CUTI hujung minggu lagi. Jadi secara rutinnya aku akan bantu mak bertukang kat restoran. Dan macam biasa, Azna dan Lara memang berpisah tiada. Pekerja ikhlas tanpa gaji itu memang gemar buat kerja sambil mengumandangkan suaranya sumbangnya ke serata alam.
Dia berani buat macam tu sebab tak ada Abang Eskandar yang dengar. Abang Es sekarang dah naik taraf dari lelaki bujang ke lelaki bujang bekerjaya. Beberapa bulan lagi akan naik taraf lelaki yang termiliki.
Aiseh!
"Seram aku nampak markah presentation aku hari tu. Ingatkan Dr nak mempergagalkan aku sebab bagi isi sikit sangat."
Aku muncung bibir.
"Baguslah tu. Apa Dr cakap? It's not quantity to judge but quality."
"So,maksudnya aku punya kualitinya lagi baik dari kau punyalah kan? Sebab markah aku lagi tinggi dari kau."
Auch!
"Yalah tu. Kualiti kau baik sangat. Macamlah aku tak tahu yang kau tanya Pak Cik Googlekan? Ke Pak Cik Youtube?"soalku buat-buat tak tahu.
Azna dah hambur gelak. Makin kuat pulak tu.
"Macam mana kau tahu Lara? Ketara sangat ke aku transfer info pakai Pak Cik Google?"
Aku julingkan mata ke atas.
"Dah terang lagi dipersuluhkan kut yang gaya kau bercakap hari tu dah berubah. Tiba-tiba fasih berbahasa baku. Banyak istilah yang orang jarang-jarang guna kau kitar semula. Bukan selama ni kau tak pandai BM ke? Apasal ayat kau tiba-tiba power?"soalku seraya mengangkat kening ke atas.
Azna gelak lagi.
"Tahulah BM aku tak power. Nasiblah cuma kau yang perasan pasal tu. Kalau Dr perasan, mesti kena ulang presentation ke minggu depan."
Aku geleng kepala. Dan lepas tu aku diam semula. Sambung tumis lauk sambal ayam ni. Kejap lagi nak tumis sambal udang dengan sambal sotong.
Ya. Sambal-sambal memang tak lekang dari mewarnai hidup seorang Lara. Kalau kesabaran aku mampu bertahan hingga akhir, selamatlah Azna dari aku sambalkan mukanya.
Apasal dia sambung kumandang suara katak puruh dia tu lagi?!
"Apa kes kau dengan coach hari tu? Dia ada ceramah kau tak?"
Aku mengeluh.
"Tak ada,"autaku.
Padahal, dari awal aku masuk kereta sehinggalah sampai ke depan rumah teres yang tercinta, coach tak habis-habis tegur tentang sikap aku yang terlalu melayan Shaleha. Aku diam ajelah. Sebab kalau salah cakap, dapat denda lagi.
Hesy! Bilalah kontrak jurulatih banyak songeh tu akan berakhir? Aku rasa ada baik lagi kalau dia memberita sahaja di televisyen. Apa susah? Kalau aku geram tengok muka dia, aku boleh terus tukar saluran tv aje. Tak susah kan?
Tapi kalau dia ada kat depan mata, susah sikit nak lari. Nak menyindir pun dalam hati. Kalau sindir depan-depan, confirm gigi aku akan hilang sebab dia. Tak nampak ke tangan dia yang lagi utuh dari kayu hoki tu?
"Akak. Mak panggil. Katanya ada tetamu nak layan,"kata Izzan di depan pintu dapur. Budak tu cakap aje kat aku. Tapi mata kat buku komik Lawak Kampus. Sekali terhantuk kat dinding, baru nak menyesal tak berpenghujung.
"Kau kacau kejap sambal aku ni, Azna. Big Boss dah panggil aku dah tu."
Tanpa dipinta, Azna dah lontarkan apron restoran kepadaku. Laju aku sambut apron itu sebelum thumb-up kepadanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/262145448-288-k129460.jpg)
YOU ARE READING
PAIN KILLER [C]
Romansa"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seo...