༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ To love is to burn, to be on fire. ❞
Kabus yang mengaburi keseluruhan pagi ini seolah-olah menelan segala bunyi di bumi. Sunyi. Aku ambil suasana yang asing ini dengan sebuah tarikan nafas. Hanya selepas itu aku meneruskan langkah ke kelas. Seperti biasa akan ada muzik menemani setiap tapakanku, namun sebelum sempat aku berbuat begitu, sepasang mata yang kekurangan rehat ini menangkap sesuatu di sebalik udara kelabu. Aku tidak percaya penglihatanku sendiri sehinggalah semakin menghampiri.
Di sebelah sebuah bangku yang berpenghuni, aku berhenti.
"Hey, bud."
Dan dia bangun bagaikan aku seorang sahaja yang ditunggu dari tadi.
"I'm glad you are coming to class today, Alice."
Sesaat aku senyum menghargai—sesaat sebelum susah hati serta-merta mewarnai seluruh wajah ini.
"You good? Do you need someone to talk to? You know, about..."
Jeda mengisi sepi pagi, memberi masa untuk aku mencari kata-kata yang tetap tidak aku temui. Seketika mataku melilau, sukar sekali menatap pandangan biru gelap yang penuh pengharapan itu. Tidak mahu membuatkan dia kecewa untuk kesekian kalinya, ayat yang tergantung lama hanya aku akhiri dengan,
"—Her."
"Elizabeth, my fiancee."
"Yes, her."
Agak mengejutkan aku, Feliks cuma mengangkat bahu.
"Nice guess but no, Alice. I'm not here to burden you with my problem, again."
Ujarnya dengan senyum tawar, mula menggerakkan langkah kami yang kaki di kaki bangku menuju ke kelas yang menunggu.
"While you were gone, I miss the company of a friend."
Senyumannya melebar, namun tidak menampakkan gigi taring yang cukup aku kenali dan oleh kerana itu, aku tidak mampu membalas dengan sengihan yang sama. Sebentar aku cari ceria pada wajahnya. Ada, tetapi tipu punya. Aku menghadap semula ke depan dengan rasa redha.
"We'll always be hopeless romantic, right?"
"From the look of it, I think we're gonna grow old alone and miserable, Alice."
Akhirnya, tawa yang ikhlas mewarnai pagi kami. Kabus kelabu mula membuka tirainya untuk aku dan Feliks tempuhi. Cahaya matahari turut menembusi dan pemandangan yang terhampar di hadapan mata menjadi terang untuk kesekian kali. Sebuah bangunan megah berdiri bagaikan istana buat putera dan puteri, menanti kedatangan kami—akademi yang telah merubah hidup ini.
"Are you feeling well, Alice?"
Soal Feliks seraya kami berdua berhenti di bawah naungan batu-bata yang bersusun seperti dari masa lampau itu.
"Of course, why?"
Aku menanyakan kembali kala para pelajar lain melewati kami yang berdiri di tengah-tengah laluan ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Putera Hati
Novela Juvenil『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Dua 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Alice Allyna, heroin paling gila lagi sendu kembali semula ke Akademi DiRaja Granté selepas tamatnya semester pertama, dengan harapan tahun baharu ini akan menjadi lebih normal...
