BAB 9

1.2K 114 3
                                        

KELUAR sahaja dari dewan terus aku diserang gegaran otak. Ni sebab coach yang berhenti secara tiba-tiba kat depan aku. Tapi elok jugak tu dia dah kejutkan aku sebab tadi aku dah nak tertidur sambil berjalan. Bosan sangat bila Azna tak ada.

     Sebab apa?

     Sebab Abang Es ajak dia keluar.

     Lepas solat Subuh tadi, Abang Es terus luahkan perkara itu kepada mak. Mak yang memang berkenan nak jadikan Azna menantu sejak dulu lagi terus bagi lampu hijau. Apa lagi. Terus Abang Es sengih lebar macam dubuk kat Afrika tu. Aku pulak yang geram bila dia angkat-angkat kening tayang kat aku betapa bahagianya dia.

     Ya..

     Bahagia dia dengan Azna. Aku pulak? Berdukacita nista nestapa bila coach ajak aku angkat barang. Ingat nak ajak aku makan ais krim tadi. Aku dah lama mengidam nak makan Kit Kat ice-cream tu.

     “Coach… Kenapa berhenti?”leretku lalu mengeluh.

      Dahlah aku ni tak cukup zat nak pandang straight ke depan sebab coach tinggi sangat. Jadi terpaksalah aku toleh tepi untuk tengok benda yang buat coach statik tadi. Cuma sekejap aku kerut dahi sebelum mulutku terlopong.

     Cepat-cepat aku beristigfar nampak Shaleha yang sedang mengenakan baju separas perut dan skirt mini separas paha itu. Ni datang dari mana tak cukup kain ni?!

     “You shouldn’t be here Syah. I reminded you like a million times,”kata coach mula bersuara garau lagi tegas.

     Shaleha cebikkan bibir sebelum cuba nak peluk coach. Makin banyaklah aku beristigfar kali ni. Risau kalau coach ‘tersayang’ kitorang ni tergugat iman.

     “Hey!”

     Entah sejak bila aku jadi benteng pertahanan coach tapi yang pasti aku dah depahkan tangan sambil menghalang Shaleha dari memeluk coach. Panas hati menyaksikan sifat minah yang tak ada halal gap ni. Dia tak tahu ke yang Rasullah susah-susah naikkan martabat wanita yang jatuh merundum di zaman jahilliyah dulu? Apasal senang sangat dia pijak-pijak?

     “Excuse me? Siapa ni Zasy? Girlfriend awak ke? Tell me.. Wait a minute..”

     Aku jadi kurang selesa bila Shaleha mengimbas muka aku dengan mata garangnya itu. Jari telunjuknya dah dihalakan ke arahku.

     “Kau ke perempuan kenit yang kurang ajar dengan aku hari tu?”soalnya lantas mengetap rahang.

     Coach kat belakang aku dengar berdehem. Bila aku angkat kepala pandang belakang, terus aku sengih lebar bila coach angkat kening kat aku. Mesti dia pelik kenapa aku tiba-tiba back up dia.

     “Haah. Hai Si minah hati Shrek.”

     Dia terbuntang geram.

     “Kau jugakkan yang duduk makan dengan Abang Azri hari tu? Come on Zasy. Awak nak ambil perempuan macam ni jadi girlfriend ke? Terang-terang dia dah ‘madukan’ awak dengan lelaki lain.”

     Terherot bibirku ke atas sedikit bila dia tuduh aku miang.

     “Umm.. Excuse me? Memang cermin zaman kita dah makin kuno ke? Kena upgrade yang baharu? Sebab aku rasa cermin rumah kau tu milik zaman prasejarah. Lain kali, beli yang mahal sikit. Barulah kau nampak diri kau yang sebenar. Kau tuduh aku miang walhal cacing kerawit lagi banyak menginap kat badan kau!”balasku dengan darah menggelegak.

     Shaleha tersentak.

     “Kurang ajar punya perempuan! Hey! Kau nak tahu ke aku ni anak siapa?!”

PAIN KILLER [C] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang