelaki berkemeja unggu itu daripada poketnya. Buntang.



"I'll kill you!"



Jeritanku bergema kuat apabila sedas peluru dimuntahkan daripada muncung senjata itu. Sebutir peluru sudah pun terbenam di dada kanan lelaki yang tidak berdaya itu. Perlahan-lahan matanya terkatup. Sama ada dia sudah mati atau tidak, aku tidak tahu.



"Siapa tu?!"



Sedar akan kehadiranku di sini, dua pasang mata mulai meliarkan pandangan ke arahku. Masing-masing terkejut dengan kehadiranku di sini. Tanpa memikirkan apa-apa lagi, aku pantas berlari masuk merentasi semak-samun. Bunyi tapak kasut kedengaran sedang mengarah ke arahku.



Allah..



"Tolonglah jangan bunuh aku. Aku tak nampak apa-apa!" Nafas mulai seput akibat berlari terlalu lama. Tetapi lelaki yang mengejarku di belakang seperti tidak tahu erti lelah. Sehinggalah..



"Argh!"



Entah mana silapnya, kakiu tergelincir jatuh ke bawah sebuah bukit yang curam. Entah berapa kali aku tergolek pun aku tak tahu, yang pasti kepalaku sudah mulai terasa berat. Tapi dalam keadaan sebegini, aku masih memilih untuk mengelak daripada menjadi tahanan lelaki yang mengekoriku tadi.



Suasana kedengaran agak sepi ketika ini. Satu yang aku lega saat mengetahui yang lelaki tadi sudah tidak mencariku lagi. Mungkin sebab yain yang aku sudah pitam di bawah ini.



"Abang.."



Belakang tubuh menyandar pada sebuah batu besar. Langit yang sudah memberhentikan gerimisnya kelihatan semakin gelap. Dalam keadaan yang tidak bermaya, perlahan-lahan aku menundukkan pandangan ke arah perutku. Jelas sekali yang aku sedang mengalami pendarahan ketika ini. Sejak bila aku cedera parah macam ni pun aku tak sedar.



Suaraku bergetar selajur dengan kesakitan yang terasa berdenyut-denyut ketika ini. Untuk kali yang ke berapa, aku pun tidak tahu, tubir mataku dibasahi oleh cecair jernih.



Tangisanku terhenti apabila terdengar bunyi ranting kayu dipijak. Dengan segala kudrat yang aku ada, aku berdiri dengan dirian yang lemah. Berundur beberapa tapak ke belakang sebelum mulutku tiba-tiba ditekup seseorang daripada belakang.



Tersentak. Jeritan aku lepaskan dengan sepenuh hati tapi terhalang dek tekupan tangan lelaki itu yang begitu kuat. Tubuhku meronta ingin dilepaskan membuatkan kami berdua hilang keseimbangan dan jatuh terduduk di atas tanah.



"Diam!"gumamku dengan rahang yang kelihatan diketap kuat.



PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now