lxiv | so far away

295 25 4
                                        

Segala-galanya sepi. Realiti ranap begitu sahaja, sedikit demi sedikit menindih tubuh yang tidak bermaya di bawah runtuhan dunia yang seolah-olah menghampiri hujungnya. Putus asa. Terima takdirnya andai dia bakal menghembus nafas yang terakhir di dalam bara—membakar badannya, menjadi jasadnya. Sepi.

Api yang kini memakan kaki, mungkin seluruh dirinya sesudah ini—tidak dapat dia rasakan lagi. Hanya cahaya terang-benderang dari sebalik kelopak matanya mampu dia akui sebagai nyata, seakan syurga yang terbuka menunggu ajalnya... akan tetapi masanya belum tiba, dan cahaya jingga itu terus-menerus menjilat dunianya. Sebelum sekelilingnya menjadi abu semata-mata, dari celah-celah kayu yang menimpa dia sempat saksi sebuah pintu terbuka tiba-tiba.

Bilamana beberapa orang meluru ke dalam gereja yang tengah terbakar dengan maraknya, dia sudah tidak sedar akan dunia.

"Father Hosea, don't do this! It's too dangerous!"

Teriak salah seorang daripada ahli gereja, teragak-agak mengejar paderi mereka yang tidak takut menapakkan kaki di atas lantai kayu berhamparkan api. Paderi Hosea nekad mahu keluarkan buku-buku suci dari neraka ini.

"You seek His protection, yet when it is time to defend His wisdom from the devil's wrath, you hesitate? No, I need to save as many books as I can! It's my responsibility, my church!"

Dengan kudrat yang tinggal di dalam tulang-temulang rapuhnya, dia menyepak kayu-kayu hangus yang menghalang laluan menuju ke bilik bacaan—tidak pernah putus asa meski seringkali sisa-sisa runtuhan baharu turun dari siling gereja, mencabar jihadnya... membuatkan dia berfikir berulang kali sebelum meneruskan langkahnya. Paderi Hosea memilih untuk redah sahaja memandangkan sudah di tengah-tengah lautan api dia berada, lalu menemukan sesuatu di sebalik timbunan kayu yang seterusnya.

Sesuatu itu... adalah tubuh manusia.

"Oh my Lord! My children, come and lend me a hand!"

Manusia yang masih bernyawa.

"What is it—Holy Mother Mary!"

Ahli-ahli gereja yang baru sahaja sampai, masing-masing terkebelakang dalam kejutan. Mengejar masa dan nyawa, seluruh kudrat mereka kerah untuk mengangkat kayu yang menindih lelaki malang itu dengan kiraan satu, dua, dan tiga—dia berjaya dikeluarkan! Pada yang sama... api kian hilang kawalan, menelan setiap inci rangka gereja yang tersisa.

"We need to get him out into safety!"

Walaupun sudah berteriak, suara Paderi Hosea hampir tenggelam ditelan oleh amarah api yang semakin marak. Tanpa berlengah lagi, anak-anak buahnya bekerjasama mengusung mangsa keluar dari kebakaran—nyaris menjadi korban seterusnya apakala sebuah kayu gergasi gugur dari siling gereja yang kini terbuka gara-gara terbakar.

"Hurry, I'll be just behind you!"

Gesa Paderi Hosea tatkala mereka teragak-agak untuk mendahului tanpa dia di hadapan. Mereka akur lalu teruskan membawa badan mangsa yang melecur—tertunduk-tunduk mengelak asap hitam yang semakin tebal... dan Paderi Hosea berdiri di dalamnya. Masih merenung ke arah bilik bacaan yang hanya tinggal beberapa tapak sahaja dari di mana dia berada, didesak oleh haba yang mulai mendidihkan darahnya untuk lekas berbuat keputusan.

"Dear God, I believe this is a test for me. I pray that the choice I'm going to make is the right one."

Dengan kepercayaan dalam Tuhan dan dirinya sendiri, Paderi Hosea berpatah balik ke arah datangnya dia mula-mula tadi—mengelak kayu-kayu yang masih membara merah jatuh tanpa berhenti berlari. Lewat sesaat sahaja, nasibnya mirip mangsa yang malang tadi... cuma tiada sesiapa sempat selamatkan lagi. Dia berjaya menyelamatkan diri, akhirnya lolos dari pintu belakang dengan wajah comot, beberapa calar serta baju yang hangus di hujungnya.

Putera HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang