BAB 27

308 31 0
                                    

MACAM cacing kepanasan aku duduk berhadapan dengan Shaleha. Seiras diserang angin ahmar sahaja dia terjeling-jeling tajam ke arahku sejak tadi. Berbeza dengan Azri, lelaki berkemeja merah itu lebih suka bermain mata dengan aku. Tiba-tiba aku rasa macam nak lempang adik-beradik ni. Memang sistem mata mereka dah rosak ke apa ni?



"Alhamdulillah. Sampai jugak korang berdua. Ingatkan tak datang tadi." Ummi membuka bicara lembutnya.



Shaleha buat-buat senyum plastik kepada ummi. Tapi bila ummi tak nampak, terus berubah jadi watak antogonis lagi. Senyum meluat kat aku dia lontarkan. Aku buat-buat tak nampak. Biarkan aje dia bosan sendiri.



"Eh mana ada ummi. Mestilah kitorang akan datang. Sampai Azri sanggup tutup bengkel tau semata-mata nak gembirakan hati ummi," balas Azri.



Ummi kerling coach kat sebelah aku. Coach hanya tersenyum nipis.



"Bukan gembirakan hati ummi. Gembirakan hati Si Zasy ni oi.. Dia yang terhegeh-hegeh sediakan tempat untuk kita semua datang. Kalau boleh, ummi ni malas nak datang. Tapi takut kecil hati Zasy nanti."



Coach gelak halus.



"Tak adalah ummi. Zasy tak kesah pun kalau ummi tak datang sebab Zasy tahu ummi akan bosan. Tapi Zasy dah cukup bersyukur bila ummi dah ada. Nanti bila dah pulang rumah, Zasy masakkan ummi Kuey tiow seafood." Sebelah kening dijongket-jongketnya.



Tergelak ummi dibuatnya. Nampaknya idea Kuey tiow Seafood tu memang sentiasa berada dalam fikiran coach. Memang aku dah kebal dengan permintaan dia tu kalau dah nak makan kat restoran. Kebalkan hati jugak supaya tak marah dia yang sesuka hati buat dapur restoran kitorang macam dapur sendiri.



"Kuey tiow seafoodlah sangat. Ummi rasa macam kuey tiow pembawa high blood aje tu. Masin sangat!"



Semua yang ada tergelak. Coach dah tak mampu nak balas komen ikhlas umminya itu.



"Ha.. Syah bila nak tunang? Bukan daddy Syah cakap yang Syah dah ada bakal-bakal tunang ke?"soal ummi pulak kepada Shaleha yang asyik bermain telefon sejak tadi.



Seketika dia kerling coach yang tak nak memandangnya, terus Shaleha mengeluh.



"Tak jadi ummi. Lelaki tu buaya daratlah. Tak sesuai untuk Syah. Lagi pun Syah nak fokus masa depan Syah, kerjaya Syah." Dia kelihatan matang mengatakan hal itu. Tetapi masih matanya tak lekang memandang Khazasy.



Coach hanya beriak selamba dengan raut dinginnya. Jangan ada yang meletup sudah.



Shaleha tersenyum manis bila mata mereka bertaut. Aku pulak yang rasa geli-gelaman nampak dia senyum manis macam tu. Sengajalah tu nak goda coach. Ni fokus masa depan ke atau fokus bakal suami?



By the way, dia mengenakan baju wanita melayu terakhir hari ni. Sama macam aku, baju kurung. Cuma dia warna merah jambu dan aku warna biru. Sedondon dengan coach tersayang.



Aiseh!



"Ummi suka ke kalau hubungan Syah dengan Zasy akan kembali seperti dulu? I mean, tak salah kan kalau Syah dapatkan semula restu dari ummi dan yang lain."soalnya tiba-tiba. Dah lari tajuk daripada fokus utamnya tadi.



Semua yang ada terdiam sehinggalah ummi mengeluh halus. Dipandangnya coach meminta jawapan.



Coach ketap rahang.



"Mind your own business Syah. I told you before, between us there are nothing left. I'll never married a woman like you. Build your own career. Tak payah nak sibuk ganggu ketenteraman hidup orang."

PAIN KILLER [C] Where stories live. Discover now