BAB 4

3.7K 165 0
                                    

Rose memeluk tubuh Raimah dari belakang sambil kepala selamba bergayut di bahu kanan mamanya. Dah lama rasanya dia tak bermanja seperti ini dek terlalu sibuk dengan kerja. Nasib baiklah hari ini dia cuti. Dapat juga rehatkan badan.

"kenapa manja sangat hari ni?" soal Raimah mengerling sekilas ke arah Rose. Rose memuncung.

"mama tak suka ke?" kedengaraan sedikit berjauh hati suarnya. Raimah tertawa.

"bukan tak suka. Pelik je!" ujarnya. Tangan sibuk mengoreng beberapa karipap di kuali. Pergerakannya semakin terbatas dek Rose yang masih memeluknya.

"meh.. Tolong gorengkan karipap ni. Mama nak buat air" arahnya. Tangan Rose yang berada di pinggangnya di tarik mendekati kuali. Dengan bibir memuncung Rose buat kerjanya. Nak manja sikit pun tak boleh!

"maa... " panggilnya sambil memusing-musingkan karipap itu mengunkan penyepit makanan.

"urmm... "

"teman Rose keluar nanti petang boleh?" pintanya manja. Dahi Raimah berkerut. Selalunya waktu cuti adalah waktu rehat Rose. Kalau dia dah rehat memang haramlah dia nak jejak keluar. Pemalas sangat! Penat katanya.

"nak pergi mana? Hari ni tak nak rehat ke?" perlinya tanpa sedar. Serta merta muncung Rose bertambah panjang. Kaki di hentak perlahan.

"ala... Orang nak beli barang kejap. Sabun-sabun Rose dah nak habis. Syampu pun dah habis."

"ajaklah Risya?"

"macamlah mama tak tahu dengan perangai Risya tu. Kalau abang Danny ada kat rumah memang melekat terus." ujarnya. Raimah tertawa. Memang benar apa yang di katakan anaknya. Risya tak akan pergi mana-mana kalau suami dia ada di rumah. Di ikut saja jejak Danny. Manja yang amat!

"ajak Uqasah ke?"

"hurmm.. Akak tak berapa sihat hari ni. Perut dia sakit. Sengugut." lemah suaranya berkata. Satu-satu di ajak tidak mahu. Memang dia berniat mahu mengajak kakak iparnya tadi tapi bila abangnya memberitahu bahawa Uqasah sakit perut terus di batalkan niatnya. Punah harapan terus. Sekarang hanya Raimah saja harapannya.

"boleh tak ma?" sekali lagi Rose bertanya. Karipap yang sudah siap di masak itu di letakkan cantik ke pinggang yang sudah tersedia sebelum di letakkan ke atas meja makan.

"tengolah macam mana.. " balas Raimah yang turut mengangkat dulang ke meja makan. Rose kembali memuncung. Macam tak ada harapan juga dengar jawapan mamanya. Nak keluar sendiri? Memang taklah. Dia di larang keras keluar sendirian oleh mama dan abangnya. Biasalah mafiakan musuh tak boleh bawa bincang. Pergi kerja pun dia di hantar oleh pengawal pribadi yang di sediakan oleh Rayyan.

"selamat pagi ma.. " suara Rayyan tiba-tiba kedengaraan bersama Umairah dalam dukungan. Raimah dan Rose berpaling serentak.

"selamat pagi.. " balas mereka serentak. Sempat Rayyan mencium sekilas pipi mamanya sebelum melabuhkan punggung ke kerusi. Umairah pula di letakkan ke atas ribanya. Sama je macam Risya. Melekat! Manja!

Rose menarik kerusi duduk di sebelah abangnya. Lengan Rayyan di urut-urut perlahan. Berkerut kening Rayyan. Dah kenapa? Buang tabiat ke apa ni?

"abanggggg.... "

"tak boleh!"

Belum pun sempat Rose menyatakan hasratnya Rayyan sudah memberi keputusan. Bukan dia tidak tahu kalau nak minta sesuatu mula lah buat baik. Leret-leretkan suara. Rose mencebik manakala Raimah sudah tertawa.

"orang belum lagi bagitau pun dia dah kata tak boleh!" rungutnya tidak berpuas hati.

Kelihatan yang lain juga sudah mula mengambil tempat duduk masing-masingm. Automatik Rose terdiam bila memandang susuk tubuh Anif yang hanya duduk betul-betul di hadapannya.

She's MineWhere stories live. Discover now