BAB 44

339 26 0
                                    

GEMBIRA aku nampak pokok-pokok cili yang sudah lebat berbuah itu. Rasanya dah lama aku tak jenguk 'adik'adik' aku ni. Tak lama lagi dipetik dan dikisar oleh maklah jawabnya. Jadi sambal legend mak. Cian mereka.



"Assalamualaikum. Hey, beauty. Apa khabar? Sihat?"



Tersenyum lebar aku melihat kehadiran Azri di sini. Siap tayang coklat bar kat aku pulak tu!



"Azri! Lah.. Lama tak nampak. Awak pergi mana sebenarnya? Dah balik Australia semula ke dan sengaja tak inform kat saya?"soalku.



Azri geleng kepala.



"Tak adalah. Cuma dah semakin sibuk dengan kerja kat bengkel tu. Dengan Shaleha pulak yang buat hal, makin serabutlah kehidupan kami kat rumah."



Terus aku terdiam. Tak mahu sentuh pasal Shaleha lagi sebab takut Azri terasa hati bila aku tersilap cakap. Haahlah. Walau macam mana pun jahatnya Shaleha, dia tetap adik Azri. Mustahillah Azri tak ada sekelumit rasa sayang pun untuk adik kandungnya kan?



"Datang sini buat apa? Nak jumpa Khazasy ke? Kalau awak cari dia, dia tak ada sebab pergi masjid tadi. Tapi kalau awak tunggu lagi, maybe akan sampai tak lama lagi."



Azri menangguk perlahan.



"Memang nak jumpa Zasy sekali gus nak makan nasi lemak air tangan mak awak. Sedaplah. Rindu saya nak makan. Hari ni menu special tersedia tak?"



Tergelak kecil aku dibuatnya. Sengaja dia buat mata bulat. Memang hantu nasi lemak betul mamat ni. Tak cukup kat sini, kat dewan pun aku selalu nampak dia makan nasi lemak. Tapi bila dia ajak saya makan kat luar dulu, tak pulak dia bagi saya makan nasi lemak.



"No worries Azri. Semua menu, hari-hari tersedia. Awak cakap aje awak nak apa, mak boleh masakkan. Pinggan menggunung pun tak apa kalau sebab awak yang pakai. Sebab tukang cuci piring kitorang ni rajin sikit."



Azri hambur tawa akhirnya. Sengaja aku petik nama Si Azna kat sini sebab aku tahu dia ada lalu sini tadi sebelum Azri datang. Mungkin masih ada dan pasang telinga. Tengah bersembunyi belakang pintulah tu!



"Kalau macam tu, hari ni saya nak cutilah. Malas saya nak cuci piring yang menggunung kat sinki. Kau ajelah yang basuh."



Kan aku dah kata!



"Kau ni dari mana berpeluh-peluh macam ni?"soalku pelik melihat Azna yang sudah dibasahi peluh itu. Dia dah kipas wajahnya dengan tangan.



"Cari Abang Eskandar tadi. Tadi mak suruh dia angkat barang dapur dari bonet kereta tapi dia menghilang pulak. Jadi aku yang tak ada otot ni jugaklah yang pergi angkat. Lenguh tau tangan aku,"aduh Azna buat-buat muncung mulut.



Aku menggeleng. Manalah agaknya abang aku tu menghilang. Tadi elok aje aku nampak dia join pertandingan mengeja dengan adik-adik aku tu. Mesti tengah curi air-cond kat private room restoran kitorang lagi!



"Dahlah. Pasal Abang Es tu kau jangan risau. Pandai-pandailah aku nak belasah dia kalau dia curi tulang. Ni ha. Ada pelanggan hantu nasi lemak nak makan nasi lemak special."



Terus Azna salute kat aku.



"Baik Lara. Dipersilakan Encik Azri. Hari ni mood Lara baik sikit sebab tu lah sambal hari ni antara yang terbaik pernah dia hasilkan. Penangan coach agaknya ni. Kau bagi tahu aku Lara, apa jampi yang coach tabur kat kau sampai kau boleh senyum selebar alam tadi?"



Aku julingkan mata ke atas manakala Azri sudah pun tergelak halus. Dia tergeleng kepala. Lebih memilih untuk masuk ke dalam restoran daripada melayan drama aku dengan Azna kat depan pokok cili ni.

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now