"kau serius ke tak nak ikut aku?" tanya Wani. Rose mengeleng sambil tersenyum kecil. Takut sangat dia kena tipu lagi.
"betul ke suami kau yang ambil?" tanya Wani lagi. Masih tidak berpuas hati. Masuk kali ni dah dua kali dia tertipu. Rose tertawa kecil.
"eeee.. Aku cakap betul-betul lah ni. Kau jangan risau kali aku tak tipu" tangan di angkat tanda bersumpah. Wani mengecilkan mata, masih ragu-ragu.
"abang, kita teman Rose boleh? Kesian dia seorang-seorang.. " Wanu mendongak memandang suaminya yang berada di sebelah. Lengan Doktir Azwan di paut manja berharap agar suaminya bersetuju.
"tak apalah. Aku okey" sampuk Rose. Rasa menyusahkan saja.
"mestilah boleh. Kami temankan awak kat sini sementara suami awak belum sampai lagi.. " ujar Doktor Azwan tanpa berfikiran panjang. Wani sudah tersengih suka. Ni yang buat dia bertambah sayang dengan suami dia ni. Kaki di jengek sedikit lalu di kucup sekilas pipi Doktor Azwan.
"sayang suami kita ni.. " katanya manja. Lengan suaminya di goyang-goyangkan sambil kelima jari di cantumkan dengan jari milik suaminya.
"lepas ni bersedia lah terima gigitan harimau.. " bisik Doktor Azwan gatal. Rose yang berpura-pura buta itu tertawa kecil. Bukan dia tidak dengar apa yang di katakan tadi.
"habis lah kau.. " Hanya gerakan bibir saja dia berkata tanpa suara memandang Wani yang juga turut memandangnya. Wani menjeling. Dia faham apa yang di katakan Rose. Sakit hati. Dua-dua sama je gatal.
"haa.. Dah sampai" Rose terjerit kecil melihat kereta mewah yang di kenalinya itu. Wani mengangguk. Pelukan di lengan suaminya di lepas sebelum tubuh Rose pula di peluk. Biasalah perempuankan.
"hati-hati malam ni" semasa berpelukan sempat Rose membisik tepat ke telinga Wani. Hanya mereka berdua saja mendengar. Sshhh..rahsia!
"eee.. Gatal kau kan.. " balas Wani mencubit geram perut Rose. Bukannya Rose mengadu kesakitan malah dia tertawa pula.
"byee.. Esok kita jumpa" Rose melambai tangan begitu juga Wani yang membalas lambaian sahabatnya.
"doktor Azwan malam ni jangan ganas sangat tau.. Sebab Wani kata dia takut" sebelum masuk sempat lagi Rose menjerit mengusik.
"Rose.. " rengek Wani. Memang tak boleh simpan rahsia betul. Tawa Rose dan Doktor Azwan bergabung. Suka sangat mengusik Wani.
"serenok nampak" tegur Anif apabila Rose sudah masuk ke dalam kereta. Rose tersengih. Beg di lengannya di letak atas riba. Tangan Anif yang berada di stereng kereta di capai dan di salam hormat.
"hurmm.. " dia hanya mengumam sebelum melepaskan tangan Anif. Bila dia mengerling dua susuk tubuh tadi sudah hilang. Mungkin sudah masuk ke dalam kereta mereka.
"siapa tadi tu?" soal Anif. Kereta mewah itu sudah mula bergerak. Rose berpaling semula.
"kawan.. " jawabnya sepatah.
"lelaki ke perempuan?" tanya Anif lagi. Rose mengerut kening. Wani tu lelaki ke perempuan?
"abang jangan salah sangkah. Kawan yang Rose maksudkan tu yang perempuan tadi nama dia Wani yang sebelah tu suami dia.. " beritahu Rose. Tidak mahu Anif berfikiran salah.
"urrmm.. Aku ingatkan yang lelaki tu boyfriend kau kalau tak senanglah aku nak lepaskan kau. Dah ada pegantinkan.. " ujarnya tanpa riak. Terpinga-pinga Rose memandangnya.
"abang kenapa? Rose ada buat salah ke?" tanya Rose sedikit berkecil hati bila Anif membuka topik perpisahan. Jelas hubungan mereka seperti awan. Sekejap mendung, sekejap cerah umpama hubungan mereka yang sekejap baik, sekejap tidak.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...