BETULLAH macam apa yang aku cakap sebelum ni. Shaleha ni memang mengada-ngada. Habis hancur berkecai skrip teater diubahnya. Macam-macamlah kerenah yang dia buat hari tu. Ala.. Sewaktu dia jadi ‘coach sehari’ tu.
Bukan setakat skrip, nama-nama watak yang dia tak suka pun dia nak ubah pergi nama-nama pelik. Dia nak watak Mayang diubah pergi Mariposa. Mariposa? Apa dia ingat kami ni nak buat cerita dongeng Barbie ke apa?
“Ni kalau coach tahu ni, confirm mod tegas datang balik. Geram betul aku dengan Hana dan Niezam ni. Aku dah cakap jangan ikut, janganlah. Mereka tu, timbalan pengerusi kelab ni kenalah berfikiran waras sikit. Apasal mereka ikut jugak cakap Miss muka tebal tu?”
Aku diam sahaja mendengar bebelan hangat Si Cik Becok ni. Siapa lagi kalau bukan Kayla Aznasyah Binti Azhari ni? Dia ni, kalau dah membebel, kalah mak aku. Sampai orang yang tak terlibat pun dilibatkan.
“Mentang-mentang Abang Eskandar tak ada nak urus, mereka buat-buat bodoh ajelah, gitu? Hey, dah terang bersinar lagi dipersuluhkan kut yang Shaleha tu bengong. Kenapa jugak kena dengar cakap dia? Apa mereka ingat mentang-mentang muka cantik ‘sangat’ macam tu kena respect habis ke? Dia tu anak pengasas aje bukannya anak Sultan Arab Saudi pun.”
Ya. Kalau aku bawak kertas kajang dengan pen tadi, mungkin aku dah boleh jadikan bebelan Si Azna menjadi beberapa perenggan. Rasanya kalau aku tak halang, mesti dah tebal macam kertas assignments yang Profesor Nik bagi kelmarin.
Sumpah aku kata yang Profesor Nik yang pro sains itu memang gila dalam bab-bab bagi tugasan. Belum siap satu, lima dah mendatang. Kalau salah, melayanglah 50 peratus markah yang diidam-idamkan. Huhu.
Belum sempat Azna nak sambung bebelan lagi, terus aku hempap kepalanya pakai fail kehadiran yang memang aku selalu bawa. Fail bersejarah ini dah mencatat jumlah bilangan terbanyak untuk mengetuk kepala seorang Azna.
“Kalau kau nak berpidato, baik kau sign up dalam pertandingan pidato universiti kita tu. Aku dengar, isi yang paling banyak dan padat akan paling banyak dapat markah. Kau joinlah. Manalah tahu dapat RM 1 000, berbaloi jugak bertong-tong air liur yang kau sembur tu.”
Azna cerlungkan mata kepadaku. Aku buat-buat tak ada perasaan.
“Come on Lara.. Aku tengah serius ni. Kau jangan nak bagi aku high blood lagi eh.”
Aku geleng kepala. Tengok, kan aku dah cakap. Kalau dah membebel, dia akan libatkan orang lain jugak.
“Kalau kau geram sangat, mari aku teman kau pergi rumah Shaleha. Kita keroyok dia sama-sama. Kau kata dia tu Miss muka tebalkan? Kalau macam tu, kau bawak bulldozer sekali. Kita bagi muka dia nipis sikit.”
Pap
Ya. Aku dah kena karma. Azna hempap kepala aku pakai novel kesayangan aku pulak. Nak marah pun tak jadi bila nampak muka dia yang dah memerah.
“Yalah.. Aku surrender. Tahulah Abang Eskandar tu bakal suami dunia dan akhirat kau, tu sebab kau back up dia kan? Ala.. Hana dengan Niezam tu bukannya tunggul yang asyik nak dengar cakap Shaleha. Mereka tu cuma baharu lagi dalam teater ni. Kau kenalah fahamlah jugak. Yang kau kena salahkan ialah, Si Minah cacing kerawit tu.”
Minah cacing kerawit, Miss Hawai, Miss muka tebal.. Banyak betul nama timangan Si Shaleha ni. Kalau tak nak tersalah panggil, baik aku catat semua nama tu dalam mini note book aku.
“Salah mereka tigalah! Hana dengan Niezam patutnya pakai kuasa veto mereka untuk menghalang. Can you imagine, Lara? Dia suruh tukar nama Dayang pergi Okmeng. Okmeng? Seriuslah.. Okmeng tu nama tempat ke nama makanan?”
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romance"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...