BAB 5 (edited)

209 27 0
                                        

 "Bala dah datang." Iskandar mengumam perlahan lalu menyambung makan kembali. Dia menghiraukan dua orang asing yang sedang berdiri di hadapannya. 

Engku Hariz dan kawannya. Mata aku mencerlung tajam ke arah mereka berdua. Tidak suka melihat wajah mereka tambah lagi kawannya.

"Well, budak-budak setan duduk dengan perempuan, tchee...Interesting." Ungku Hariz tersenyum sinis ke arah kami semua.

"Kau nak apa lagi? Tak cukup lagi sumbat kitorang masuk bilik bapak kesayangan kau tu?" Haydar terus memulakan perang mulut di sini. Pedih juga mulut Haydar ni.

"Entah. Aku rasa dia tak puas hati dengan Is sebab tak dapat join tournament hoki baru ni. Kan, Is?" 

"Agak la. Member tu tengah bengang tak dapat sekali dengan kawan dia." Iskandar menjawab dengan selamba. Aku dan Pea hanya memerhati mereka bertiga memprovok Engku Hariz dan kawannya. Oh kesiannya tak dapat.

"Aku tak tahu apa yang cikgu tak buang kau orang bertiga tak kena buang sekolah. Heh, sebab wakil sekolah saja?"

"Sekurang-kurangnya aku tak buat benda kotor macam kau. Kau ni mesti kurang perhatian atau dipanggil kurang kasih sayang. Haih, kesian muda-muda dah memberontak macam ni." 

Engku Hariz mengetap bibir dengan geram. Terasa tercabar kata-kata pedas dari Iskandar.

"Eh Iskandar kau tu patut sedar diri yang kau tu budak yang paling bermasalah dalam sekolah ni. Si Hariz ni Ketua Pengawas, lagi sekali aku ulang Ketua Pengawas. Kau tu...."

"Pangkat tak bawa sampai ke lubang kubur pun. Tch, sekadar Ketua Pengawas dalam sekolah ni tak payah sembang la bukan bawa sampai dia mampus pun." Sampuk kawan Iskandar.

"Sekurang-kurangnya aku ni jujur if buat salah bukan macam kau ada saja memutar belit cerita." Iskandar menyambung kata-katanya.

"Rin, jom kita pergi. Aku dapat rasa diorang ni nak bergaduh. Jom laa." Pea terus menarik lengan baju sekolah aku untuk beredar dari situ. Mata aku sempat mengerling bekas makanan milik aku. Tupperware mak aku tu!

"Oh kau rupanya budak baru. Haih, baru masuk dah terpengaruh dengan budak masalah." Tegur kawan Engku Hariz. Aku mengerut dahi.

Dia dah kenapa nak cari masalah dengan aku? Aku duduk diam pun kena. "Aku tak kacau hidup kau pun kenapa kau gelabah sangat ni?" Mula dah aku nak keluar ayat savage ni.

Iskandar yang sedang menikmati makanan terus terhenti makan. Dia memandang aku di sebelahnya. Ha ni kenapa nak cari pasal dengan aku juga? Seorang kawan Iskandar hanya tertawa kecil. 

"Sudah la, Rin. Kita pergi dari sini." Kata Pea dengan perlahan. Risau aku menambah keruh situasi sekarang. Engku Hariz hanya tersenyum sinis melihat aku.

"Wow! Kuat menjawab rupanya. I like it! So, kau...." Belum sempat dia menghabiskan ayat aku terus memotongnya.

"Aku tak kacau hidup kau orang pun dekat sini so aku harap korang pun tak kacau aku. Bak kata orang, pantang kutu dicabar, pantang manusia dibina. Aku harap kau orang jangan kacau aku nak belajar sini." Aku terus menarik lengan baju Pea untuk bangun dari situ.

"Kau pandai menjawab...."

"Memang aku pandai menjawab sebab aku ada mulut nak jawab. Lagi sekali aku pesan jangan kacau aku!"

"Dan kau! Jangan ganggu aku dan kawan aku makan atau mana-mana selepas ni! Aku bukan kuli kau nak dengar arahan bodoh kau tu. Aku tak hairan kau budak gangster I don't care!" Aku terus menarik kasar bekas makanan di hadapan Iskandar. Dia pun turut terkejut mendengar kata-kata aku.

Hi , Mr Annoying ! [ C ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang